Pages

Monday, 31 December 2012

HO CHI MINH

Assalamualaikum.

Salam sejahtera, mudah-mudahan semuanya berada dalam kondisi yang baik-baik aja. Amin.

Kali ini saya nak sharing moment saya berada di bandaraya Saigon atau sekarang lebih dikenali dengan nama Ho Chi Minh, yang juga merupakan bandar terbesar di Vietnam.

Kami telah berkampung di sana selama 4 hari 3 malam, ianya merupakan pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Mana tidaknya, selain dapat berjalan-jalan melihat negara orang, menikmati makanan serta pemandangan dan budaya mereka, terselit juga pengajaran agar lebih mensyukuri dengan nikmat dan kurnia yang telah diterima selama ini. Alhamdulillah.

Travel Agency : Easy Tour & Travel Sdn Bhd
Tourist Guide : Mr Alex
Penerbangan : Air Asia (penerbangan mengambil masa lebih kurang selama 1jam sahaja)
Kos : rmm x ingat sangat tapi packeage lengkap dan berbaloi-baloi (tidak termasuk duit shopping hihihihii!)
Agenda : Jenjalan dan biasalahh shopping........
Perbezaan waktu: Vietnam lewat sejam daripada kita
Matawang: Dong -10,000dong bersamaan lebih kurang MYR1.60 (urusniaga boleh dalam Dong, USD, dan MYR)

Map of Vietnam : source Internet

Gambar atas: matawang Vietnam - Dong

Lan Lan 2 Hotel - berdekatan dengan Night Market dan Ben Thant Market

Kami tiba di Ho Chi Minh International Airport lebih kurang pada jam 3 setengah petang waktu tempatan. Sejurus selesai segala urusan imigresen dan sebagainya, aktiviti kami pada hari tersebut bermula dengan lawatan singkat ke sekitar bandaraya Ho Chi Minh.


panorama bandar di Ho Chi Minh

Panorama ini anda semua boleh tengok ketika pagi dan petang.., ala-ala gerai 'ngeteh' ;)

pengangkutan utama - motosikal

Notre Dame Cathedral - merupakan landmark popular bagi pelancong-pelancong, terletak di tengah bandaraya Ho Chi Minh. 

Centre Post Office - lokasinya bersebelahan sahaja dengan Notre Dame Cathedral 

Hard Rock Cafe - usha'2 barang ja dan acara wajib!..take a picture! hahahaha

Ronda-ronda sudah...menjamu mata sudah...tangkap gambar mesti laa wajib...!. Tapi ada acara yang paling saya suka sekali bila pergi ke tempat orang ialah makan!. Lapar kot!. My tagline is ' makan time is my time' ;). Kami di bawa ke sebuah restoran yang agak popular, terutamanya bagi pelancong-pelancong dari Malaysia, iaitu Saigon Seri Penang. Staf restoran itupun, dari Malaysia jugak. Oppssss...sebelum pi makan, check-in dulu kat hotel. Mandi-manda dulu, solat dulu, regang-regangkan urat dulu..then turun semula ke lobby untuk berkumpul sampai ahli jemaah rombongan semua cukup, barulah gerak pi makan. Naik baihh (bus) la. 


kenalkan ni Alex, our tourist guide. Banyak bagi tip2 kat kami especially about shopping, Do & Don't.  Kalau nak tahu, program Rasa Halal Orient di Astro Oasis yang dikendalikan oleh Farah Brepp Breepp tu, dia jugalah yang jadi tourist guide untuk di Ho Chi Minh

Saigon SeriPenang - sedap! nyummm nyum nyumm

Ayaq Kopiiii!!!...terbaikkkkkk!

first night shopping..hihihi @ Night Market

Dah puas berbelanja sakan masing-masing, as usual except me!..ye ke? ye laaa....nape tak percayaa aaa...suka hati lah. Tido lena semuanya, that night. Journey continue tomorrow.........


to be continue ..@Chu Chi Tunnel


Annyeong (@_@)~


No comments:

Post a Comment