Pages

Monday, 14 March 2011

~Lalola..Wedding ...~

Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Bandar Baru Sentul pada 5 Mac 2011 bersamaan hari Sabtu selepas zohor, dinikahkan oleh ayahanda tercinta beliau...dengan sekali lafaz maka berubah la status dak ila nih dari anak dara sunti ke isteri orang.....
Tok kadinye pun lawak jugak orangnyer. ada saja idea dia nak menghidupkan suasana pada petang tu......hihhihi siap wat pengisytiharan ......kuatkuasa jadi suami isteri berkuatkuasa serta merta...
Majlis kenduri keesokkan harinya pula bertempat di Taman Tasik Titiwangsa berlangsung dengan penuh meriahnyer...walaupun ila kata biasa-biasa ja kenduri dia...okey la tu...nak camne lagi...yang penting semuanya selamat..

jom...jom..layan beberapa keping foto yang dirakamkan dari lensa kamera bucukku yang tak seberapa nih...tapi Yana yang jadi jurufotonyer...ada gak gambar-gambar nih di ambil dari Facebook rakan iaitu Gee Jai dan Ej Kamel...


hihiihi tetiba teringat pada dak Nadia ngan Yana....semuga koran ingat ekk kenangan di Tasik Titiwangsa hari tu ye..........ala bukan selalu wat camtu kan....yang penting ada gak orang rakam aksi2 tu...hiihihi


hrmmm...alamak...sehingga entri ni di masukkan aku tak beli lagi hadiah kawen ila....huhuhuhu...ahdooiiil
sebbaekk...kenduri belah lelaki belum lagii......selamat jadi raja sehari lagi di Terengganu pulokk...

Ila...
Selamat Pengantin Baru, semuga kekal bahagia ke hujung nyawa, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, semuga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan serta mendapat keberkatan dunia akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment