Annyeong Hasaeyo...
Hai...hari ini nak 'tepek' resepi caramel...
Jom 'chekidauuttt'....
Resepi dikongsikan oleh Kak Rozilah Abdullah (kak gee), melalui facebooknya....terima kasih banyak-banyak ya k.gee, semuga akak ditambahkan ilmu yang bermanafaat. Arigato Gozaimass....(^_*)~
RESEPI PUDING KARAMEL
Bahan-bahan:-
A - 1/2 cawan gula pasir (masak hangus dalam loyang dan ketepikan)
B - 7 biji telur gred A
C - 1 tin susu pekat
D - 2 tsp tepung kastard
E - 1 tsp esen vanilla
F - 1 tsp pewarna kuning telur * optional - tak mau letak pun tak pa ~ ikut suka hampa
Cara-cara:-
1. Campurkan bahan (B hingga F) ke dalam pengisar. (senang guna pengisar) - nak cara pukul dalam mangkuk pun boleh juga. Ok..kisar sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan ke atas loyang yang berisi gula hangus tadi (seelok-eloknya ditapis- untuk buang buihnya.
3. Kukus selama 1/2 atau sehingga masa.
p/s :- Nak tahu sudah masak ke belum, uji guna pisau dibahagian tengah adunan. Sekiranya tiada adunan yang melekat, itu tandanya sudah MASAK!...kikikikih. Kemudian sejukkan sebelum dihidangkan.
Jom Pakat Cuba naa.....
| cubaan kali kedua....aku tak gemar sangat...semuanya untukmu anak2 penakan cheq...^^~ | 
Ok..jumpa lagi...
Annyeong~
Ilal-liqo.
No comments:
Post a Comment