Pages

Saturday, 4 October 2014

PUDING TRIFLE

Assalamualaikum semua...

Annyeong Hasaeyo.....




sumber resepi:-
has2309.blogspot.com
sinarkasihkhairina.blogspot.com


RESEPI PUDING TRIFLE

Bahan-bahannya:-
1-2 kek gulung
1 tin buahan koktail
1 tin susu cair
1 tin air
1-2 sudu gula
3 sudu penuh tepung kastad
1 kotak jelly
400 ml air

Cara membuat:-
1. Potong kek dan susun rapat-rapat ke dalam bekas. Seeloknya susun kek padat dan penuh supaya adunan kastard tidak turun ke bawah.
2. Ambil sedikit air dari tin buahan koktail dan renjiskan sedikit sahaja pada kek. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung kastard, gula, susu cair dan air menggunakan tin susu cair tadi. Kacau sehingga larut dan tidak berketul.
4. Kemudian masak adunan kastard di atas api yang sederhana besar. Kacau dan sentiasa kacau sehingga adunan likat dan pekat sedikit. Tutup api (kena cepat-cepat proses ini, sebab adunan ini mudah mengeras).
5. Tuangkan adunan kastard ke atas kek gulung (jauhkan dari kipas supaya elakkan adunan kastard cepat mengeras).
6. Letakkan buah-buahan koktail di atas adunan kastard.
7. Masak 1 kotak jelly dengan 400ml air (boleh ikut arahan pada kotak pembungkus). Sejukkan sebentar dan tuang ke atas kek tadi sehingga buahan koktail terendam.
8. Sejukkan sebentar sebelum di simpan ke dalam peti sejuk.


cubaan kali pertama 2011: sampai ada kawan kata, ini resepi kek gulung rendam ke?? aigooo

2014: kembali teringin :)


adunan kastard yang telah dimasak atas api



tak ingat beli brand apa, satu tin itu hanya dipenuhi dengan buah betik dan nenas
dan juga hanya ada  6 biji nata de coco. sahaja!!!.. aigooo


nata de coco sahaja


Sedap tau ...makan sejuk-sejuk...

Selamat mencuba..


Jumpa lagi :)

(@_@)~

No comments:

Post a Comment