Pages

Sunday, 16 December 2012

AGAR-AGAR BUIH

Assalamualaikum......
Salam Sejahtera...
Annyeong haseyo....

Hari mood rajin sudah mari.....

Hari main menanduk......hahahah (meringu)

Resepi dari blog kak nor secubitgaram


inilah rhoperrr agar-agar lapis buih saya.....
malas nak melapis...camgitu la jadiknya..


Jom terjah resepi agar-agar... -.-

Bahan-bahan:-

1 paket agar-agar serbuk (12gm) * saya guna agar-agar tali ja
850 ml air * saya guna kole kat umah...satu kole lebih sikit.. kiraan dia nnt saya letak kemudian
3 biji telur -ambil yang putih sahaja
145 gm guna * saya letak secawan suku - boleh kurangkan atau lebih ikut rasa masing-masing
Esen vanilla 
Daun pandan
sedikit pewarna kesukaan masing-masing (suka suka hati lah....-tagline Chef Ammar TV Alhijrah)

Cara membuatnya:-

* Masak air, agar-agar dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
* Kemudian masukkan esen vanilla
* Sementara itu, pukul putih telur hingga kembang (meringu- bertanduk- jika diterbalikkan ianya tak jatuh)
* Basahkan loyang atau bekas yang hendak diletakkan agar-agar dengan sedikit air (basahkan je tau...bukan taruk air dalam bekas...hihihi), 
1* Ambil satu senduk agar-agar dan satu senduk adunan putih telur tadi (campurkan dalam satu bekas lain)
2* Letakkan pewarna dalam campuran itu, kemudian kacau sebati
3* Kemudian adunan yang sudah diwarnakan itu, letakkan dalam bekas yang telah dibasahkan tadi.
* Ok setakat ini, faham tak....
* Ulang, yang langkah (yang saya letakkan no tu dengan kaler lain pulak)...
* Ulang lagi langkah yang sama sehingga kedua-dua adunan selesai.
* Biarkan sejuk sedikit barulah diletakkan ke dalam ais box - peti ais lah...

Pesanan dari kak nor secubit garam: 
* Untuk mempercepatkan proses pengerasan agar-agar, loyang kita tu letakkan dalam bekas yang berisi ais sejuk
* Supaya lapisan tidak terpisah, maka proses ulangan tu (proses melapis) perlu dilakukan dengan kadar cepat..

Selamat mencuba ye...

Mudah dan Murah ...hiihi

Syukran pada yang sudi melihat & membaca entri saya kali ini..

Ilal-liqo'


No comments:

Post a Comment