~

,

Sunday, 8 March 2015

PUDING MARBLE

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. (^_*)~

Annyeong Hasaeyo...


Lama sudah tidak menjenguk blog, mujur masih belum 'bersawang'..,

Jom kita!..sebelum merepek merapu meraban...

sumber resepi : facebook, page Rahsia Hawa



Resepi Puding Marble

Bahan-bahannya:-
1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula ***( saya kurangkan 1 cawan sahaja )
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
sedikit esen vanila
2 biji telur
sedikit garam

Langkah penyediannya:-
1. Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut.

2. Sementara itu, di dalam bekas lain pukul telur sekadar pecah kuningnya, kemudian masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard dan garam. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, tuangkan campuran ke dalam agar-agar tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga likat.

3. Apabila campuran sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila.

4. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu bahagian diletakkan chocolate emulco dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal (kuning).

5. Sediakan loyang atau acuan, dan lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap!.






Selamat mencuba semua, resepi 'pencuci tekak' yang mudah dan ringkas ini.


Ok bai! ^^~




Saturday, 1 November 2014

PUDING SUMI SUSU KASTARD

Assalamualaikum...semua :)

Annyeong Hasaeyo....

Malam ni satu Malaysia, rasa dok melayan final Piala Malaysia antara JDT vs Pahang....

Siapa la juara agaknya ya....

Aku pulak....???

Hehehe...berkualiti 'time' untuk diri sendiri....

Meh layan resepi yang baru dicuba...

cubaan pertama


Sumber:
facebook: Mama Adamsufi Mazri... terima kasih noo selalu syer resepi sedap...

PUDING SUMI SUSU KASTARD

Bahan-bahannya
1 pek 10 gram agar agar serbuk  (pilih yang jernih)
gula secukupnya - saya letak secawan tapi tak penuh
1 sudu kecil perasa laici( kordial pun boleh, saya guna perisa strawberry)
sumi secukupnya
2 sudu besar tepung kastad
300 ml susu segar
1300 ml air

Langkah penyediaannya:-
1. Larutkan serbuk agar agar dalam 1300 ml air terlebih dahulu, kemudian pindahkan ke pan/periuk dan didihkan, tambah gula secukupnya.
2. Setelah mendidih tutup api,
3. Dalam bekas, susun sumi, kemudian dengan perlahan-lahan tuang dalam 2 senduk besar agar agar tersebut dan biarkan ianya membeku sebentar.( campurkan 1 sudu kecil perisa laici untuk agar agar jernih ni)
4. Baki didihan agar-agar dicampurkan dengan susu - api perlahan
5. Setelah lapisan pertama keras sedikit dengan pelahan tuang sedikit agar-agar bersusu tadi sebagai lapisan kedua, biarkan ianya mengeras seketika
6. Akhir sekali baki agar-agar bersusu tadi dicampurkan pula dengan tepung kastad dan dididihkan seketika sehingga campuran tepung larut dan sebati, kemudian dengan perlahan-lahan tuang ke atas agar-agar lapisan kedua tadi. Biarkan seketika dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Siap.

Nota mama Adamsufi:
PLASTIK AGAR AGAR POWDER JENIS NI DI NYATAKAN SATUKAN SERBUK AGAR-AGAR BERSAMA 1000ML AIR, tapi tak ikut sebab keras, jadikan 1600ml sukatan air nya untuk hasil puding yang lembut dan sedap ..


tersalah beli agar-agar berperisa...


3 lapisan

warna lapisannya tidak menyerlah sangat.... lain kali nak beli agar-agar kena perati betul2..


Hang pa semua selamat mencuba na....


tata titi tuti...

Annyeonghi...
(@_@)~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...