Annyeong Hasaeyo.....
sumber resepi : facebook Resepi Pastry / sis HaSue @ ha-sue.blogspot.com :) tq
SIMPLE BLUEBERRY CHEESE CAKE
Bahan-bahan:-
6 keping keju kraff @ 150 gm cream cheese
300 ml susu segar
110 gm mentega
3 biji telur gred A (asingkan putih dan kuning)
90 gm gula halus
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Blueberry filling secukupnya
Cara membuat:-
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Griskan loyang, tabur tepung atau alaskan dengan kertas.
2. Dengan api yang sederhana besar, panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga keju cair, kemudian masuk mentega, kacau sehingga cair. Tutup api dan ketepi.
3. Pukul putih telur dengan gula sehingga menjadi meringue. (adunan menjadi ringan dan diterbalikkan tidak tumpah). Ketepikan.
4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur sehingga berkrim, kemudian masukkan campuran susu tadi. Kacau perlahan.
5. Kemudian ayakkan tepung dalam kuning telur, kaup balik adunan sehingga sebati.
6. Masukkan pula adunan meringue dan kaup balik, akhir sekali masukkan esen vanila, dan kacau sebati.
7. Masukkan 2 senduk adunan ke dalam loyang.
8. Picitkan blueberry filling atas adunan (ikut suka hati, secara bulatan atau garisan..)
9. Masukkan lagi 2 senduk adunan di atasnya. Ulangi langkah sehingga selesai.
10. Bakar pada suhu 175'C lebih kurang 50 minit dengan kaedah bain marie (letakkan loyang cake di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar).
letak adunan sikit (lebih kurang dalam 3 sudu besar, kemudian letak jem, ulangi langkah hingga selesai |
cubaan 1. terlajak hitam... |
cubaan 2: hari yang sama ...kurang sikit gelapnya, tapi merekah sikit |
cubaan 3: keesokkan harinya, perlu usaha lagi nampaknya |
pandangan sisi .... |
keratan rentas.. |
'Posing' lebih... hihihi...
Alhamdulillah, walaupun rupanya tak seindah biasa,...manisnya tetap ada..
Cuba jangan tak cuba.
Terima kasih sebab sudi singgah sini.
Kamsahamnida...
Ilal-liqo'..
Jumpa lagi (@_@)~