Sunday, 26 October 2014

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Assalamulalaikum semua :)

Apa khabar.....

Annyeong Hasaeyo.....

Orang lain dah berkurun lama buat resepi ni...saya baru nak terhegeh-hegeh ..

Bahan mentah untuk penyediaan biskut ini sudah lama tersedia, baru kini direalisasikan.....

Apeadehal.....layannn......



sumber resepi:- blog kak ita masam manis / azlitamasammanis.com
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Bahan-bahannya:-
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci
20 gm bijan hitam

Langkah penyediaan:-
1. Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven pada suhu 160'C selama 5 minit.
2. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas, dan digaul sehingga rata dan bersalut sempurna (kekacang dengan tepung).
3. Sediakan bekas/loyang saiz 14' x 14' dan dialaskan dengan kertas
5. Panaskan oven pada suhu 160'C
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan - nipis
7. Bakar selama lebih kurang 10 minit
8. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan kecil
9. Simpan dalam bekas kedap udara.
Siap.!








Rumah kitaorang ....sekali 'hadap' saja.....ish ish...
lagi lagi si Adriana....



Assalamualaikum (@_@)~

tata titi tutu....

Annyeonghi..

Tuesday, 21 October 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

Assalamualaikum...

Annyeong Hasaeyo.... ^^~

Gara-gara teringin yang amat, alang-alang mak nak keluar beli barang dapur, kirim sekali bahan utama itu....

Cabaran betul, hampir-hampir memadamkan semangat yang membara, mana tidaknya bahan utama dapat walaupun hanya 2 ketul sahaja, malang pula bahan sampingan pulak 'sik' ada...

Suruh...... pulak adik ke kedai...

Alhamdulillah, tercapai jua...

Brop brek brop brek...di atas tadi bukannya apa, semenjak dua menjak ini, 'newfeed' facebook dipenuhi dengan si dia yang mengecurkan ayaq liuq cheq la...

Jom chekidaut.....siapakah dia? 


tadaaaa.....

sumber resepi: facebook (tiada nama empunya resepi, saya dapat screenshoot sahaja, walauapapun terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi ini) ..

JERUK MANGGA ASAM BOI
Bahan-bahannya:-
2 biji Mangga Muda
10-15 biji Asam Boi
1 cwn Gula (anggaran)
Garam secukup rasa
Cili padi dipotong kecil (ikut pedas - 5,6 biji)

Cara-caranya:-
** sukatnya agak-agak saja ya, resepi ini sebagai 'guide'..
1. Kupas dan potong kecil-kecil mangga. Cuci mangga tadi dan toskan hingga airnya agak kering.
2. Campurkan bahan-bahan lain tadi, kemudian gaul rata.
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 4-5jam.
Siap...




Mode: masih menunggu si dia yang kini masih berada dalam 'bilik' sejuk. Harapnya hasilnya tak mengecewakan penantian ku ini... :)

InsyaAllah, kalau ada rezki, kita 'update' gambar 'output'.. nya ya..

Awak-awak semua selamat mencuba ...


Gambatte...

Jumpa Lagi (@_@)~


,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...