Pages

Sunday, 9 December 2012

MADINAH AL MUNAWARRAH ~ PART 2

Assalamualaikum....
Annyeong hasaeyo....konichiwa.....(@_@)~
Mudah-mudahan semua kita pada ketika ini..dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus melakukan amalan-amalan kebaikan.

Sharing lagi antara gambar-gambar yang sempat diambil dari lensa kameraku...tapi bukan kamera DSLR.. (Insya Allah, suatu hari nanti B)B)~wink.wink..wink~)

Mohhh ler kita terjahh...


Duit Arabb lahh....
masa tukar rate, duit kita lebih kurang 800 MYR dapat 1000 Riyal

gerai-gerai di tepi Masjid Nabawi...
hah sapa yang tak cukup duit pun money changer pun ada...tapi tinggi tempat dia...hahaha

Pondok telefon rasanya.....
Gambar kiri tu..rate dan kod ikut negara

Masjid Quba'
 Masjid Quba'
Keistimewaan Masjid Quba' pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri :
"Barangsiapa telah berwudhu di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah".

(Rujukan: Tetamu-tetamu Allah-Panduan mengerjakan Umrah&Ziarah keluaran Darul Nu'man)

Jabal Uhud

Sekitar kawasan Jabal Uhud
ada gerai-gerai jualan oleh wanita Arab - inai, sanggul si fatimah kot...dan macam-macam lagi...

Tetamu-Tetamu Allah
dengan Ustaz Sukri, rakan sekerja serta jemaah dari Bangi

Perkuburan Syuhada semasa Perang Uhud
70 terbunuh termasuk bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w - Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib

Ladang Kurma
tapi tak masuk ke dalam ladang tu...kat tepi tu ada Pasar Kurma...boleh makan la banyak mana pun percuma.....tapi tak boleh bungkus lah.....kalau mau bungkus...itu kira beli lahh....;)

Abah beli kurma segar......
memang segar...sejukk sebab berais.....
rasanya sungguh sedappp....(sampai ada seorang pakcik tegur...tak pahit ke...sebab tengok saya beria-ia menikmati...)

Masjid Qiblatain
 Masjid Qiblatain
Masjid ini mempunyai mihrab yang luar biasa.
Satu dari mihrabnya menghadap ke Kaabah manakala satu lagi menghadap ke Masjidil Aqsa.
Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w sedang bersolat dua rakaat di dalam masjid ini, apabila wahyu diturunkan yang memberitahu baginda s.a.w mengenai penukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

Kilang Percetakkan Al-Quran
tetapi masa kat sini Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk hanya lelaki
Abah dapat Quran percuma - saiz besar - mungkin sebab warga emas kot.. 
 Kilang Percetakkan Al-Quran
Mutawif mengatakan bahawa dulu wanita boleh masuk ke dalam tetapi wanita tanit y  yang berhadas besar tidak boleh. Mungkin ada yang tidak jujur sebab hendak masuk juga ke dalam maka kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan Jemaah wanita ke kilang percetakkan Al-Quran bagi menjaga kesucian Al-Quran itu sendiri.
pemandangan depan kilang Percetakan Al-Quran.
di atas bukit tu kalau tak salah - Istana

dikenali dengan nama Masjid Tujuh ianya terletak di daerah Khandaq

dibalik tembok itu adalah perkuburan Baqi

pemandangan pagi hari...hari ni dah nak tinggalkan Madinah untuk ke Makkah
tenang sungguh..........

Muzium
menerangkan bagaimana pembinaan Masjid Nawabi

Menuju ke Kubah Hijau
Wada' dengan Rasulullah s.a.w

Kubah hijau, dibawahnya terletak makam Rasulullah s.a.w

 Terjemahan Doa Wada' dengan Rasulullah s.a.w
Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai kekasih Allah.
Semuga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu ataupun berada disisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat jika ada umur panjang. Insya Allah aku akan datang menziarahimu semula.
Tetapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan disampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hingga hari kiamat, pengakuanku yang sungguh-sungguh,
bahawa Tiada Tuhan yang lain disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya.
Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas pada Rasul. Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.

(Rujukan: Tetamu-tetamu Allah-Panduan mengerjakan Umrah&Ziarah keluaran Darul Nu'man)

kalau nak tengok foto Madinah yang lepas...klik SINI

Syukran Ilal-liqo .... Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment