Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

sambung cerita Cafe Cupcake Chapter

Assalamualaikum ^^~

sambungan cerita bergambar siri Cafe Cupcake Chapter....yang sebelum ini klik sini :)


@Maz nanti kita pergi lagi ya... ")

dekorasi kedai yang simple dan santai
kedai ni berdasarkan tinjauan aku ada 3 ruang iaitu di aras bawah ni ada dalam dan luar, kemudian di aras atas.
Masa kami singgah ni di aras atas masih lagi dalam peringkat penambahan baik....

saya 'geram' dengan awak Mr Teddy.....

sebahagian daripada deko dinding...
cer  tengok tu...botol Hershey's pun boleh jadi sebahagian daripada dekorasi... :)
antara Cupcakes yang ada ...tak ke rambang mata dibuatnya...berpinar-pinar jap...konpius melanda :)
cupcakenya setiap hari berbeza-beza, jadi untuk orang yang selalu lepak sini boleh membuat pilihan...tak la jemu...

hampir kesemua meja ada diletakkan dengan secawan biji kopi.... erm saya suka tengok... :D

my dish... Scandinavian Meatballs
aku pilih menu ini sebab namanya Scandinavian...boleh ke camtu? ish ish ish....

kali kedua order untuk si azad... manyak sedap katanya....
kitaorang pun belasah sekali... kikiki~

Barbequed Lamb Shoulder
alkisahnya... sungguh kasihan pada si maz sebabnya kitaorang dah selesai makan pun, dia punya oder masih tak kunjung tiba
rupanya adik yang ambil oder tu tak note oder dia, so lapar punya pasal tunggu lagi...
sekali ...bila sampai hidangannya si adik lamb...kikikikih~
dia dah konfius dah...bila aku ode kambing
sebenarnya dia tunjuk gambar si encik ayam, sekali keluar si anak kambing..
hentam sajalah labu.....
dorang cakap boleh tukar, ...takpa la makan je la... ada hikmahnya tu...
lain kali la kita merasa Honey & Lemon Chicken tu ...tak gitu Maz... kuikuikui.....

my nephew ....si azad
mengapa dengan kamu ni ....muka cam tak puashati jerrr...cam merajuk jerrr....

Happiness :D
Sweetness.......too.. :)
Dah habis~
The End~

Assalamualaikum semua.. & Selamat Berhujung Minggu.

Friday, 7 February 2014

Cafe Cupcake Chapter

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh (✿◠‿◠)

Annyeong Hasaeyo...

'Everyday is Sunday' .....itulah tagline bagi Cafe Cupcake Chapter.

tak sure la ni tagline depa ke ape...
gambar ni aku snap dari paperbag yang kami bungkus cupcake...hihihi

Gara-gara tertengok drama di tb, cerita apa tak berapa ingat, aku dah teringin nak pergi cafe ni. Lepas tu lama-lama lupa. Almaklum la, mengharap ada orang sudi bawa, begitulah nasibnya. Tak lama kemudian, keluar lagi yang terbaru dalam program 'Jalan-jalan Cari Makan di TV3'...apalagi, mulala mai balik keinginan nak terjah cafe ni. Aku dah sememangnya teruja tengok dekorasi cafenya yang simple, cute serta menarik ditambah lagi dengan  faktor paling penting sekali, yang membuatkan aku membuak-buak teringin nak pergi sini adalah kerna pelakun utamanya, siapa lagi kalau bukan si cantik manis cupcake!. Untuk makluman semua, kat sini bukan ada cupcake saja, malah terdapat pelbagai jenis manisan lain serta pelbagai rangkaian hidangan berat yang lain. Fuh!..memang mengancam tubuh badan aku sungguh la....

Macam mana nak kuruih nih!!!!...aigooo...

see...perkataan remember tu siap ada seruan lagi...ahdoii...cam sesuai ja ngan aku tuh, asal doubt & stress melanda pasti nak makan, tak kira la makan ape pun ...huhuu bad habit.. what to do...i loveeee dessert !..

Dah lama aku memendam rasa, akhirnya hari ini, berjaya!. Terima kasih yang tak terhingga kepada 'my sibling' yang sudi melayan karenah tekak hamba. Jasamu ku kenang.

Nak cerita sikit nih, kalau tak salah aku, pemilik cafe ini merupakan seorang anak muda melayu dan pekerja-pekerjanya, rata-ratanya muda-muda belia berdasarkan dari pemerhatian aku. Kalau tengok kat rancangan JJCM TV3 haritu, yang buat demo bikin cupcake juga adalah lelaki. Syoknya tengok depa. Bestkan. Tetiba terbit rasa bangga tengok dorang, memuda lagi dah berjaya ada 'business' sendiri. ' Jeles' pun ada gak...huhuhu. Eh! bukan 'jeles' yang dengki-khianat okeh!... ini 'jeles' yang untung-untung sebagai pemangkin untuk diri ke tahap yang lebih baik di masa-masa akan datang. Takpa la kan, Allah lebih mengetahui dan perancangan Allah... Maha Hebat, mungkin rezki aku tang lain, atau mungkin lambat sikit ke....hihihi.. ceh mulalah aku berangan tak hingattt nih....

Lokasi cafe : Ukay Boulevard, MRR2 Ulu Kelang (belah menghala ke Gombak)
Harga : standard cafe (ikut poket masing2, kang aku cakap mahal korang kata murah; aku cakap murah korang cakap aku orang kaya pulak...kikikih~)



Kalau korang nak maklumat lanjut boleh lah, pergi ke page dorang di facebook atau IG. Okeh!.

nak tayang cuppie cake yang aku tapaw...
aku tak ingat sangat nama dorang ni...kalau tak salah
dari kanan: muffin walnut caramel, brownies; yang sebelah tu 3 biji cupcake peanut, red velvet  dan cookies cupcake

Itu yang kitaorang bungkus untuk orang di rumah. Di rumah la sangat!... sampai rumah yang si pembeli tu jugak nak mengadap....kikikiH~. Biasa la...ayat cover line...



------>>>nanti sambung ya.. pertama gambar kat tukang bawa jalan-jalan; kedua sebab ngantuk sokmo @_@

Annyeong.






Friday, 7 June 2013

SWEETREE

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Annyeong Hasaeyo.. ^^

Mood masa bikin 'entry' ini terasa bagai berada di sana.. hahahaha

Poyooo sungguh! Gedik! (itulah kata-kata yang keluar dari celahan mulut adik beradik seibu sebapa)

Hahahaha...whateverrrrr...like i care...fuh! jahanam bahasa...

***Sebenarnya nak cerita bagi, sudah berkurun lama, tersimpan rapi hajat hati nak pergi ke sini..., akhirnya dah dapat pergi Negaranya, barulah terlaksana apa yang diidam-idamkan sesangatt...

Siap promote lagi kepada member yang meraikan hari ulangtahun perkahwinan dia. Jumpa dia dengan kedai ni dengan adanya bantuan GPS. Grrrrrr, tu yang lagi geram...orang ni yang mengidam dah lama...orang lain yang dapat merasanya dulu...

Anyway, nak ucapkan terima kasih buat adik-beradik, yang sabar menghadapi dan melayan kerenah saudaramu ini..huhuhu...

***Sweetree ! itulah nama yang selalu menjadi igauan aku hahaha (melampau..ayat ja lebih, tapi memang ya pun)

OK, promo sikit, Restoran Sweetree ni terletak di Jalan Ampang Sulaiman, nak senang cari ja Galaxy Ampang atau Balai Polis Ampang. Di situ, memang banyak kedai makan, termasuklah makanan dari Korea. Banyak sungguh kedai makanan Korea di kawasan situ, cuma tidak pasti status kehalalannya sahaja.

boleh google juga web mereka di sini !

sebahagian daripada menu...


cute...


Sebenar-benarnya, faktor penyebab yang membuatkan terujalah sesangat terhadap restoran ini adalah kerana konsep dan dekorasi kedainya yang unik dan dekat dengan alam semulajadi ! gyiyomi! ^^~

Jom! chekidautt apa yang menu kitaorang cuba ~

nama dia Bul Go Gi & Rice

Bi Bim Bap

hahaha! tau tak mamat nih makan apa.... klue dia Penang Food

Sizzling Yee Mee

budak nih makan burger....mien nak ger...ahdoiii..pelattt

yang ni memang terbaikk! sedap ! Chicken Chop with black pepper sauce

ayaq kami! yang depan tu Korean Ginseng Tea Gold. sabit tu depa kata gedik! semuanya nak  Korean sampai ke order ayaq pun nak ada nama korean... kikikih...eh! dorang tu saja dengki....orang nak cuba, apa salahnya..

**Rating saya :-
Kedai (deko/kebersihan) : *****/5
Harga : ermm bape eaa... *** kot... hahaha (untuk orang gaji ciput cam saya)

~siap buat kat member lagi! ...hahaha lain kali mai leh dapat diskaun :))

Hospitality: **** siap belajar makanan dan permainan tradisi dorang kot...

                               ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pose sebelum makan.... dalam bilik, privasi sikit
 
bergamba dengan gadis korea..lembut ja bahasa dia... :)


p/s Suka tengok cara mereka mempromosikan produk dan keunikan negera mereka. Mana yang baik kita boleh ambil dan praktikkan...


,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...