Sunday 8 March 2015

PUDING MARBLE

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. (^_*)~

Annyeong Hasaeyo...


Lama sudah tidak menjenguk blog, mujur masih belum 'bersawang'..,

Jom kita!..sebelum merepek merapu meraban...

sumber resepi : facebook, page Rahsia Hawa



Resepi Puding Marble

Bahan-bahannya:-
1 bungkus agar-agar
1400ml air
1 tin susu cair
2 cawan gula ***( saya kurangkan 1 cawan sahaja )
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
sedikit esen vanila
2 biji telur
sedikit garam

Langkah penyediannya:-
1. Basuh agar-agar dan masaknya bersama-sama 1400ml air dalam periuk di atas api sehingga hancur. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut.

2. Sementara itu, di dalam bekas lain pukul telur sekadar pecah kuningnya, kemudian masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard dan garam. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, tuangkan campuran ke dalam agar-agar tadi dan kacau di atas api sederhana sehingga likat.

3. Apabila campuran sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila.

4. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu bahagian diletakkan chocolate emulco dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal (kuning).

5. Sediakan loyang atau acuan, dan lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning berselang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap!.






Selamat mencuba semua, resepi 'pencuci tekak' yang mudah dan ringkas ini.


Ok bai! ^^~




,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...