Pages

Friday, 26 August 2011

Kata-kata Jumaat : 26 Ramadhan 1432H

Allah berfirman : Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.
 ( PETIKAN HADIS QUDSI, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)



“Aku suka kepada orang-orang soleh, padahal aku bukan termasuk golongan mereka.
Harapanku hanyalah agar aku juga mendapat syafaat, kelak bila bersama mereka.
Dan aku benci orang-orang yang menjadikan maksiat sebagai perniagaan mereka dalam hidup ini, walaupun aku sendiri mungkin seperti mereka yang melakukan maksiat tersebut.” – Imam As-Syafi'ie

sumber: fb syairul.com

~Quote of the Day~

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu.
 Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
 Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" (Imam Hasan Al-Basri)


:sumber: fb

Wednesday, 24 August 2011

~Renungan~ Ramadhan Kareem : 24 Ramadhan 1432H

Pada satu hari, Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata :
"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."

Bagaimana dengan kita???

Ramadhan kian melabuhkan tirai....Syawal pula akan menjelma, apakah kita akan dapat merasainya lagi .....Ramadhan akan datang???

Monday, 15 August 2011

Ramadhan Datang - Tompi (IPH's video)

Meh...came-came kite layan lagu-lagu berkaitan ngan Puasa/Ramadhan...
 Antaranya:- (ha ketiga-tiganya dari negara jiran kita ....lagu2 kita besh2 juo...plus menyontoh kolbu laie.....tapi den pilih lagu bertigo nihhh dek kerano...ianyo rancak2...semangat...humanggaiihhh....... ehh ape kena aku teralih bahasa plak nih...jgn maraaa ek orghang nogori...)
 


aku suke..suke...:)


yok sahor...yok sahor....

Monday, 1 August 2011

Ahlan Ya Ramadhan Al Mubarak


Lafaz niat puasa fardhu Ramadan
Niat puasa Ramadan
Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa
Doa berbuka puasa
Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.



~ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR ~

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke
Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya Allah jadikan lah kami hamba2
mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


 
sumber: email dari seorang rakan pejabat~ saudara Azman Yusuff