Sunday, 10 August 2014

Serunding Ikan

Assalamualaikum...... ^^~

Annyeong Hasaeyo.... :DD

Macamana raya korang?...Meriah ke tidak ? 

Meriah ke tidak, bergantung kepada pembawaan masing-masing, kerana pada saya ianya tidak semestinya diukur dengan 'material' tetapi kemeriahan itu dirasai apabila kita dapat berkumpul bersama keluarga tersayang terutama sekali dengan kedua ibubapa kita.

Raya kalau tiada juadah raya, rasanya tak lengkap raya kita...ya ke tidak? Hrmm boleh kata hampir semua kuih-muih di rumah mak, adalah home-made by Cik Purple...kalau adapun yang beli sebalang dua sahaja.

Biasanya saya rajin buat kuih saja tapi tahun ini sudah ada peningkatan sebab buat julung-julung kalinya, saya bikin serunding okeh!!... Sedap ke tidak, itu belakang cerita :).
Walaupun hanya serunding ikan, kini baru ku tahu getirnya nak bikin serunding...letih nak kacau ..

Bikin seminggu selepas raya...hahaha.. biaq pi la, janji cheq cuba..



Jom tengok resepi...

Sumber resepi:-
Serundingsedapkelantan.blogspot.com
Sepipayaku.blogspot.com (kak Rose) 

terima kasih sebab sudi kongsi resepi :)


SERUNDING IKAN CIK PURPLE

Bahan-bahannya:-
1/2 kg ikan (direbus dan ditumbuk atau blend) ~ saya guna ikan kembung
1 1/2 cawan pati santan ~ saya tak letak sebab terlupa
#2 keping asam keping ~ ni pun saya tak letak juga (saya ganti dengan air asam jawa)
# 2 sudu teh garam
# 2 sudu teh gula
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
15-20 tangkai cili kering (rendam / rebus dulu)
15 biji cili merah ~ saya tak letak
2 batang serai
2 in halia
2 ulas bawang putih
*saya tambah 2-3 labu bawang merah/besar

Cara membuatnya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, gula serta garam secukup rasa. (kalau korang nak ada santan bolehlah dimasukkan sekali.
2. Akhir sekali masukkan isi ikan tadi, kacau sehingga kering dengan menggunakan api sederhana.
3. Siap masak sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas. :)







Alhamdulillah.. cheq berjaya, bikin serunding sendiri..

Tentang rasa, masing-masing citarasa...apa yang penting.. BERJAYA!!!

hahaha..

Cuba jangan tak cuba....


Jumpa lagi...


Annyeonghi (@_@)~

Saturday, 9 August 2014

AYAM GORENG BEREMPAH

Assalamualaikum semua... :)

Annyeong Hasaeyo ^^~



sumber resepi :-
aziejaya.blogspot.com
mylovelyfamily-ana.blogspot.com

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya:-
1/2 ekor ayam (potong kecil ~ ikut suka nak potong berapa)
Garam secukup rasa
Daun limau purut - dicarik-carik halus
(nak tukar letak daun kari pun boleh)
1-2 sudu besar serbuk kari ayam
sedikit serbuk cili - optional
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar halus:-
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Bahan kisar kasar :-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup atau gantikan dengan serbuk kunyit

Langkah cara penyediaannya:-
1. Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.
2. Campurkan bahan-bahan kisar, serbuk kari, daun limau dan ayam. Gaul rata.
3. Perapkan lebih kurang selama 1 jam atau lebih. (perap lama lagi sedap, supaya rasa rempah dengan ayam lebih mesra).
4. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dah masak atau garing, angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang dah jatuh ke dasar kuali. Siap.

** tapi aku tak perap lama..sebab lapaq sangat-sangat dah..

bahan kisarnya - 'terkisar halus huhuhuhu'


lapar sangat... cukup ayam goreng + ulam timun+sambal belacan +air ribena

keesokkan harinya...bikin nasi lemak

Kepada yang memang jarang memasak lauk pauk seperti hamba, bolehlah mencuba resepi ini ya...


Sampai jumpa lagi...

daa (@_@)~

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...