Pages

Saturday, 19 May 2012

~Masjidil Al-Aqsa~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...pembuka kalam...

Rentetan daripada menonton program Al-Kulliyyah dengan tajuk Al-Aqsa ..pada petang kelmarin...Ahmad Fadzli Abdul Aziz sebagai moderatornya manakala panelnya ialah Dr Danial Zainal Abidin...maka ingin syer maklumat..cuma video program tersebut belum ada di internet....huhuhu bagus ceramah oleh Dr Danial..kalau sebelum ini tak ambil endah sangat.....mungkin sebab kita hidup di dalam keadaan serba-serbi ada tersedia....serta dalam kehidupan kita yang bebas apa saja. ....... berbanding dengan rakyat di Palastine yang berjihad dalam mempertahankan Masjid ketiga yang unggul dalam Islam selain dari Masjidil Haram dan  Masjid Nabawi.

*Masjid Al Aqsa juga merupakan kiblat yang pertama selama 17 bulan, kemudian dipindahkan ke Masjidil Haram ...(sumber: Program Al Kulliyyah)


Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Israk dan Mikraj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada Masjidil Haram (di Mekah,selatan Arab Saudi). Hingga ke masjid paling jauh iaitu Masjid al-Aqsa, dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammad menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. (sumber internet: Wikipedia)


No comments:

Post a Comment