Sunday 23 February 2014

BISKUT PELANGI a.k.a lidah kucing

Assalamualaikum :)

Annyeong Hasaeyo...


haiii.......makan la saya!!!


Aktiviti hujung minggu ini, diteruskan dengan 'menerai' resepi biskut lidah kucing. Kenapa nama dia lidah kucing? hrmmm... idok ler teman tahu...

Atenye asyik menjual biskut orang, teringin la juga nak mencuba membuatnya sendiri... hah! baru tau, renyah juga la pembuatannya... kalau orang yang tekun dan sabar sesuai la.. bukan apa, aku kalau kerja nak ringkas dan cepat ja ni... hehe!

Acuan lidah kucing takde, aku baru beli acuan bentuk 'love' kucing ja...kikikiki ... jadi main buat atas loyang biasa saja la....

Jom chekidautttt......!

BISKUT PELANGI a.k.a Lidah Kucing
sumber: blog citarasawan (kak wan)
Bahan-bahannya:-
250 gm mentega
175 gm gula kaster
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Optional/pilihan:- (letak boleh, tak letak pun boleh; ianya sebagai agen perangup)
1/4 sudu kecil emplex

pewarna (oren, hijau, biru, ungu, kuning, dan merah) atau ikut suka

Langkah pembuatan:-
1. Griskan loyang dengan mentega
2. Ayakkan bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
3. Pukul mentega bersama gula hingga berkrim. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga sebati.
4. Masukkan tepung dan kaup balik menggunakan spatula sehingga rata.
5. Bahagikan aduanan kepada 6 bahagian dan warnakan dengan warna-warna yang berlainan.
6. Masukkan aduanan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat/ gunting bulat, dan paipkan secara lurus mendatar mengikut susunan warna pelangi atau kreativiti masing-masing
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C . Bakar selama lebih kurang 15 minit. Kalau boleh jangan biarkan sehingga permukaannya keperangan sebab akan menenggelamkan warna pelangi dalam erti kata lain tak cantik lorh... hihihi
8. Biarkan sejuk dahulu barulah disimpan dalam bekas kedap udara.

inilah rhoper orang takda loyang lidah kucing..... hentam sajalah

beli loyang tapi tak muat oven pulak...
ermmm ada dua ja solution, samaada beli oven baru atau ketuk buang sikit...huhuhu...ottokaee... :(

tadaa....inilah hasil keluaran dari satu adunan... ada sikit dah masuk dalam perut....
dah bahagikan siap-siap untuk adik-adik 
tunjuk hasil yang cantik-cantik sahaja.... kikiki~
yang hodoh serta hangit simpan belakang....
harusla kan...kalau nak bergambar mestilah nak 'touch-up' cantik-cantik, comel-comel dulu kan, kan, kan.... :)



Ketika aku hampir selesai menyudahkan 'merainbow' biskut, mak pun selesai masak lauk untuk tengahari. Apalagi, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, memang cheq tengah lapaq ni... Tudia anak dara zaman sekarang.
Sebenarnya, aku kalau bab masak-memasak lauk-pauk ni memang ler tidak berminat. Kalau aku masak pun, balik-balik telur goreng, ikan goreng... kalau nak lain sikit pun masak gulai. Itupun kadang-kadang tak menjadi juga.. memang pening, buat sambal lagilah...tak pernahnya menjadi....huhuhuhu

jemput makan semua...
mak masak gulai ikan dan kerabu mangga, daun selom...
hah...telur tu aku yang goreng ... :)

Terima kasih.

Assalamualaikum.

(✿◠‿◠)

Saturday 22 February 2014

SWISS ROLL corak ZIRAFAH

Assalamualaikum semua:)

Annyeong Hasaeyo........



Dari malam semalam sudah siapkan program untuk aktiviti hari ini, konon-kononnya jadual dah dirangka agar bermula seawal pagi seusai subuh... tapi non hado!

Sakit perut melanda....bikin rusaklah ana punya program...hihihi

Tapi dek kerana teringin lah sesangat nak merasai cik swiss roll buatan sendiri, maka perjuang diteruskan jua...

Petang hari, perjuanganku diteruskan serta diiringi dengan kesakitan perut yang menerjah kembali, makanya..faham-faham sajalah bagaimana kekalutan ketika itu, dengan sambil-sambil itu menepuk-nepuk perut bagi menenangkan dia...hahaha sudah cukup sudah berceloteh pasal perut beta...kikiki~

Mari kawan-kawan kita tengok resepinya dan seterusnya meneropong hasil percubaan kali pertama dari si tangan kidal ini :).  Ada rupa zirafah ke tidak? ...agak-agaknya rupa apa yang menjelma nanti...

Resepi ini diambil dari blog Kak Wan dan Kak Azlita. Kalau nak tengok langkah demi langkah, silalah tengok di blog Kak Azlita. Terima kasih daun keladi atas pengkongsian. Semuga menjadi ilmu yang bermanafaat kepada semua.

sumber internet
corak zirafah, kalau malas nak buat lakaran print ja yang ni, kalau lagi malas tahap gaban macam aku...
buat ja design terus dalam loyang hihiihi

SWISS ROLL - ZIRAFAH

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kastor
60 ml air
40 ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanila
75 gm tepung

Bahan B
8 gm serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco (aku guna perasa coklat)

Bahan C
3 biji telur putih
50 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan D (Adunan corak zirafah)
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kastor
1 sudu teh tepung
2 sudu besar adunan (yang diketepikan) **

Bahan filing (ikut citarasa masing-masing)
100 gm whipping cream - dipukul hingga kembang bertanduk
jem blueberry * ikut kesukaan masing-masing.

Langkah-langkah pembuatan:-
Panaskan oven dulu pada suhu 170'C
1. Sediakan loyang 10x10 (tapi aku hanya ada loyang 8x8 ja huhuhu, hentam ja la labu)
2. Lakarkan atau cetak corak zirafah atas kertas minyak dan letakkan atas loyang yang telah digriskan dengan minyak
3. Kemudian lapik lagi satu kertas atas lakaran tadi, dan sapu minyak atas kertas dan ratakan, ini bertujuan supaya mengelakkan corak dari melekat di kertas apa bila dikeluarkan nanti.

4. ADUNAN COKLAT. Bahan A. Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, kemudian masukkan esen, minyak dan air. Pukul sebati. Kemudian masukkan tepung, kacau dan kaup balik hingga serata. ** Asingkan dua (2) sudu besar adunan (untuk corak zirafah)
5. Pukul bahan C sehingga kembang dan bertanduk (seperti buat meringue). Kemudian masukkan ke dalam aduanan A dan kaup balik. Masukkan bahan B dan kacau kaup balik sehingga sekata.

6. ADUNAN ZIRAFAH. Pukul telur dan gula hingga kembang dan bertanduk. Kemudian masukkan ** adunan 2 sudu besar tadi dan tepung. Kaup balik hingga sebati. Masukkan adunan dalam piping bag yang diguntingkan muncungnya, seterusnnya pipe di atas lakaran corak zirafah tadi.
7. Bakar dalam oven lebih kurang selama 1 minit sahaja.
8. Tuangkan aduanan coklat ke atas corak zirafah. Ratakan dengan spatula. Hentakkan loyang beberapa kali bagi mengeluarkan buih/gelembung udara yang terperangkap dalam aduanan.
9. Bakar pada suhu 190'c lebih kurang selama 10-15 minit.
10. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke wire rack. Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas. Bila kek sudah sejuk barulah tanggalkan kertas minyak dengan berhati-hati supaya corak tidak tertanggal/koyak.

11. MENGGULUNG. Potong bahagian tepi kek. Sediakan sekeping kertas minyak. Letakkan kek di atas kertas tersebut dengan keadaan corak zirafah berada di bahagian bawah. Sapukan jem dan filling, seterusnya dengan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.


'jeritan' nya sesuai sungguh untuk orang yang suka ralit dan leka

corak apa ni...hihiihi
takda rupa zirafah pun....



saya dalam gulungan... aww ..chakkk!!!

hasil pertama kali... kalau ada kesempatan nak cuba lagi...

filing fresh cream dengan blueberry...memang ngam... sejuk ja masa lalu kat tekak ...
nak letak banyak-banyak krimnya kang ada yang komplain manis la... tak suka la... jadi letak ala - ala je la... 

Okey tak hasil pertama kali tangan si kidal ni...

Kalau tengok balik blog kak Azlita dengan kak Wan ...aduyai... perbandingan hasil mereka dengan aku jauh sangat... malu cheq, tak tau mana nak letak muka...

Tapi, walaupun rupanya tidak seindah mana, rasanya InsyaAllah, sesuai dijadikan santapan.

Aku dah rasa dah sekeping.

Jumpa lagi..

Terima kasih sebab sudi singgah sini...

Kamsahamnida...

Annyeong ...(✿◠‿◠)


Tuesday 18 February 2014

KEK LOBAK a.k.a Carrot Cake LAGI!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......

Selamat Malam.....

Annyeong Hasaeyooo.......... mesti ada orang cakap...apa da...asik anyeong...anyeong... hrmmm .. :P bluek..! .. masing-masing la kan...

Malam ini, mode, 'membaking' mai lagik... ini pun sabit ada baki cream cheese frosting ... kalau dak, malas gak.... anak tekak lapaq pun ya...

Banyak pulak bunyi adik aku nih! ... 'ko tak de kek lain ke nak buat' .... aikkkk! seingat-ingat aku, ni baru kali kedua aku bikin kek lobak ni...

Lagipun, yang nak bikin tu, bukankah aku?...

Eleh....nanti dia juga nak sebat...kikikiki~

Errrmm sambil aku menulis ni, dah terbau-bau dah aroma dari #ovencomelku itu..

Tapikan korang, kali ini aku guna resepi dari Cik Mat pulak...

Supaya memudahkan korang, aku dah salinkan semula resepi dari blog Cik Mat, cuma kalau korang nak tengok resepi yang aku terai sebelum ini, cer klik sini..

Jemput baca resepinya ya ;)


Kek Lobak a.k.a Carrot Cake Lagi...

Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonate*
1/2 sudu teh garam *
1 1/4 sudu teh serbuk kayu manis *
(semua yang bertanda * diayakkan bersama)
2 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang/ kastor
1 1/4 cawan lobak diparut (perah airnya)
1/2 cawan nenas dalam tin (aku tak bubuh pun)
1/2 cawan kelapa kering ( ni pun aku tak bubuh)
1/2 cawan walnut cincang

Langkah-langkah pembuatannya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175'C.Griskan loyang saiz 8in dan alaskan dengan kertas minyak.
2. Goreng walnut tanpa minyak hingga wangi dan ketepikan. (langkah ni aku tak buat juga ...hihihi)
3. Sangai/goreng tanpa minya kelapa ya..(kalau korang nak letak la.. goreng sehingga sedikit perang tau, kata Cik Mat)
4. Satukan gula, telur dan minyak, kacau gunakkan whisk. Kacau sehingga gula hancur dan sebati ya. Lebih kurang 3- 4 minit
5. Masukkan bahan ayak pula, guna spatula, gaul perlahan dan kacau hingga sebati
6. Kemudian masukkan lobak, walnut dan nenas atau kelapa tadi. Gaulkan sebati atau serata.
7. Tuangkan ke dalam loyang, dan bakar lebih kurang 55 minit hinnga 1 jam atau sehingga masak.

Cream Cheese Topping :-
70 gm mentega tanpa garam
125 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar gula icing (diayakkan dulu)

Cara :-
1. Putar mentega dan cream cheese sehingga sebati. Kemudian masukkan gula dan esen. Putar lagi sehingga gebu dan halus. Siap. Boleh digunakan untuk hiasan atas kek, ikut kreativiti masing-masing ya.

Gara-gara terralit menaip, tiba-tiba, hidung comel (jaga hati sendiri, takkan nak sebut kemek, cian dia) terhidu sesuatu.... hah! ambil kau... kek kat dalam oven.. 
Alhamdulillah..nyaris-nyaris nak hangit..

nipis hasilnya sebab aku 'ngelat' sikit, resepi Cik Mat suruh guna loyang 8'inci...
aku pakai loyang bape inci pun tak perasan, main ambil ja..

Selamat mencuba..

Happy Baking uolls......^^~

Assalamualaikum... & c. u...

Saturday 15 February 2014

KEK LOBAK a.k.a Carrot Cake

Assalamualaikum........................

Annyeong Hasaeyo......jumpa lagi kita...

Aku tengah ada mood 'membaking' dan 'menerai' resepi-resepi yang dah berkepuk dalam simpanan...

Sebenarnya dah lama nak cuba buat resepi ni, tapi asyik tertangguh saja... atas pelbagai alasan, huhuhu antara alasannya ialah faktor kerajinan... ;)

Petang tadi punya cerita.......
tada.....inilah dia si manis kita ni...
lama aku menunggu, baru kini aku mendapat ... kikiki~
diperkenalkan Miss Carrot Honey Barney

Kadang-kadang bila dapat buat benda yang disukai, secara tak langsung dapat merawati tekanan/stress, walaupun penat dan adakalanya aku tak jamah langsung hasil eksperimen yang aku buat, tapi bila tengok orang makan hasil tangan kita,...rasa seronok.. tak kisah walau apa pun maklumbalasnya.

Salah seorang daripada anak buah aku, setiap kali ditanya, 'macamana, sedap tak?'.. jawapan dia mesti 'boleh laaaaa'... kadang-kadang tu laaa dia tu bukan main panjang...

Itu pun, nasib baik dia cakap 'boleh la....pernah dia cakap, dia tak suka makan bla bla...., tapi ibu dia cerita, bila sampai rumah dia jugak yang tukang perabih... ish ish ish tak patut sungguh kamu Azrul Easham!...

Kalau cerita pasal ragam anak-anak buah aku ni mau tak habis, macam-macam perangai...haish... itu baru si Easham, belum si Azri, Si Azad ...apalagi Si Adriana.....

saya budak baru belajar....

Meh tengok resepi Kek Lobak.

Resepi dari blog Azie Kitchen, terima kasih ya atas pengkongsian resepi... ;)

KEK LOBAK @ CARROT CAKE

Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung all purpose flour (aku guna tepung gandum ja)*
2 sudu kecil baking powder*
2 sudu kecil soda bikarbonate*
1 sudu kecil serbuk kayu manis*
1/2 suduk kecil garam *
(bahan-bahan yang bertanda * diayakkan bersama)
4 biji telur
1  1/4 cawan minyak sayuran (aku letak 1 cawan ja)
1 cawan gula
2 sudu kecil esen vanila
3 cawan lobak parut ~ jangan lupa perah, buang airnya
1 cawan walnut (aku letak sikit ja; tak sampai segenggam pun)
sedikit kismis (aku tak letak sebab takda)

Langkah Pembuatannya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175'c. Griskan 2 loyang dan lapik dengan kertas.
2. Putar telur bersama dengan gula, minyak dan esen vanila
3. Masukkan bahan ayak tadi (tepung) ke dalam adunan telur. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan kacang walnut, kacau kaup balik sehingga sekata
5. Masukkan adunan dalam 2 loyang (bahagikan sama banyak)
6. Bakar lebih kurang selama 30 minit (untuk satu loyang tau, oven aku kecik, jadi kena masak satu-satu) atau sehingga masak.
7. Sejukkan sebelum dihiaskan dengan frosting

Bahan untuk frosting:-
1/2 cawan mentega
250 cream cheese
2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila

Langkah pembuatan:-
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan putar sehingga berkrim.
2. Sedia untuk digunakan sebagai hiasan pada kek.

konon-konon nak tangkap gambar satu persatu...ni ja satu-satunya..
saya guna whisk ja..tak guna mixer pun

sejukkan sebelum bubuh frosting 
wire rack pun takda, gunakan apa yang ada ja...hihihihi


saya tak pandai melepa kek la...huhhu sangat sedih...
adakah kerana i'm left-handed person..atau kurang kreativiti..atau...apakah?
tu yang coverline dengan corak-corak....
memotivasikan diri sendiri agar jangan putus asa...usaha tangga kejayaan.. gambattee oh-hani!

posing sikit... say cheeseeeee!
no no no...say carrot laaa....

silalah...menjamu mata...
eat me!
Cuba tau...

tata...tuti tutuuu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nite~


sambung cerita Cafe Cupcake Chapter

Assalamualaikum ^^~

sambungan cerita bergambar siri Cafe Cupcake Chapter....yang sebelum ini klik sini :)


@Maz nanti kita pergi lagi ya... ")

dekorasi kedai yang simple dan santai
kedai ni berdasarkan tinjauan aku ada 3 ruang iaitu di aras bawah ni ada dalam dan luar, kemudian di aras atas.
Masa kami singgah ni di aras atas masih lagi dalam peringkat penambahan baik....

saya 'geram' dengan awak Mr Teddy.....

sebahagian daripada deko dinding...
cer  tengok tu...botol Hershey's pun boleh jadi sebahagian daripada dekorasi... :)
antara Cupcakes yang ada ...tak ke rambang mata dibuatnya...berpinar-pinar jap...konpius melanda :)
cupcakenya setiap hari berbeza-beza, jadi untuk orang yang selalu lepak sini boleh membuat pilihan...tak la jemu...

hampir kesemua meja ada diletakkan dengan secawan biji kopi.... erm saya suka tengok... :D

my dish... Scandinavian Meatballs
aku pilih menu ini sebab namanya Scandinavian...boleh ke camtu? ish ish ish....

kali kedua order untuk si azad... manyak sedap katanya....
kitaorang pun belasah sekali... kikiki~

Barbequed Lamb Shoulder
alkisahnya... sungguh kasihan pada si maz sebabnya kitaorang dah selesai makan pun, dia punya oder masih tak kunjung tiba
rupanya adik yang ambil oder tu tak note oder dia, so lapar punya pasal tunggu lagi...
sekali ...bila sampai hidangannya si adik lamb...kikikikih~
dia dah konfius dah...bila aku ode kambing
sebenarnya dia tunjuk gambar si encik ayam, sekali keluar si anak kambing..
hentam sajalah labu.....
dorang cakap boleh tukar, ...takpa la makan je la... ada hikmahnya tu...
lain kali la kita merasa Honey & Lemon Chicken tu ...tak gitu Maz... kuikuikui.....

my nephew ....si azad
mengapa dengan kamu ni ....muka cam tak puashati jerrr...cam merajuk jerrr....

Happiness :D
Sweetness.......too.. :)
Dah habis~
The End~

Assalamualaikum semua.. & Selamat Berhujung Minggu.

PUDING ROTI MENTEGA a.k.a BREAD & BUTTER PUDDING

Assalamualaikum ^^~...

Annyeong Hasaeyo...apa cer...apa habaq..

Hari ini nak kongsikan resepi Puding Roti Mentega atau nama glamernya Bread Butter Pudding..

Resepi ini aku ambil dari Chef Ezani Masterchef. Syok tengok videonya kat U-tube... kreatif ... rasa macam kat luar negara pulak dengan musik latarnya yang evergreen. Aigoo....mode tetiba teringat sama kamo, wahai sahabatku Along Lina.....

Ate...moh ler kite nengok apeke resepinye.... (baca dalam loghat Perak)...

aksi masa dalam oven :)

Puding Roti Mentega a.k.a Bread & Butter Pudding

Bahan-bahan Puding Roti Mentega:-
1 buku roti putih  (aku guna roti gardenia)
Mentega
6 biji telur (aku kurangkan sebab kat umah ada 4 biji ja)
3/4 cawan gula
750ml susu segar/ susu cair / susu penuh krim / susu UHT
Demerara gula /  gula perang kasar untuk tabur atas puding (aku tak letak pun)
Bahan tambahan ikut suka, taknak pun takpa :- coklat chip/kismis/buah-buahan dan lain-lain ya... ikut citarasa masing-masing

Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Griskan loyang pembakar.
2. Sapukan mentega pada roti di bahagian depan dan belakang
3. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan gula dan pukul hingga sebati
4. Masukkan susu dan pukul lagi (masa ni rasa kalau-kalau nak tambah gula bagi yang suka manis)
5. Celupkan roti satu persatu dan susun ke dalam loyang. Kemudian jika nak tambah coklat chip atau apa2 saja. Ulangi proses sehingga roti habis.
6. Tuang baki adunan susu tadi ke dalam loyang, dan biarkan sebentar supaya meresap lebih kurang selama 10 minit.
7. Taburkan gula perang kasar atas roti. Bakar lebih kurang selama 40-50 minit atau sehingga perang keemasan.

Bahan-bahan Sos Vanila:-
5 biji kuning telur
4 sudu besar gula kastor
250 ml whipping cream /
250ml susu segar / penuh krim /UHT
Esen Vanila

Cara pembuatan:-
1. Panaskan krim, susu dan esen vanila sehingga hampir mendidih. Matikan api dan biarkan selama beberapa minit
2. Dengan menggunakan kaedah 'double-boiler', pukul kuning telur dan gula sehingga sebati. Masukkan krim tadi ke dalam adunan telur dan pukul lagi sehingga pekat atau mencapai tahap konsistensi yang diingini.
3. Siap. Boleh la hidangkan bersama puding roti.


Tapi aku tak buat pun sos vanila ni...atas sebab musabab tak cukup bahan dan tahap malas. Apa yang penting makan camgitu pun sodap... pekena pula dengan air kopi 'o'.... memang betul-betul holiau....hihihhi aptb...~


mai sepotong....

Ok nanti korang cuba la resepi ni...kalau tak berapa jelas atau kurang memahami salinan yang aku dah olah sikit ni, silalah jangan ragu-ragu tengok di U-tube, kat situ pun ada sekali resepinya.... jangan malas-malas ya... semua di hujung jari saja..hihihihi

daaa..tata titi tutu...

Assalamualaikum & Selamat Malam Dunia.


(✿◠‿◠)



Tuesday 11 February 2014

KEK MENTEGA

Assalamualaikum semua ^_*)~

Annyeong Hasaeyo........

Apa habaq semua!...

Hari ini aku teringin nak makan kek mentega. Mungkin dek faktor kesihatan, tekak ni teringin macam-macam, tapi bila ada depan mata, selera yang tadi membuak-buak terus merudum...

'Polis entry, one two jaga ; hari ini ;  masak kek mentega'... amacam pantun Jarjit - Upin Ipin jadi tak.. kikikih ...

Kebetulan tengok bahan-bahannya hampir kesemua ada, maka terjadilah misi, walaupun pada awalnya 'bercinta' nak memulakan ekperimen...

Bukannya apa dalam keadaan aku sihat walafiat pun aku ni seorang yang kalau nak memulakan tu memang tahap kemalasannya maksima, apatah lagi dalam kondisi yang kurang stabil ni...lagilah sedalam gaung malasnya... dengan bilik dipenuhi aroma minyak herba......

Akhirnya aku bangkit kerana 'keinginan tekakku'....

Yeah! mula-mula sekali sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada sis Yani Choo dari Warong Cookies kerana 'mengsharing' resepi yang sempoi ini. 

Korang kalau nak cuba, meh baca selanjutnya untuk mengetahui apakah bahan-bahannya dan bagaimanakah cara pembuatannya. Teruskan pembacaan ya..dan jutaan terima kasih ya.. sebab setia :)

hasil tangan Miss Oh-Hani. tidak secantik dan segebu hasil sis Yani..tengok pun dah mengiurkan..
aku ni pulak seperti biasa, tadi bukan main teringin sekarang..no no no..

Resepi Kek Mentega

Bahan-bahannya:-
250gm mentega
1 1/2 cawan gula
inilah sidia yang buat aku terguda
4 biji telor (asingkan putih dan kuning ya)
2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovallete (aku bubuh sikit ja)
1/2 cawan air (aku bubuh susu kotak, sebab nak habiskan stok takut membazir :))
2 cawan tepung kek / gandum *
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat* 
2 sudu besar susu tepung* (aku tak bubuh sebab takdak)

* bahan yang bertanda * diayakkan bersama 

Langkah pembuatanya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170'C
2. Griskan loyang 8 inci dan lapikkan dengan baking paper.
3. Pukul telur putih dan gula sehingga kembang seperti 'meringue'. Anggaran dalam 10 minit. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang berlainan pukul telur kuning dan mentega sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan ovelatte.
5. Masukkan adunan 'meringue' ke dalam adunan mentega. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung ke dalam adunan berselang-seli dengan air. Kacau kaup balik sehingga sekata.
7. Masukkan ke dalam loyang tadi.
8. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak. Bakar pada suhu 170'C pada 30 minit pertama, kemudian turunkan suhu kepada 150'C.
Ok dah siap, sesuai untuk minum petang pekena dengan ayaq Teh O atau Kopi O. 

lupa nak letak kertas lepas griss..
Alhamdulillah ...selamat :)))


Abahku, belum rasa lagi dah keluar buih-buih katanya.... laaaa... abah oh abah...
dia bilang lain kali cuba la kurangkan gula....lorh selama ni memang aku jenis kurangkan gula kowt....
komen mak; tak manis pun biasa-biasa aja... abah pulak bila dah rasa diam ja..huhuhu

Macam biasa, sebiji kek memang bahagiannya untuk tiga buah rumah. Itupun bahagian kat rumah kitaorang ciput ja.. sampai mak kata tak dan nak ulang. Aku bukan apa, kalau banyak-banyak kat rumah kitaorang siapa ja yang tukang perabih. Baik beri kepada yang ramai umatnya dan sudah tentu larisnya. Rejeki my nephews and niece. Ada juga kawan-kawan yang berbunyi 'buat bukan nak bagi rasa'... huhuhu apakan daya. InsyaAllah..mungkin rezeki akan datang...

Akhir kalam, jangan lupa mencuba resepi ini. Ianya mungkin tidak sehebat cik red velvet atau miss pavlova yang meriah dengan rupa paras dan rasanya, namun kek mentega jangan dipandang enteng hebatnya, kerna ianyanya ada kenikmatannya dan peminatnya yang tersendiri. Sesuai untuk pemanis mulut ketika lepak-lepak petang hari bersama keluarga gitu... dan lagi satu kredit, orang-orang lama suka kuih camgini. Ini mak aku cakap la.

Okey cuba jangan tak cuba.

Jumpa lagi.

Ilal-liqo`.



Friday 7 February 2014

Cafe Cupcake Chapter

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh (✿◠‿◠)

Annyeong Hasaeyo...

'Everyday is Sunday' .....itulah tagline bagi Cafe Cupcake Chapter.

tak sure la ni tagline depa ke ape...
gambar ni aku snap dari paperbag yang kami bungkus cupcake...hihihi

Gara-gara tertengok drama di tb, cerita apa tak berapa ingat, aku dah teringin nak pergi cafe ni. Lepas tu lama-lama lupa. Almaklum la, mengharap ada orang sudi bawa, begitulah nasibnya. Tak lama kemudian, keluar lagi yang terbaru dalam program 'Jalan-jalan Cari Makan di TV3'...apalagi, mulala mai balik keinginan nak terjah cafe ni. Aku dah sememangnya teruja tengok dekorasi cafenya yang simple, cute serta menarik ditambah lagi dengan  faktor paling penting sekali, yang membuatkan aku membuak-buak teringin nak pergi sini adalah kerna pelakun utamanya, siapa lagi kalau bukan si cantik manis cupcake!. Untuk makluman semua, kat sini bukan ada cupcake saja, malah terdapat pelbagai jenis manisan lain serta pelbagai rangkaian hidangan berat yang lain. Fuh!..memang mengancam tubuh badan aku sungguh la....

Macam mana nak kuruih nih!!!!...aigooo...

see...perkataan remember tu siap ada seruan lagi...ahdoii...cam sesuai ja ngan aku tuh, asal doubt & stress melanda pasti nak makan, tak kira la makan ape pun ...huhuu bad habit.. what to do...i loveeee dessert !..

Dah lama aku memendam rasa, akhirnya hari ini, berjaya!. Terima kasih yang tak terhingga kepada 'my sibling' yang sudi melayan karenah tekak hamba. Jasamu ku kenang.

Nak cerita sikit nih, kalau tak salah aku, pemilik cafe ini merupakan seorang anak muda melayu dan pekerja-pekerjanya, rata-ratanya muda-muda belia berdasarkan dari pemerhatian aku. Kalau tengok kat rancangan JJCM TV3 haritu, yang buat demo bikin cupcake juga adalah lelaki. Syoknya tengok depa. Bestkan. Tetiba terbit rasa bangga tengok dorang, memuda lagi dah berjaya ada 'business' sendiri. ' Jeles' pun ada gak...huhuhu. Eh! bukan 'jeles' yang dengki-khianat okeh!... ini 'jeles' yang untung-untung sebagai pemangkin untuk diri ke tahap yang lebih baik di masa-masa akan datang. Takpa la kan, Allah lebih mengetahui dan perancangan Allah... Maha Hebat, mungkin rezki aku tang lain, atau mungkin lambat sikit ke....hihihi.. ceh mulalah aku berangan tak hingattt nih....

Lokasi cafe : Ukay Boulevard, MRR2 Ulu Kelang (belah menghala ke Gombak)
Harga : standard cafe (ikut poket masing2, kang aku cakap mahal korang kata murah; aku cakap murah korang cakap aku orang kaya pulak...kikikih~)



Kalau korang nak maklumat lanjut boleh lah, pergi ke page dorang di facebook atau IG. Okeh!.

nak tayang cuppie cake yang aku tapaw...
aku tak ingat sangat nama dorang ni...kalau tak salah
dari kanan: muffin walnut caramel, brownies; yang sebelah tu 3 biji cupcake peanut, red velvet  dan cookies cupcake

Itu yang kitaorang bungkus untuk orang di rumah. Di rumah la sangat!... sampai rumah yang si pembeli tu jugak nak mengadap....kikikiH~. Biasa la...ayat cover line...



------>>>nanti sambung ya.. pertama gambar kat tukang bawa jalan-jalan; kedua sebab ngantuk sokmo @_@

Annyeong.






Monday 3 February 2014

KEK PELANGI a.k.a RAINBOW CAKE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...!.^*~

Annyeong Hasaeyooooo......!

Jom kita, tak mahu cite banyak...terus saja lihat pengkongsian resipi yang telah diuji di dapur mak aku, yang telah dihasilkan oleh Chef Cik Oh-Hani ...:P blueekkk....jangan marah naa....

Resepi ini di ambil dari salah satu grup di laman sosial Facebook, yang dikongsikan oleh Maz Abdul. Terima kasih naaa...sebab syer resepi sedap ini. Kamsahamnida. :)

kali pertama....


RESEPI KEK PELANGI a.k.a RAINBOW CAKE

Bahan-bahannya:-
3 cawan tepung *
4 sudu teh baking powder * (*diayakkan bersama)
1 cawan mentega
1 3/4 cawan gula castor
5 biji telur putih sahaja
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu teh Esen Vanila
Pewarna ungu, kuning, hijau, biru, merah, oren @ warna ikut suka masing-masing

Langkah pembuatannya:-
1. Putar mentega dan gula hingga kembang dan gebu
2. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit dan terus putar. Kemudian masukkan esen vanila dan putar lagi
3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan susu segar sambil diputar pelahan
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan
5. Tuang satu adunan dalam loyang 8 inci yang telah digriskan minyak. Ratakan. (saya gunakan loyang 7 inci)
6. Bakar dengan suhu 170'C selama lebih kurang 20 minit. Letakkan loyang di rak tengah oven supaya bahagian atas kek cepat masak.
7. Bakar adunan satu per satu. Jika ada oven yang besar dan ada lebih loyang yang sama ukuran bolehla bakar serentak. (oven saya comel ja..huhuhuhu)
8. Sejukkan kek sebelum dihiasan dengan topping ya.

Bahan dan langkah pembuatan cream cheese:
250 gm cream cheese (brand apa2 pun tak kisah; tatura / philadelpia / dan lain2)
1/2 cawan gula icing
2 cawan non dairy whipping cream (diputar kental)
Beberapa titik lemon paste / emulco

Langkah pembuatan:-
1. Potong kiub cheese dan biar lembut pada suhu bilik
2. Putar cheese hingga lembut dan masukkan gula aising dan putar lagi hingga kembang. Kemudian masukkan lemon paste, putar lagi
3. Masukkan whipping cream yang telah diputar tadi, kaup balik guna senduk/spatula hingga sebati.

Cara menghias kek:
1. Letakkan kek atas papan kek, sapukan cream cheese dan ratakan. Ulang langkah hingga selesai.
2. Sapukan lebihan cream cheese keseluruhan kek. Rata dan kemaskan.
3. Hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.
4. Sejukkan kek beberapa jam/ketika dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


saya budak baru belajar.....ermm nampak gaya kena cepat-cepat ambil kelas...
bagi aku bahagian yang paling susah ialah part melepa/meratakan cream ....

tengok la....berangan nak buat bunga ros konon.... hasil ratakan topping pun tak pandai...mengigil tangan gue
malu la comot....huhuhu.... ermm ...

konsep dekorasi ...tiada specifik tema...main hentam ja labu... janji kasik habis sama itu cream..
adik aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk...sebab tetiba ada pulak tema pink ...
aku bukan ape, pertama sebab nak menghabiskan topping tu.., kedua orang tengah gian..hahaha, ala macam orang baru pandai bawa kereta la, mereka akan jadi gila stereng...hah! cam gitulah juga aku...gian nak mendeko walaupun tidak kreatif... i'm tryin ma best okey....

inilah dia keratan rentas 'kek pelangi kali pertama'...
warna pelangi macam takda ja warna coklat hihihi...tersalah warna nak buat warna kuning... takpala...
tinggi pun tak samakan...;(
tapi abah cakap dalam perut dia tak kira tinggi sama ke tak...hahaha sabo je la..

Alhamdulillah, tinggal suku bahagian saja lagi dalam peti ais. Rezeki anak-anak penakan aku, dan kebetulan mak aku ada meeting grup marhaban dia....rejeki makcik-makcik tu la...

Hah! sebelum terlupa, kalau ikut selera anak tekak aku, ...rasanya sedikit manis, so kalau korang yang tidak berapa suka manis tu, mungkin korang boleh kurangkan penggunaan gula ya.

Pesanan kepada mereka yang kali pertama macam aku jugak, ala korang buat ja...dekorasi tu belakang kira kalau setakat nak 'ngap' sendiri. Aku ni pun sabit sebab konon-kononnya nak cuba skill buat bunga ros la bagai...akhirnya huhuhu...

Ok, jangan lupa mencuba ya!

Assalamualaikum & Selamat Malam....zzz

Annyeonggg




,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...