Pages

Tuesday, 11 February 2014

KEK MENTEGA

Assalamualaikum semua ^_*)~

Annyeong Hasaeyo........

Apa habaq semua!...

Hari ini aku teringin nak makan kek mentega. Mungkin dek faktor kesihatan, tekak ni teringin macam-macam, tapi bila ada depan mata, selera yang tadi membuak-buak terus merudum...

'Polis entry, one two jaga ; hari ini ;  masak kek mentega'... amacam pantun Jarjit - Upin Ipin jadi tak.. kikikih ...

Kebetulan tengok bahan-bahannya hampir kesemua ada, maka terjadilah misi, walaupun pada awalnya 'bercinta' nak memulakan ekperimen...

Bukannya apa dalam keadaan aku sihat walafiat pun aku ni seorang yang kalau nak memulakan tu memang tahap kemalasannya maksima, apatah lagi dalam kondisi yang kurang stabil ni...lagilah sedalam gaung malasnya... dengan bilik dipenuhi aroma minyak herba......

Akhirnya aku bangkit kerana 'keinginan tekakku'....

Yeah! mula-mula sekali sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada sis Yani Choo dari Warong Cookies kerana 'mengsharing' resepi yang sempoi ini. 

Korang kalau nak cuba, meh baca selanjutnya untuk mengetahui apakah bahan-bahannya dan bagaimanakah cara pembuatannya. Teruskan pembacaan ya..dan jutaan terima kasih ya.. sebab setia :)

hasil tangan Miss Oh-Hani. tidak secantik dan segebu hasil sis Yani..tengok pun dah mengiurkan..
aku ni pulak seperti biasa, tadi bukan main teringin sekarang..no no no..

Resepi Kek Mentega

Bahan-bahannya:-
250gm mentega
1 1/2 cawan gula
inilah sidia yang buat aku terguda
4 biji telor (asingkan putih dan kuning ya)
2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovallete (aku bubuh sikit ja)
1/2 cawan air (aku bubuh susu kotak, sebab nak habiskan stok takut membazir :))
2 cawan tepung kek / gandum *
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat* 
2 sudu besar susu tepung* (aku tak bubuh sebab takdak)

* bahan yang bertanda * diayakkan bersama 

Langkah pembuatanya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170'C
2. Griskan loyang 8 inci dan lapikkan dengan baking paper.
3. Pukul telur putih dan gula sehingga kembang seperti 'meringue'. Anggaran dalam 10 minit. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang berlainan pukul telur kuning dan mentega sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan ovelatte.
5. Masukkan adunan 'meringue' ke dalam adunan mentega. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung ke dalam adunan berselang-seli dengan air. Kacau kaup balik sehingga sekata.
7. Masukkan ke dalam loyang tadi.
8. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak. Bakar pada suhu 170'C pada 30 minit pertama, kemudian turunkan suhu kepada 150'C.
Ok dah siap, sesuai untuk minum petang pekena dengan ayaq Teh O atau Kopi O. 

lupa nak letak kertas lepas griss..
Alhamdulillah ...selamat :)))


Abahku, belum rasa lagi dah keluar buih-buih katanya.... laaaa... abah oh abah...
dia bilang lain kali cuba la kurangkan gula....lorh selama ni memang aku jenis kurangkan gula kowt....
komen mak; tak manis pun biasa-biasa aja... abah pulak bila dah rasa diam ja..huhuhu

Macam biasa, sebiji kek memang bahagiannya untuk tiga buah rumah. Itupun bahagian kat rumah kitaorang ciput ja.. sampai mak kata tak dan nak ulang. Aku bukan apa, kalau banyak-banyak kat rumah kitaorang siapa ja yang tukang perabih. Baik beri kepada yang ramai umatnya dan sudah tentu larisnya. Rejeki my nephews and niece. Ada juga kawan-kawan yang berbunyi 'buat bukan nak bagi rasa'... huhuhu apakan daya. InsyaAllah..mungkin rezeki akan datang...

Akhir kalam, jangan lupa mencuba resepi ini. Ianya mungkin tidak sehebat cik red velvet atau miss pavlova yang meriah dengan rupa paras dan rasanya, namun kek mentega jangan dipandang enteng hebatnya, kerna ianyanya ada kenikmatannya dan peminatnya yang tersendiri. Sesuai untuk pemanis mulut ketika lepak-lepak petang hari bersama keluarga gitu... dan lagi satu kredit, orang-orang lama suka kuih camgini. Ini mak aku cakap la.

Okey cuba jangan tak cuba.

Jumpa lagi.

Ilal-liqo`.



No comments:

Post a Comment