Saturday 26 February 2011

Is your Job KILLING U???

Women with stressful jobs are twice as likely to have a heart attack.
Results from a study by Dr. Michelle Albert, which were presented at the American Heart Disease Association, revealed that women who have stressful and demanding jobs are two times more likely to suffer from a stroke or a heart attack in comparison to women with less stressful jobs.
Tight deadlines, stress and work demands or worries about losing you job in a tough economy, especially on top of running a home, released ‘fight or flight’ hormones in the women with stressful jobs which immediately raises blood pressure.
Other side effects from having a stressful job were heart problems, higher cholesterol, blocked arteries, strokes and were 43 per cent more likely to need bypass surgery in comparison to those in less stressful jobs.
A similar study related to stressfound that they can also age you by a decade. British newspaper, The Daily Mail, reported that scientists found that stress is “the over-riding factor when it comes to the rate at which we grow older.”
Our DNA and cells are protected by telomeres, but as our cells divide or are subjected to damage, the telomeres get shorter and this is how we age. Stress is what damages the telomeres the most and the shorted these telomeres are the more unprotected our DNA becomes.
It was found that middle-aged women are the ones most affected by this who are juggling jobs, elderly parents and children in their teenage years.

To reduce the damages of stress:
Don’t diet – its stressful and demanding on us physically and psychologically
Meditate - deep breathing, controlling your thoughts and clearing your mind reduces stress.
Exercise – it disperses stress hormones from the blood.
Have a positive outlook – research found pessimists have shorter telomeres.
Eat right – omega-3 encourage telomeres to grow and pistachios protect DNA
Sleep – the body repairs itself when we sleep.
(Source: The daily Mail)msn.com

Sunday 13 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk renungan diri sendiri serta sahabat-sahabat sekalian.



BIODATA RASULULLAH SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. 
Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? 
Justeru itu, kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.



BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." 
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


sumber : sharing oleh ET di facebook group SMWMzr1

Saturday 12 February 2011

~Chocoholic Cuppy Cake~


Resipi ini di ambil dari fotopage...agak dah lama jugak la...so masa copy resipi tu tak teringat nama ambil nama owner resipi ni..sorry sesangat ye....
dulu minat kumpul2 resipi ni.......tapi nak buatnya amik masa gak tengok mood la, ongkos la..  ntah bagai  la alasannyer...hihihii...... Actually nama resipi ni sebenarnyer ~Choc-Moist Cupcake~...tapi saja tukar nama sebab rasa dia memang cam luxury dengan coklat...
so ..sesapa yang nak try cube ni dia resipinya....cubala...

Choc-Moist Cupcake (Chocoholic Cuppy Cake)
Bahan A (double boil biar sejuk)
250gm butter
200ml ayaq suam
300gm gula castor
50gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe (x letak pun x pe)

Bahan B (campoq dan ayak naa)
250gm tepung naik sendirik
1 sudu kecil baking soda

Bahan C
2 bijik telur (sizeB).............................tapi saya hentam ja saiz dia hihii
1 sudu kecil esen vanilla
120ml susu cair

haaa ini langkah2nya...
Pukul telur dengan esen vanila hingga kembang, kemudian masukkan bahan A dan kacau rata.
Masukkan pula bahan B berselang-seli dengan susu. Kacau lagi..slow-slow ja ek
Masukkan adunan ke paras 3/4 papercup dan bakar dengan suhu 175 degree selama 15-17 minit.
Tadaaa dah ciap...kalu nak hias pun boley ....ikut kreativiti dan kerajinan masing2...

~masa aku buat ni...tak dan nak tengok...asal kuar dari oven ja habis... haa lupa nak cakap hasil keluaran cikit ja tau tak la kira tapi lebey kurang dalam 40-50 bijik ja kalu guna cup kecik tu...

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...