~

,

Sunday, 22 June 2014

SIMPLE BLUEBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum....:)

Annyeong Hasaeyo.....



sumber resepi : facebook Resepi Pastry / sis HaSue @ ha-sue.blogspot.com :) tq

SIMPLE BLUEBERRY CHEESE CAKE
Bahan-bahan:-
6 keping keju kraff @ 150 gm cream cheese
300 ml susu segar
110 gm mentega
3 biji telur gred A (asingkan putih dan kuning)
90 gm gula halus
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Blueberry filling secukupnya

Cara membuat:-
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Griskan loyang, tabur tepung atau alaskan dengan kertas.
2. Dengan api yang sederhana besar, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga keju cair, kemudian masuk mentega, kacau sehingga cair. Tutup api dan ketepi.
3. Pukul putih telur dengan gula sehingga menjadi meringue. (adunan menjadi ringan dan diterbalikkan tidak tumpah). Ketepikan.
4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur sehingga berkrim, kemudian masukkan campuran susu tadi. Kacau perlahan.
5. Kemudian ayakkan tepung dalam kuning telur, kaup balik adunan sehingga sebati.
6. Masukkan pula adunan meringue dan kaup balik, akhir sekali masukkan esen vanila, dan kacau sebati.
7. Masukkan 2 senduk adunan ke dalam loyang.
8. Picitkan blueberry filling atas adunan (ikut suka hati, secara bulatan atau garisan..)
9. Masukkan lagi 2 senduk adunan di atasnya. Ulangi langkah sehingga selesai.
10. Bakar pada suhu 175'C lebih kurang 50 minit dengan kaedah bain marie (letakkan loyang cake di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar).


letak adunan sikit (lebih kurang dalam 3 sudu besar, kemudian letak jem, ulangi langkah hingga selesai
cubaan 1. terlajak hitam... 

cubaan 2: hari yang sama ...kurang sikit gelapnya, tapi merekah sikit

cubaan 3: keesokkan harinya, perlu usaha lagi nampaknya

pandangan sisi ....



keratan rentas..







'Posing' lebih... hihihi...

Alhamdulillah, walaupun rupanya tak seindah biasa,...manisnya tetap ada..

Cuba jangan tak cuba.

Terima kasih sebab sudi singgah sini.

Kamsahamnida...

Ilal-liqo'..

Jumpa lagi (@_@)~


ESPRESSO MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum..... :)

Annyeong Hasaeyo... :D


Sila abaikan gambar yang kurang memuaskan...huhu

Doakan saya berjaya memiliki kamera yang lebih canggih suatu hari nanti ya..

Apa yang penting 'isinya' sekarang ini...

Jom kita 'menyelusuri' resepi ini...



Sumber resepi : Facebook Resepi Kek & Biskut Raya

ESPRESSO MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahannya:-
200 gm coklat masakan
120 mentega tawar
250 gm gula kastor
4 biji telur (dikocok ringan)
2 sudu teh espresso elmuco atau ( 2 sudu teh nescafe + 2 sudu teh air panas, dilarutkan)
70 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko
20 gm coffee mate  ** saya tak letak

Adunan cheese:-
125 gm cream cheese
100 gm mentega
2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum

Loyang 10'x10' yang telah digris dan di alas dengan kertas baking

Langkah pembuatan:-
Panaskan oven pada suhu 150'C

Brownies
1. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Ketepikan.
2. Cairkan mentega dalam periuk, masukkan serbuk koko, gaul rata. Angkat. Masukkan gula dan dikacau rata, kemudian diikuti dengan telur, tepung, espresso dan coffee mate yang telah di ayak.
3. Akhir sekali masukkan coklat cair dan kaup balik sebati.
4. Tuang adunan dalam loyang, ratakan dan ketepikan.

Adunan Cheese
1. Pukul cream cheese dan mentega sehingga kembang. Masukkan tepung dan telur, dipukul sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan cheese ke atas adunan brownies tadi, kemudian dilorek menggunakan lidi menjadi corak marble.
3. Bakar lebih kurang selama 1 jam atau sehingga masak.

pose dulu sebelum masuk oven...

corak apa ni ?...inilah seni namanya...abstrak... :)

sedap juga nooo...








Abaikan juga jika banyak gambarnya. Dia suka selfie..wakakaka...
Kalau ikutkan banyak juga gambar yang sempat dirakamkan. Namun yang terpilih sahaja sesuai untuk ditayangkan. Sekian. ...:D

Selamat mencuba ^^~

Jumpa lagi...

Annyeonghi...(@_@)~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...