Saturday, 2 August 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum (@_@)~

Annyeong Hasaeyo.....

kesukaanku... pertama kali bikin sendiri


Sumber resepi :
cahayahidupku2569.blogspot.com
rohaisha.blogspot.com

terima kasih semua :)

ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahannya:-
600gm ikan pari
1 batang serai - dititik
4-5 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan
1 1/2 sudu asam jawa }campur untuk
400 ml air } air asam jawa
300 gm kacang bendi  - dibersihkan dan dihiris pangkal dan hujung
60ml minyak
garam secukup rasa
gula jika perlu

Bahan kisar:-
15-20 tangkai cili kering - direndam/rebus
1 kiub belacan -dibakar
1/2 sudu teh jintan manis } disangai dan ditumbuk (tapi 2 bahan ni saya tak letak)
1/2 sudu teh jintan putih }
5 biji lada hitam - ditumbuk
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuatnya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan terbit minyak.
2. Kemudian masukkan kacang bendi.
3. Masukkan air asam dan ikan. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga mendidih.
4. Letakkan garam dan kacau sekali -sekala.
5. Bila dah masak bolehlah diangkat serta dihidangkan bersama nasi. nyummm...


hari kedua : menu lauk yang sama.....




 Saya budak baru belajar....

Selamat mencuba semua...

Jumpa lagi...

InsyaAllah...

(@_@)~




Friday, 1 August 2014

PAVLOVA

Assalamualaikum...semua :)

Annyeong Hasaeyo... ^^~

Apa khabar? Semuga kita diberikan kesihatan yang baik agar kita dapat mempertingkatkan lagi amalan kita sebelum kembali kepada-Nya.

Sudah lama saya tak 'berpavlova'. Dulu pernah buat tapi hasilannya tidak berapa menjadi. Kecewa..ya sudah pasti kecewa, seperti tidak mahu bikin pavlova lagi. Tapi keinginan mengatasi segalanya.

Akhirnya hari ni, mood pavlova kembali terjalin...kikiki~



Jom tengok resepinya.

Sumber resepi : dari Kak Azlita Masam Manis, terima kasih kak atas pengkongsian resepi :)

PAVLOVA CIK PURPLE

Bahan-bahannya:-
4 biji telur putih
1 cawan gula halus (kak Ita kurangkan 3/4 cawan, saya pun sama)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Bahan hiasan:-
Whipping Cream
Buah-buahan ~ikut suka
Jem ~ ikut suka
*hiasan ikut suka hampa la macamana pun, ikut kreativiti masing-masing

Cara membuat Pavlova Cik Purple kita:-
Loyang/Oven
1. Sediakan loyang dan baking paper.
2. Lorekkan corak bulat dan terbalikkan kertas. (masa ini ikut kreativiti masing-masing ya)
3. Panaskan oven pada suhu 170'C. Tetapi nanti bila dah masukkan adunan pavlova, suhu diturunkan kepada 100-120'C.

Pavlova
*Rasanya semua orang pasti tahu kalau nak buat pavlova kena pastikan bekas yang digunakan bersih dari kotoran dan air.
* Putih telur juga kena pastikan tiada langsung kuning telur tau :)

1. Dalam bekas bersih, pukul putih telur dengan kelajuan maksima sehingga gebu.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kental.
3. Masukkan tepung jagung.
4. Dengan gunakan spatula/senduk masuk esen dan cuka dan kacau. Kaup balik.
5. Letakkan adunan di atas kertas yang kita dah tandakan bulatan tadi. (pastikan adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.
6. Masukkan pavlova dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan turunkan suhu kepada 100-120'C. Bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan kering dan keras.
7. Selepas itu, tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan merenggangkan sedikit pintu oven sehingga sejuk dan kering sepenuhnya.


Hiasan:
1. Pukul whipping krim sehingga kental dah letakkan di atas pavlova seterusnya bolehlah dihias mengikut citarasa masing-masing.
2.Siap untuk dijamu atau disejuk terlebih dahulu.








Walaupun hasilnya masih belum 'mengthumb-upkan' diri sendiri.... tapi ianya masih boleh dimakan ~ngeeee~...


tarak apa.... cuba lagi ...chaiyok!!! aja aja fighting....gambatte!!!


Jumpa lagi... (@_@)~

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...