Annyeong Hasaeyo...
Alhamdulillah, yeahh! cheq berjaya buat sushi aka kimbab!
Tagline semasa: Sushi pun boleh; Kimbab pun boleh!...
Walaupun mungkin dari segi rasanya tidaklah sesedap yang ada dipasaran...yeah! apa yang penting ianya adalah buatan sendiri ...home-made okeh!!!..
Faktor rasa tu mungkin sedikit kekurangan atas sebab musabab penggunaan bahan-bahannya berkonsep apa yang ada di dapur dan apa yang jumpa di market...
Okey...let go... check-it out all the ingredient and the method of making sushi aka kimbab with my style!
Hiihihi....OME!!!..
Sumber resepi: sis Lynnhassan.blogspot.com :) tq sis.
SUSHI / KIMBAB
Bahan-bahannya:-
1 cawan beras sushi
2 cawan air
4-6 tbsp cuka sushi (kalau tiada boleh digantikan dengan apple cider heinz)
garam
gula
Cara masak nasi:-
1. Kaedah masak beras adalah seperti memasak nasi biasa.
2. Setelah nasi masak, akan dapat lebih kurang 3 cawan nasi.
3. Kemudian tambahkan 4-6 sudu besar cuka sushi, sedikit garam dan gula. Kacau. Ketepikan.
Bahan-bahan intinya:-
Crabstick (rebus sebentar, kemudian carik-carik memanjang)
Timun jepun (potong panjang-panjang dan rendam dalam air garam sebentar)
Tuna - saya tak letak tau..
Boleh tambah lagi macam-macam seperti lobak merah, hotdog, telur goreng dadar dan lain-lain lagi ikut suka hati masing-masing.
Bahan lain:-
Seaweed
Sedikit air (digunakan semasa proses menggulung untuk elakkan melekit )
Tikar untuk gulung.
Cara menggulung:-
1. Letakkan kepingan seaweed di atas tikar gulung.
2. Letakkan sedikit nasi.
3. Susun bahan-bahan inti tadi. Kemudian bolehlah menggulung sushi tersebut.
4. Untuk potong sushi, celupkan pisau dalam air panas (untuk kurangkan melekat serta hasil lebih kemas.
5. Siap. Boleh dihidangkan bersama sos (soya sos dan wasabe) ataupun makan macam tu sahaja.
tikar pandan terbang bawalah daku menjelajah Jepun & Korea...kikikiki~ |
mood terlajak rajin tahap gaban...siap buat roti lagi....cicah air teh.. tak kisahlah kombinasi mereka serasi bersama atau tidak...apa yang penting... perut isi ; tekak puashati ; muka senyum :D |
Kalau rajin cubalah, bahan-bahannya pun senang dapat...
Kalau malas, tunggu sehingga semangat rajin tu mari, pasti berbaloi-baloi....
Ilal-liqo ..
Jumpa lagi~