Pages

Saturday, 22 February 2014

SWISS ROLL corak ZIRAFAH

Assalamualaikum semua:)

Annyeong Hasaeyo........



Dari malam semalam sudah siapkan program untuk aktiviti hari ini, konon-kononnya jadual dah dirangka agar bermula seawal pagi seusai subuh... tapi non hado!

Sakit perut melanda....bikin rusaklah ana punya program...hihihi

Tapi dek kerana teringin lah sesangat nak merasai cik swiss roll buatan sendiri, maka perjuang diteruskan jua...

Petang hari, perjuanganku diteruskan serta diiringi dengan kesakitan perut yang menerjah kembali, makanya..faham-faham sajalah bagaimana kekalutan ketika itu, dengan sambil-sambil itu menepuk-nepuk perut bagi menenangkan dia...hahaha sudah cukup sudah berceloteh pasal perut beta...kikiki~

Mari kawan-kawan kita tengok resepinya dan seterusnya meneropong hasil percubaan kali pertama dari si tangan kidal ini :).  Ada rupa zirafah ke tidak? ...agak-agaknya rupa apa yang menjelma nanti...

Resepi ini diambil dari blog Kak Wan dan Kak Azlita. Kalau nak tengok langkah demi langkah, silalah tengok di blog Kak Azlita. Terima kasih daun keladi atas pengkongsian. Semuga menjadi ilmu yang bermanafaat kepada semua.

sumber internet
corak zirafah, kalau malas nak buat lakaran print ja yang ni, kalau lagi malas tahap gaban macam aku...
buat ja design terus dalam loyang hihiihi

SWISS ROLL - ZIRAFAH

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kastor
60 ml air
40 ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanila
75 gm tepung

Bahan B
8 gm serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco (aku guna perasa coklat)

Bahan C
3 biji telur putih
50 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan D (Adunan corak zirafah)
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kastor
1 sudu teh tepung
2 sudu besar adunan (yang diketepikan) **

Bahan filing (ikut citarasa masing-masing)
100 gm whipping cream - dipukul hingga kembang bertanduk
jem blueberry * ikut kesukaan masing-masing.

Langkah-langkah pembuatan:-
Panaskan oven dulu pada suhu 170'C
1. Sediakan loyang 10x10 (tapi aku hanya ada loyang 8x8 ja huhuhu, hentam ja la labu)
2. Lakarkan atau cetak corak zirafah atas kertas minyak dan letakkan atas loyang yang telah digriskan dengan minyak
3. Kemudian lapik lagi satu kertas atas lakaran tadi, dan sapu minyak atas kertas dan ratakan, ini bertujuan supaya mengelakkan corak dari melekat di kertas apa bila dikeluarkan nanti.

4. ADUNAN COKLAT. Bahan A. Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, kemudian masukkan esen, minyak dan air. Pukul sebati. Kemudian masukkan tepung, kacau dan kaup balik hingga serata. ** Asingkan dua (2) sudu besar adunan (untuk corak zirafah)
5. Pukul bahan C sehingga kembang dan bertanduk (seperti buat meringue). Kemudian masukkan ke dalam aduanan A dan kaup balik. Masukkan bahan B dan kacau kaup balik sehingga sekata.

6. ADUNAN ZIRAFAH. Pukul telur dan gula hingga kembang dan bertanduk. Kemudian masukkan ** adunan 2 sudu besar tadi dan tepung. Kaup balik hingga sebati. Masukkan adunan dalam piping bag yang diguntingkan muncungnya, seterusnnya pipe di atas lakaran corak zirafah tadi.
7. Bakar dalam oven lebih kurang selama 1 minit sahaja.
8. Tuangkan aduanan coklat ke atas corak zirafah. Ratakan dengan spatula. Hentakkan loyang beberapa kali bagi mengeluarkan buih/gelembung udara yang terperangkap dalam aduanan.
9. Bakar pada suhu 190'c lebih kurang selama 10-15 minit.
10. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke wire rack. Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas. Bila kek sudah sejuk barulah tanggalkan kertas minyak dengan berhati-hati supaya corak tidak tertanggal/koyak.

11. MENGGULUNG. Potong bahagian tepi kek. Sediakan sekeping kertas minyak. Letakkan kek di atas kertas tersebut dengan keadaan corak zirafah berada di bahagian bawah. Sapukan jem dan filling, seterusnya dengan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.


'jeritan' nya sesuai sungguh untuk orang yang suka ralit dan leka

corak apa ni...hihiihi
takda rupa zirafah pun....



saya dalam gulungan... aww ..chakkk!!!

hasil pertama kali... kalau ada kesempatan nak cuba lagi...

filing fresh cream dengan blueberry...memang ngam... sejuk ja masa lalu kat tekak ...
nak letak banyak-banyak krimnya kang ada yang komplain manis la... tak suka la... jadi letak ala - ala je la... 

Okey tak hasil pertama kali tangan si kidal ni...

Kalau tengok balik blog kak Azlita dengan kak Wan ...aduyai... perbandingan hasil mereka dengan aku jauh sangat... malu cheq, tak tau mana nak letak muka...

Tapi, walaupun rupanya tidak seindah mana, rasanya InsyaAllah, sesuai dijadikan santapan.

Aku dah rasa dah sekeping.

Jumpa lagi..

Terima kasih sebab sudi singgah sini...

Kamsahamnida...

Annyeong ...(✿◠‿◠)


No comments:

Post a Comment