Pages

Wednesday, 2 April 2014

KEK MINYAK

Assalamualaikum semua... (^_*)~

Annyeong Hasaeyo!...

Semalam percubaan kali pertama buat Kek Sarang Semut. Kejadian keknya kurang menjadi sarang semutnya.... takpe nanti cuba lagi!

Hari ini cuba resepi Kek Minyak yang resepinya di ambil dari Grup Facebook : Kongsi Resepi. Terima kasih kepada tuan empunya Diana Danial. Makasih ya :)

Jom chekidauuttt!



KEK MINYAK

Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung *
1 sudu teh baking powder * ayakkan bersama
5 biji telur
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu

**pewarna ikut pilihan hati :)

Langkah pembuatannya:-
1. Panaskan oven ikut oven masing-masing ya
2. Griskan loyang dan alas dengan kertas
3. Pukul telur, ovelette dan gula hingga gebu/kembang
4. Masukkan minyak dan susu, kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan tepung, kaupbalik hingga sebati.
6. Boleh tambah pewarna ikut suka hati masing-masing ya.
7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak, guna api atas bawah, 10 minit akhir saya guna api bawah sahaja. Siap :)

** boleh juga dikukus..

Sejukkan bolehlah dihidang.


sejujurnya rasanya kurang kick sikit... mungkin sebab aku kurangkan gula ...

Minggu ni hasil rasa dan kejadian kek percubaan aku kurang menyerlah.... aigooo...why...???

Next!!!.......

Oklah kita jumpa lagi ya..

Assalamualaikum & Selamat Malam..



No comments:

Post a Comment