Pages

Sunday, 6 January 2013

APAM DOT. DOT. DOT.

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera semua. (@_@)~.

Salam Tahun baru 2013. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya, dari tahun sebelumnya. Semuga kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani dan menempuhi liku-liku kehidupan yang tidak selalunya landai tanpa cerun, curam serta onak duri. Teringat kata-kata, bahagia yang hakiki ialah apabila merasa cukup di dalam hati. hrmm...

Bila masuk tahun baru, soalan lazim ialah apa azam tahun baru...hihihihihi.
Kata-kata Dato Maznah Hamid: Azam hanya akan tinggal azam, apabila tiada matlamat. ;))) untuk sama-sama kita renungkan.

Permulaan tahun baru buat kami sekeluarga pula, dibuka dengan ulangtahun perkahwinan mak abah iaitu pada tanggal 05/01/13. Mudah-mudahan mereka kekal hingga ke hujung usia, serta mendapat keberkatan dan rahmat Allah, di dunia dan akhirat. 

Jadi hari ini, kami adik-beradik buat makan-makan sikit. Menunya memang sempoi ja, Satey Hj Samuri ....hahaha sebenarnya, saya yang teringin lebih nak makan satey ni.

Si Mummy Adriana pulak, nak menunjukkan bakat dia juga dalam bidang masak-memasak ni, so tahun ini kami tak la membeli kek. Kek buatan sendiri je la...sedap tak sedap belakang kira. Dia buat kek red velvet. Rasanya boleh tahan, cuma kena always practise. ;)))) .

Saya pun tak nak ketinggalan menunjukkan bakat terendam!. Makanya.....hari ini, untuk percubaan pertama kalinya, nak buat apam dot.dot.dot.......

Klik! Klik! Klik!...snap ...snap..snapp....

Menu:
Satey Hj Samuri
Home-made Kek Red Velvet
Home-made Apam Dot Dot Dot..tak berapa nak dot..
Kentang goreng
Nasi Goreng
Ikan Bakar dengan air asam (lauk lebih tengahari tadi ~ mak masak)
Ayaq teh panas dengan air ice-cream soda . Sempoi!


 pic bawah kiri tu anak mummy adriana yang interfrem..hhahaha



Jom saya nak share resepi Apam Dot.Dot.Dot saya yang tak berapa nak dotdotdot sangat....huhuhu, tangan tak bedung katanya!..

Resipi saya ambil dari FB fanpage Resipi Bonda ye. 

Apam Dot. Dot. Dot.

Bahan-bahannya:-
3 biji telur dari petisejuk
220 gm gula halus
275 gm tepung gandum
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna - suka suka hati jugak...
Filling/ jem apa-apa perisa (suka suka hati ;)))~ saya guna jem roselle
Cawan kertas

Langkah penyediaanya:-
1. Masukkan telur dan gula dalam mangkuk. Putar dengan mixer dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Masukkan ke dalam adunan tadi, susu, tepung dan ovelette serta esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian. Warnakan ikut kesukaan masing-masing.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag (saya guna plastik biasa kalau, plastik kita beli kuih tu)
5. Picitkan adunan ke dalam cawan kertas separuh sahaja. Kemudian, masukkan jem sedikit. Lepas tu, picitkan sekali lagi adunan sehingga penuh.(ikut suka la nak warna sama atau lain)
6. Akhir sekali, buatkan dot atau corak apa-apa di atas adunan tadi dengan warna yang berlainan. 
7. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana/kecil. Siap!.


purple + kuning : dot yang tak menjadi ;))))

Alhamdulillah.

Annyeong (@_@)

No comments:

Post a Comment