Saturday, 15 February 2014

PUDING ROTI MENTEGA a.k.a BREAD & BUTTER PUDDING

Assalamualaikum ^^~...

Annyeong Hasaeyo...apa cer...apa habaq..

Hari ini nak kongsikan resepi Puding Roti Mentega atau nama glamernya Bread Butter Pudding..

Resepi ini aku ambil dari Chef Ezani Masterchef. Syok tengok videonya kat U-tube... kreatif ... rasa macam kat luar negara pulak dengan musik latarnya yang evergreen. Aigoo....mode tetiba teringat sama kamo, wahai sahabatku Along Lina.....

Ate...moh ler kite nengok apeke resepinye.... (baca dalam loghat Perak)...

aksi masa dalam oven :)

Puding Roti Mentega a.k.a Bread & Butter Pudding

Bahan-bahan Puding Roti Mentega:-
1 buku roti putih  (aku guna roti gardenia)
Mentega
6 biji telur (aku kurangkan sebab kat umah ada 4 biji ja)
3/4 cawan gula
750ml susu segar/ susu cair / susu penuh krim / susu UHT
Demerara gula /  gula perang kasar untuk tabur atas puding (aku tak letak pun)
Bahan tambahan ikut suka, taknak pun takpa :- coklat chip/kismis/buah-buahan dan lain-lain ya... ikut citarasa masing-masing

Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 180'C. Griskan loyang pembakar.
2. Sapukan mentega pada roti di bahagian depan dan belakang
3. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan gula dan pukul hingga sebati
4. Masukkan susu dan pukul lagi (masa ni rasa kalau-kalau nak tambah gula bagi yang suka manis)
5. Celupkan roti satu persatu dan susun ke dalam loyang. Kemudian jika nak tambah coklat chip atau apa2 saja. Ulangi proses sehingga roti habis.
6. Tuang baki adunan susu tadi ke dalam loyang, dan biarkan sebentar supaya meresap lebih kurang selama 10 minit.
7. Taburkan gula perang kasar atas roti. Bakar lebih kurang selama 40-50 minit atau sehingga perang keemasan.

Bahan-bahan Sos Vanila:-
5 biji kuning telur
4 sudu besar gula kastor
250 ml whipping cream /
250ml susu segar / penuh krim /UHT
Esen Vanila

Cara pembuatan:-
1. Panaskan krim, susu dan esen vanila sehingga hampir mendidih. Matikan api dan biarkan selama beberapa minit
2. Dengan menggunakan kaedah 'double-boiler', pukul kuning telur dan gula sehingga sebati. Masukkan krim tadi ke dalam adunan telur dan pukul lagi sehingga pekat atau mencapai tahap konsistensi yang diingini.
3. Siap. Boleh la hidangkan bersama puding roti.


Tapi aku tak buat pun sos vanila ni...atas sebab musabab tak cukup bahan dan tahap malas. Apa yang penting makan camgitu pun sodap... pekena pula dengan air kopi 'o'.... memang betul-betul holiau....hihihhi aptb...~


mai sepotong....

Ok nanti korang cuba la resepi ni...kalau tak berapa jelas atau kurang memahami salinan yang aku dah olah sikit ni, silalah jangan ragu-ragu tengok di U-tube, kat situ pun ada sekali resepinya.... jangan malas-malas ya... semua di hujung jari saja..hihihihi

daaa..tata titi tutu...

Assalamualaikum & Selamat Malam Dunia.


(✿◠‿◠)



Tuesday, 11 February 2014

KEK MENTEGA

Assalamualaikum semua ^_*)~

Annyeong Hasaeyo........

Apa habaq semua!...

Hari ini aku teringin nak makan kek mentega. Mungkin dek faktor kesihatan, tekak ni teringin macam-macam, tapi bila ada depan mata, selera yang tadi membuak-buak terus merudum...

'Polis entry, one two jaga ; hari ini ;  masak kek mentega'... amacam pantun Jarjit - Upin Ipin jadi tak.. kikikih ...

Kebetulan tengok bahan-bahannya hampir kesemua ada, maka terjadilah misi, walaupun pada awalnya 'bercinta' nak memulakan ekperimen...

Bukannya apa dalam keadaan aku sihat walafiat pun aku ni seorang yang kalau nak memulakan tu memang tahap kemalasannya maksima, apatah lagi dalam kondisi yang kurang stabil ni...lagilah sedalam gaung malasnya... dengan bilik dipenuhi aroma minyak herba......

Akhirnya aku bangkit kerana 'keinginan tekakku'....

Yeah! mula-mula sekali sekalung penghargaan ucapan terima kasih kepada sis Yani Choo dari Warong Cookies kerana 'mengsharing' resepi yang sempoi ini. 

Korang kalau nak cuba, meh baca selanjutnya untuk mengetahui apakah bahan-bahannya dan bagaimanakah cara pembuatannya. Teruskan pembacaan ya..dan jutaan terima kasih ya.. sebab setia :)

hasil tangan Miss Oh-Hani. tidak secantik dan segebu hasil sis Yani..tengok pun dah mengiurkan..
aku ni pulak seperti biasa, tadi bukan main teringin sekarang..no no no..

Resepi Kek Mentega

Bahan-bahannya:-
250gm mentega
1 1/2 cawan gula
inilah sidia yang buat aku terguda
4 biji telor (asingkan putih dan kuning ya)
2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovallete (aku bubuh sikit ja)
1/2 cawan air (aku bubuh susu kotak, sebab nak habiskan stok takut membazir :))
2 cawan tepung kek / gandum *
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat* 
2 sudu besar susu tepung* (aku tak bubuh sebab takdak)

* bahan yang bertanda * diayakkan bersama 

Langkah pembuatanya:-
1. Panaskan oven pada suhu 170'C
2. Griskan loyang 8 inci dan lapikkan dengan baking paper.
3. Pukul telur putih dan gula sehingga kembang seperti 'meringue'. Anggaran dalam 10 minit. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang berlainan pukul telur kuning dan mentega sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan ovelatte.
5. Masukkan adunan 'meringue' ke dalam adunan mentega. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung ke dalam adunan berselang-seli dengan air. Kacau kaup balik sehingga sekata.
7. Masukkan ke dalam loyang tadi.
8. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak. Bakar pada suhu 170'C pada 30 minit pertama, kemudian turunkan suhu kepada 150'C.
Ok dah siap, sesuai untuk minum petang pekena dengan ayaq Teh O atau Kopi O. 

lupa nak letak kertas lepas griss..
Alhamdulillah ...selamat :)))


Abahku, belum rasa lagi dah keluar buih-buih katanya.... laaaa... abah oh abah...
dia bilang lain kali cuba la kurangkan gula....lorh selama ni memang aku jenis kurangkan gula kowt....
komen mak; tak manis pun biasa-biasa aja... abah pulak bila dah rasa diam ja..huhuhu

Macam biasa, sebiji kek memang bahagiannya untuk tiga buah rumah. Itupun bahagian kat rumah kitaorang ciput ja.. sampai mak kata tak dan nak ulang. Aku bukan apa, kalau banyak-banyak kat rumah kitaorang siapa ja yang tukang perabih. Baik beri kepada yang ramai umatnya dan sudah tentu larisnya. Rejeki my nephews and niece. Ada juga kawan-kawan yang berbunyi 'buat bukan nak bagi rasa'... huhuhu apakan daya. InsyaAllah..mungkin rezeki akan datang...

Akhir kalam, jangan lupa mencuba resepi ini. Ianya mungkin tidak sehebat cik red velvet atau miss pavlova yang meriah dengan rupa paras dan rasanya, namun kek mentega jangan dipandang enteng hebatnya, kerna ianyanya ada kenikmatannya dan peminatnya yang tersendiri. Sesuai untuk pemanis mulut ketika lepak-lepak petang hari bersama keluarga gitu... dan lagi satu kredit, orang-orang lama suka kuih camgini. Ini mak aku cakap la.

Okey cuba jangan tak cuba.

Jumpa lagi.

Ilal-liqo`.



,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...