Sunday, 27 January 2013

HOKKAIDO CUPPY CAKEs

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera...salam mahabbah...

Annyeong Hasaeyo...(@_@)~...

Konichiwa.....

Konichiwa! baru betulkan.....sebab nak story pasal 'Hokkaido'. Nape nama kek cawan ni 'Hokkaido'?. Jawapannya, idok ler teman tau ngape...tak la pula search dan menggoogle mengapa kek cawan ni bernama "Hokkaido'. 

Jom! jom jom ! kita gi Hokkaido......huhuhuhu, teringin nak pergi Jepun...impian ni dah lama terjeruk dalam sanubari :(((. Insya Allah, suatu ketika..suatu masa..

Percubaan kali pertama, setelah berkurun lama resepi ni tersimpan rapi dalam senarai inbox facebook, ..hihihi. Setiap kali, hendak mencuba resepi baru, mesti menggelabah gila....tak tentu arah...tunggang tebalik meja...hihihii takde la...saja ayat kasik drama lebih. Tapi yang pasti, memang cuak la, sementara nak menanti hasil output. 


iklan sat ;) sesama kita mencuba mempraktikkannya ye....

Jom tengok resepi yang saya jumpa ini. Owh! ..before that..resepi ini saya ambil dari fanpage 'FB Chef and Charity Club with Smile.' ..dan 'Norliza Has' empunya tuan yang sharing resepi ini. Makacih naa dengan resepi ini dapat juga saya mencuba 'Hokkaido' ni.

Hokkaido Cuppy Cakes

Bahan-bahannya (Ingredients):-
Bahan A
4 biji kuning telur ( egg yolk)
30gm gula kaster ( castor sugar)
1 sudu kecil esen vanilla ( vanilla essen)
40 ml susu segar ( fresh milk)
40 ml minyak canola / minyak makan ( canola oil/vegetable oil/cooking oil)
55 gm tepung kek ( cake flour)
20 gm tepung kastard ( custard flour)
1 sudu kecil baking powder

Bahan B
4 biji putih telur ( white eggs)
1/4 sudu kecil garam ( salt)
80 gm gula kaster ( castor sugar)


Cara membuat:-
Panaskan oven pada suhu 170 C.
Sediakan ramekins atau kertas cup cake yang keras. (saya guna kertas muffin cake biasa saja)

1. Satukan tepung kek, tepung kastard dan baking powder. Kemudian diayak 3 kali.
2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk saja.
3. Tambahkan esen vanilla, susu dan minyak. Kemudian pukul rata. 
4. Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak tadi dan gaul rata.
5. Bahan B. Dalam bekas lain (pastikan bekas dalam keadaan kering). Pukul putih telur dan garam hingga berbuih. Kemudian tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kental dan kaku (soft peaks).
6. Ambil 1/3 adunan bahan B tadi dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul rata dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kemudian, masukkan baki adunan putih telur dan gaul hingga sempurna dengan kaedah kaup balik.
7. Tuangkan aduan ke dalam cawan kertas anggaran 80% penuh. Hentakkan sedikit bekas adunan tersebut untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
8. Masukkan dalam oven, bakar selama lebih kurang 25-30 minit.
9. Keluarkan dari oven apabila kek masak. Hentakkan bekas sekali lagi dan biarkan sejuk. Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling ke dalamnya dengan menggunakan pipping bag.


pose sat sebelum letak filing....


Cream Custard
by : Honey - fanpage Fb tadi

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200 ml (1 cawan ) susu segar
1 biji telur (size L)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:-
1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata hingga tidak berketul.
3. Masukkan telur kemudian esen dan kacau lagi.
4. Masukkan baki susu tadi.
5. Masak di atas dapur dengan api sederhana (kecil) pastikan sentiasa dikacau. Akhirnya masukkan mentega, dan kacau lagi hingga licin.

Sejukkan dan masukkan ke dalam pipping bag.. dan boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing. ;)


my first trial - Hokkaido tweety version...


So ...how my first trial Hokkaido cuppy cakes look like....

Masak sendiri ..ngappp! makan sendiri boleh la.... Komen kesimpulan bagi Hokkaido cake ini ...part yang paling susah bagi saya ialah nak wat filling dia...ahdoiii ...hahahhaa

~bai-bai~
Sayonara (@_@)~

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Assalamualaikum (@_@)~

Salam Maulidur Rasul 1434H : 12 Rabi'ul Awwal 1434H.

Mari kita sesama, perbanyakkan selawat ke atas Baginda, keluarga serta para sahabat Baginda. Mudah-mudahan kita mendapat syafaatnya.

Jom perdengarkan lagu qasidah ini...sedap didengar..iramanya menyentuh sanubari.



Maalsalamah. Ilal'liqo.



Sunday, 20 January 2013

BEAUTY TIP ♥♥♥

Assalamualaikum.♥♥♥

Salam 08 Rabi'ul Awwal 1434H.

Salam Sejahtera.

Sharing Beauty tip, copy paste from facebook fanpage of Syeikh Khalid Yasin.

Here's the tip:-

Purity starts here (Quran 24:26) wrote:

1- To beautify your eyes, lower your gaze towards strange men, this will make your eyes pure and shiny
2- To beautify your face and make it shiny, keep doing wudhu (ablution) minimum five times a day
3- To have attractive lips. always mention Allah   (سبحانه وتعالى) and remember to speak the truth
4- As for blush and rouge, "Modesty" (Haya') is one of the best brands and it can be found in any of the Islamic centres
5- To remove impurities from your face and body, use a soap called "Astighfaar". (seeking forgiveness of Allah (سبحانه وتعالى)) this soap will remove any bad deeds
6- Now about your hair, if any of you has a problem of hair split ends, then "Islamic Hijab" which will protect your hair from damage
7- As for jewellery, beautify your hands with humbleness and let your hands be generous and give charity to the poor
8- To avoid heart disease, forgive people who hurt your feelings
9- Your necklace should be a sign to pardon your fellow brothers and sisters

If you follow these advices given to you by the Creator, you will have a beautiful and attractive inner and outer. Insha Allah.


Wallahua'lam


Sunday, 6 January 2013

APAM DOT. DOT. DOT.

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera semua. (@_@)~.

Salam Tahun baru 2013. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih baik dari hari sebelumnya, dari tahun sebelumnya. Semuga kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menjalani dan menempuhi liku-liku kehidupan yang tidak selalunya landai tanpa cerun, curam serta onak duri. Teringat kata-kata, bahagia yang hakiki ialah apabila merasa cukup di dalam hati. hrmm...

Bila masuk tahun baru, soalan lazim ialah apa azam tahun baru...hihihihihi.
Kata-kata Dato Maznah Hamid: Azam hanya akan tinggal azam, apabila tiada matlamat. ;))) untuk sama-sama kita renungkan.

Permulaan tahun baru buat kami sekeluarga pula, dibuka dengan ulangtahun perkahwinan mak abah iaitu pada tanggal 05/01/13. Mudah-mudahan mereka kekal hingga ke hujung usia, serta mendapat keberkatan dan rahmat Allah, di dunia dan akhirat. 

Jadi hari ini, kami adik-beradik buat makan-makan sikit. Menunya memang sempoi ja, Satey Hj Samuri ....hahaha sebenarnya, saya yang teringin lebih nak makan satey ni.

Si Mummy Adriana pulak, nak menunjukkan bakat dia juga dalam bidang masak-memasak ni, so tahun ini kami tak la membeli kek. Kek buatan sendiri je la...sedap tak sedap belakang kira. Dia buat kek red velvet. Rasanya boleh tahan, cuma kena always practise. ;)))) .

Saya pun tak nak ketinggalan menunjukkan bakat terendam!. Makanya.....hari ini, untuk percubaan pertama kalinya, nak buat apam dot.dot.dot.......

Klik! Klik! Klik!...snap ...snap..snapp....

Menu:
Satey Hj Samuri
Home-made Kek Red Velvet
Home-made Apam Dot Dot Dot..tak berapa nak dot..
Kentang goreng
Nasi Goreng
Ikan Bakar dengan air asam (lauk lebih tengahari tadi ~ mak masak)
Ayaq teh panas dengan air ice-cream soda . Sempoi!


 pic bawah kiri tu anak mummy adriana yang interfrem..hhahaha



Jom saya nak share resepi Apam Dot.Dot.Dot saya yang tak berapa nak dotdotdot sangat....huhuhu, tangan tak bedung katanya!..

Resipi saya ambil dari FB fanpage Resipi Bonda ye. 

Apam Dot. Dot. Dot.

Bahan-bahannya:-
3 biji telur dari petisejuk
220 gm gula halus
275 gm tepung gandum
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna - suka suka hati jugak...
Filling/ jem apa-apa perisa (suka suka hati ;)))~ saya guna jem roselle
Cawan kertas

Langkah penyediaanya:-
1. Masukkan telur dan gula dalam mangkuk. Putar dengan mixer dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Masukkan ke dalam adunan tadi, susu, tepung dan ovelette serta esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian. Warnakan ikut kesukaan masing-masing.
4. Masukkan adunan ke dalam piping bag (saya guna plastik biasa kalau, plastik kita beli kuih tu)
5. Picitkan adunan ke dalam cawan kertas separuh sahaja. Kemudian, masukkan jem sedikit. Lepas tu, picitkan sekali lagi adunan sehingga penuh.(ikut suka la nak warna sama atau lain)
6. Akhir sekali, buatkan dot atau corak apa-apa di atas adunan tadi dengan warna yang berlainan. 
7. Kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana/kecil. Siap!.


purple + kuning : dot yang tak menjadi ;))))

Alhamdulillah.

Annyeong (@_@)

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...