Showing posts with label Arab Saudi - SAR-Umrah. Show all posts
Showing posts with label Arab Saudi - SAR-Umrah. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

MADINAH AL MUNAWARRAH ~ PART 2

Assalamualaikum....
Annyeong hasaeyo....konichiwa.....(@_@)~
Mudah-mudahan semua kita pada ketika ini..dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus melakukan amalan-amalan kebaikan.

Sharing lagi antara gambar-gambar yang sempat diambil dari lensa kameraku...tapi bukan kamera DSLR.. (Insya Allah, suatu hari nanti B)B)~wink.wink..wink~)

Mohhh ler kita terjahh...


Duit Arabb lahh....
masa tukar rate, duit kita lebih kurang 800 MYR dapat 1000 Riyal

gerai-gerai di tepi Masjid Nabawi...
hah sapa yang tak cukup duit pun money changer pun ada...tapi tinggi tempat dia...hahaha

Pondok telefon rasanya.....
Gambar kiri tu..rate dan kod ikut negara

Masjid Quba'
 Masjid Quba'
Keistimewaan Masjid Quba' pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri :
"Barangsiapa telah berwudhu di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah".

(Rujukan: Tetamu-tetamu Allah-Panduan mengerjakan Umrah&Ziarah keluaran Darul Nu'man)

Jabal Uhud

Sekitar kawasan Jabal Uhud
ada gerai-gerai jualan oleh wanita Arab - inai, sanggul si fatimah kot...dan macam-macam lagi...

Tetamu-Tetamu Allah
dengan Ustaz Sukri, rakan sekerja serta jemaah dari Bangi

Perkuburan Syuhada semasa Perang Uhud
70 terbunuh termasuk bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w - Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib

Ladang Kurma
tapi tak masuk ke dalam ladang tu...kat tepi tu ada Pasar Kurma...boleh makan la banyak mana pun percuma.....tapi tak boleh bungkus lah.....kalau mau bungkus...itu kira beli lahh....;)

Abah beli kurma segar......
memang segar...sejukk sebab berais.....
rasanya sungguh sedappp....(sampai ada seorang pakcik tegur...tak pahit ke...sebab tengok saya beria-ia menikmati...)

Masjid Qiblatain
 Masjid Qiblatain
Masjid ini mempunyai mihrab yang luar biasa.
Satu dari mihrabnya menghadap ke Kaabah manakala satu lagi menghadap ke Masjidil Aqsa.
Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w sedang bersolat dua rakaat di dalam masjid ini, apabila wahyu diturunkan yang memberitahu baginda s.a.w mengenai penukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

Kilang Percetakkan Al-Quran
tetapi masa kat sini Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk hanya lelaki
Abah dapat Quran percuma - saiz besar - mungkin sebab warga emas kot.. 
 Kilang Percetakkan Al-Quran
Mutawif mengatakan bahawa dulu wanita boleh masuk ke dalam tetapi wanita tanit y  yang berhadas besar tidak boleh. Mungkin ada yang tidak jujur sebab hendak masuk juga ke dalam maka kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan Jemaah wanita ke kilang percetakkan Al-Quran bagi menjaga kesucian Al-Quran itu sendiri.
pemandangan depan kilang Percetakan Al-Quran.
di atas bukit tu kalau tak salah - Istana

dikenali dengan nama Masjid Tujuh ianya terletak di daerah Khandaq

dibalik tembok itu adalah perkuburan Baqi

pemandangan pagi hari...hari ni dah nak tinggalkan Madinah untuk ke Makkah
tenang sungguh..........

Muzium
menerangkan bagaimana pembinaan Masjid Nawabi

Menuju ke Kubah Hijau
Wada' dengan Rasulullah s.a.w

Kubah hijau, dibawahnya terletak makam Rasulullah s.a.w

 Terjemahan Doa Wada' dengan Rasulullah s.a.w
Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai kekasih Allah.
Semuga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu ataupun berada disisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat jika ada umur panjang. Insya Allah aku akan datang menziarahimu semula.
Tetapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan disampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hingga hari kiamat, pengakuanku yang sungguh-sungguh,
bahawa Tiada Tuhan yang lain disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya.
Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas pada Rasul. Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.

(Rujukan: Tetamu-tetamu Allah-Panduan mengerjakan Umrah&Ziarah keluaran Darul Nu'man)

kalau nak tengok foto Madinah yang lepas...klik SINI

Syukran Ilal-liqo .... Jumpa lagi..

Sunday, 18 November 2012

FOTO - UMRAH ZIARAH - MADINAH PART 1

Perjalanan umrah kami dari Kuala Lumpur, bermula di kota suci Madinah. Kami berada di Madinah lebih kurang selama 3 hari, manakala baki lebih kurang 8 hari lagi diperuntukkan untuk ibadah umrah di Mekah.
Walaupun saya diberikan sedikit ujian di sini, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerna mempermudahkan segala urusan serta memberikan kesihatan yang baik kepada kedua orang tua saya. Syukur.
 'Sesungguhnya Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar Engkau menjemput aku lagi ke rumahMu, Ya Allah berikan aku kesempatan untuk merasai nikmatMu lagi serta mudahan aku dapat memperbaiki kepincangan selama aku berada di rumahMu, Ya Allah. Amin"

Saya memang tak pandai nak mengarang-ngarang ayat ke, bunga-bunga cinta ke ape ke.....just nak sharing moment masa kat sana, so...silakan...(*_^)~

Ya Allah , aku ingin jadi tetamuMu lagi..

Pagi yang indah

Payung....memayungi

port lepak ~ sambil tunggu mak

Pintu.....

di sekitar Masjid Nabawi

Masjid ~ berhadapan dengan Masjid Nabawi
Malam ... berhadapan Kubah Hijau 

Keheningan Malam
pengalaman kena halau ~waktu adhan ~lepak kat tiang...huhuu..

Hadapan hotel kami..

Perkuburan Baqi'
Pemandangan dari tingkap bilik.....




ok...nanti kita sambung...(@_@)~
Assalamualaikum. Selamat Malam..

Mungkin boleh akhir doa kita pada malam ini sebelum melelapkan mata ....
Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kepada saudara-saudara kami di Palestin, Syria serta di mana sahaja umat Islam ditindas. Amin.


Sunday, 11 November 2012

JEMPUTAN AGUNG

Subhanallah......Alhamdulillah.....Allahu Akhbar!...
Tiada kata2 dapat diungkapkan ....dan tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan, masa mula2 menerima berita istimewa ini.....Subhanallah Maha Suci Allah...yang memberikan nikmat.....
Sesungguhnya inilah merupakan 'Kenangan Terindah' dalam hidupku....bagi tahun 2012 ini.....
Yaa..........Jemputan Maha Agung ini saya terima dari perantaraNya..iaitu dimana tempat saya mencari rezeki selama ini....
Terima kasih tidak terhingga kepada mereka2 yang diberikan mandat untuk memilih (amboiih ayatt) kerna  sudi memilih saya menjadi antara penerima Insentif bagi wargakerja yang telah lama berkhidmat dengan organisasi.... 
Ganjarannya ialah.. menjadi TETAMU ALLAH. 
                      
              Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!..

Double berdouble (rosak bahasa ibunda- adik-adik jangan tiru ye penjodoh bilangan tu...huhuhuu) sebenarnya hendak memberitahu bahawa kegembiraan berganda-ganda apabila dapat ke sana dengan kedua orang tua saya...mere mak dan abah hey..... Alhamdulillah...syukur atas nikmat dan rahmatNya.

******* Sampai laaaa ni kengkadang bila dok tingat...masih dok tak percaya...Rezki Allah.*******

Kalau nak diikutkan pada permulaannya abah agak berat hati nak sertai...dengan alasannya yang konkrit yakni kesihatannya (siap leh suruh pi tunda tahun depan huhu.....rasanya mungkin abah berat sebab takmau susahkan anak dia kot....) 
....namun dek berkat pujuk rayu dan madah berhelah mak (ayat ja tu.....mana ada helah.....) serta usaha, doa kami akhirnya abah, setuju....Yeahh!..Yippii.... 

Alhamdulillah...puji-pujian hanya bagi Allah...

Silakan ....buah tangan dari lensa sederhana ikut kemampuanku.....canon kaler oren...dan dengan henset sony kaler oren jugak (tapi my fevret kaler, not oren tau)......yang banyak berjasa walaupun dah berapa kali menerima kecelakaan...tapi hasilnya masih di tahap yang membanggakan tuannya...mantOP..
Yukkk......

Mak & Abah (*_^)~...sayang sangat...
dannnnn seronok sangatttt dapat bagi Abah merasa .........
walaupun pada awalnya macam2 dugaan
Alhamdulillah...akhirnya hari tu datang jua...(hari tu la...tapi hari ni baru  entry hihi)

antara jemaah lain tapi kali dalam satu kumpulan dari syarikat Vreka Sdn Bhd & rakan ofis
www.vrekatravel.com.my bersama dengan dutanya Ustaz Shukri ..(x ingat nama penuh..tapi dia selalu masuk tv ;) )
ni masa transit kat Airport Dubai selama 3 jam sebelum penerbangan seterusnya  ke  Madinah...
Alhamdulillah ,  abah ok cuma letih kot bukan apa risau dia tak sihat sangat....

 Emirates....

makan... dalam flight...sedap juga...mak punya (kiri)
mak tegur..gambar makanan pun nak ambil ke.....
sekarang kalau keluar makan ke...mak pulak tanya tak mau amik gambar dulu ...hihihi

bilik hotel di Madinah... (Hotel Durrat Taba)
bilik air kongsi dengan bilik sebelah....
Alhamdulillah...
tiada kusangka...rezki dari Allah...
dan tak lupa kepada mereka...
mudahan Allah memberikan semula kebaikan kepada semua.
****
....bersambung.....ngantuk..T_T

Assalamualaikum...selamat malam..InsyaAllah  jumpa di papar akan datang..daaa


,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...