Monday 31 December 2012

HO CHI MINH

Assalamualaikum.

Salam sejahtera, mudah-mudahan semuanya berada dalam kondisi yang baik-baik aja. Amin.

Kali ini saya nak sharing moment saya berada di bandaraya Saigon atau sekarang lebih dikenali dengan nama Ho Chi Minh, yang juga merupakan bandar terbesar di Vietnam.

Kami telah berkampung di sana selama 4 hari 3 malam, ianya merupakan pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Mana tidaknya, selain dapat berjalan-jalan melihat negara orang, menikmati makanan serta pemandangan dan budaya mereka, terselit juga pengajaran agar lebih mensyukuri dengan nikmat dan kurnia yang telah diterima selama ini. Alhamdulillah.

Travel Agency : Easy Tour & Travel Sdn Bhd
Tourist Guide : Mr Alex
Penerbangan : Air Asia (penerbangan mengambil masa lebih kurang selama 1jam sahaja)
Kos : rmm x ingat sangat tapi packeage lengkap dan berbaloi-baloi (tidak termasuk duit shopping hihihihii!)
Agenda : Jenjalan dan biasalahh shopping........
Perbezaan waktu: Vietnam lewat sejam daripada kita
Matawang: Dong -10,000dong bersamaan lebih kurang MYR1.60 (urusniaga boleh dalam Dong, USD, dan MYR)

Map of Vietnam : source Internet

Gambar atas: matawang Vietnam - Dong

Lan Lan 2 Hotel - berdekatan dengan Night Market dan Ben Thant Market

Kami tiba di Ho Chi Minh International Airport lebih kurang pada jam 3 setengah petang waktu tempatan. Sejurus selesai segala urusan imigresen dan sebagainya, aktiviti kami pada hari tersebut bermula dengan lawatan singkat ke sekitar bandaraya Ho Chi Minh.


panorama bandar di Ho Chi Minh

Panorama ini anda semua boleh tengok ketika pagi dan petang.., ala-ala gerai 'ngeteh' ;)

pengangkutan utama - motosikal

Notre Dame Cathedral - merupakan landmark popular bagi pelancong-pelancong, terletak di tengah bandaraya Ho Chi Minh. 

Centre Post Office - lokasinya bersebelahan sahaja dengan Notre Dame Cathedral 

Hard Rock Cafe - usha'2 barang ja dan acara wajib!..take a picture! hahahaha

Ronda-ronda sudah...menjamu mata sudah...tangkap gambar mesti laa wajib...!. Tapi ada acara yang paling saya suka sekali bila pergi ke tempat orang ialah makan!. Lapar kot!. My tagline is ' makan time is my time' ;). Kami di bawa ke sebuah restoran yang agak popular, terutamanya bagi pelancong-pelancong dari Malaysia, iaitu Saigon Seri Penang. Staf restoran itupun, dari Malaysia jugak. Oppssss...sebelum pi makan, check-in dulu kat hotel. Mandi-manda dulu, solat dulu, regang-regangkan urat dulu..then turun semula ke lobby untuk berkumpul sampai ahli jemaah rombongan semua cukup, barulah gerak pi makan. Naik baihh (bus) la. 


kenalkan ni Alex, our tourist guide. Banyak bagi tip2 kat kami especially about shopping, Do & Don't.  Kalau nak tahu, program Rasa Halal Orient di Astro Oasis yang dikendalikan oleh Farah Brepp Breepp tu, dia jugalah yang jadi tourist guide untuk di Ho Chi Minh

Saigon SeriPenang - sedap! nyummm nyum nyumm

Ayaq Kopiiii!!!...terbaikkkkkk!

first night shopping..hihihi @ Night Market

Dah puas berbelanja sakan masing-masing, as usual except me!..ye ke? ye laaa....nape tak percayaa aaa...suka hati lah. Tido lena semuanya, that night. Journey continue tomorrow.........


to be continue ..@Chu Chi Tunnel


Annyeong (@_@)~


Sunday 30 December 2012

~SUNRISE~

Assalamualaikum.

Jom nikmati pemandangan matahari terbit di pagi hari penghujung tahun 2012.

♥♥♥ Lokasi: Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia.
♥♥♥ Hari yang berlainan...

Subhanallah, Maha Suci Allah; Allahu Akhbar!, Allah Maha Besar!

Indah ciptaanNya, tidak terdaya dan tidak terjangkau untuk kita menciptakan yang seumpama dengan ciptaanNya.

7:10am 

7:40am ~cantikkan awannya seakan-akan bentuk kipas tangan

Syukran Jazilan.
Ilal-Liqo'


KOREA - HERE I COME!!! ♥♥♥

Assalamualaikum ;)

Bismillah.

Annyeong Hasaeyoooooo! (sambil lambai kedua tangan..hahahaha!)

Terujaaaa..pastinya...Yeah!
Impian sebenar adalah negara matahari terbit, walaubagaimanapun....here...i come to uuuu K.O.R.E.A!.

Hey! bukan senang tau, jenuh saya mengikat perut tau untuk merealisasikan impian ke sini dengan budgetnya yang boleh agak-agak memuflisinkan saya setiap bulan.
Masihku ingat lagi, bila mana pertama kali, menyuarakan hasrat hati kepada mak. 'Lebih baik, pergi Umrah!' ..itulah kata-kata yang terbit dari mulut mungil mak tu, selepas mendengar $$RM yang perlu dikeluarkan untuk ke negara yang popular dengan lagu "oppa gannam style". hihihi

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Berkat kata-kata yang keluar dari mulut mak dan kebetulan, mungkin dari niat mendaftarkan haji dan bukakan akaun Tabung Haji untuk mak dan abah, dengan tidak di sangka-sangka, rezki bulan jatuh ke riba, nama saya terpilih untuk mengerjakan Umrah di tempat saya bekerja. Syukur, dengan rezki itu, kami telah ke sana. Zippp mulut mak sama :))))

Balik dari Umrah, perlu bertungkus-lumus untuk mengumpul semula dana untuk Korea pula. Ehhh! bukannya ape...mana boleh cancel nama, sebab nama dah berikan kepada travel agency dan dah bayar deposit, lagipun program ni dah dirancangkan setahun yang lalu...ayattt tuu!!!

'Jadi..maka Jadilah'...Korea menungguku...sadis sungguhhh ♥♥♥

Cer cita sikit~
♥♥♥Rombongan K.Nora ;) (sempena nama di bas)
♥♥♥Seoul,  South Korea ♥
♥♥♥6H5M
♥♥♥Air Asia X - lebih kurang 6jam
♥♥♥Travel agent : Easy Travel & Tour Sdn Bhd (our Tourist Guide : Ms Gina)
♥♥♥RM3K++ (tidak termasuk duit shopping ;D )
♥♥♥Matawang : Won (1000w = +-RM3)
♥♥♥4 Musim (Spring, Summer, Autumn, Winter)
♥♥♥perbezaan waktu (Korea awal sejam dari kita)

Matawang yang digunakan WON dan USD

Pagi bersejarah itu, nyaris-nyaris terlepas peluang untuk ke Korea. huhuuhhu! terbangun lambatttt...tidak sedarkan diri, gara-garas last minit packing barang, macam tu la jadinya. Memang sadisss sangat. Apa lagi kelam kelibut la, bersiap seadanya. Hendak dipanjangkan cerita pulak, kereta adik pulak buat hal, terpaksalah pergi naik tren sampai ke KL Sentral, kemudian tukar naik KLIA Transit. Pepagi buta yang hening ini, dah macam masuk Xplore-race dah rasanya. Berlari-lari, terkejar-kejar.
Keluar semua peluh jantan betina, degupan jantung toksah katalah...normal ke tak, berapa kilo sejam pun tak tau, tak dan kira dah. Lepas tu sepatutnya, berhenti di Salak Tinggi untuk naik bas ke LCCT, tapi pi terlajak sampai KLIA pulak dahhh. Adoyaiii macam-macam.
'Bikin panas' kat diri sendiri pepagi nih!.
Takpa, cool down babeh! (sambil memotivasikan diri sendiri masa tu ), dan sambil tidak mempraktikkan kata bidalan 'malu bertanya sesat jalan', perjalanan ke LCCT diteruskan dengan menaiki cab. Tambang RM42 dari KLIA ke LCCT. Takpe la janji sampai. Cabaran sungguh untuk ke Korea ni. Maluuuuuu ..huwaaaaa..saya orang terakhir sampai. Tapi kawan-kawan dah tolong check-in kan.


Yeahhh!...finally i'm here..
Alhamdulillah, selamat tiba di bumi Korea pada jam 5:00 petang waktu tempatan.

gambar kecil: Incheon International Airport ;)))

Sunset view ~hari pertama di Korea ;)))

Okey, untuk hari pertama ini aktiviti kami terpaksa dibatalkan, lantaran kelewatan akibat dari terkandas di Malaysia atas faktor cuaca. Flight kami delay sekejap sebab hujan pagi tu. Jadi, lepas dah selesai urusan di airport, kami dibawa untuk makan malam di Markesh Night (makanan ala-ala mediterinian, bukan korean style tau), kemudian lepas makan, kita 'golek-golek' hihihi (belajar dari Gina, tourist guide kami).

Markesh Night ~ banyak betul portion dia, tapi tekak kami malam tu agak kureng menerima sikit la..

hadapan Markesh Night

Dah kenyang semua, now is time to golek-golek.
On the way untuk ke hotel, kami terpaksa mengharungi jem, hrmm lewat juga orang Korea pulang ke rumah.   Mode menghayati pemandangan malam pertamaku di Korea.

ok! sambung nanti..kami check-in di Mate Hotel. Nice!

Annyeong.


BUKIT TINGGI - EPISOd 3

Assalamualaikum

Sambungan episod 2 Bukit Tinggi..


Lepas makan tengahari tu, sambungan perjalanan ke tempat pemprosesan kopi. Tapi saya tak pergi tengok pun sampai ke dalam, cuma tengok dari luar ja.

Ini kerana, bahagian belakang bangunan tersebut, pemandangan dia sungguh mengujakan bagi orang-orang seperti saya yang saban hari asyik mengadap dinding-dinding kontrik dan hingar-bingar kota metropolitan...perghh ayat....

Tapi seriusss, cantik!
Dari kedudukan tinggi, mata ini dijamukan dengan pemandangan yang sungguh mengasyikkan, di bawah sana panorama kehijauan dan kuning-kuningan sawah padi, di hadapannya pun, tersergam indah, gunung-ganang yang diselimuti awan...tapi sayang seribu kali sayang, tiada rakaman pada fotografi cuma masih terlakar diruangan ingatan minda serta bayangan mata...


Di sini pun ada tempat untuk bergambar dengan pakaian ala-ala pengantin minang :)
Bagi pengantin-pengantin lama, silalah jangan lepaskan peluang, disamping mengimbau memori lama dapat juga merasai tradisi pengantin Minangkabau.
Meriah - Pelamin Minangkabau

pemandangan bahagian belakang 

antara bunga-bungaan di sini, lebih kurang macam kat Cameron Highland la...tempat sejuk

Jom, Jemput minum kopi! dengan kuih-muih, yang macam kuih lepat tu sedap., nak bungkus dah habis la pulak,  lepat tu macam ada jagung dalamnya

Pisang salai

Pergi ke tempat proses kopi, tapi tiada gambar proses kopi atau serbuk kopi pun, hihihihi tapi gambar minum kopi jaaa.....


Lokasi seterusnya..........
Selepas menghirup udara segar-bugar, kita kembali ke hiruk-pikuk bandarayanya pula. Mana tu....

Ke sono....:)))

------|>
Jam Gadang
Jam Gadang maksudnya iolah Jam Bosa... jam besar ;)))

Di hadapan Jam Gadang ini, terletaknya Istana Bung Hatta, tapi sekarang ini bukan kediaman istana lagi, kalau tak salah saya, ianya merupakan tempat bagi perjumpaan bagi pegawai-pegawai samada dari dalam mahupun luar negara....


hahaha! nak bergambar sangat dengan maskot tu...alih-alih dia tadah tangan minta duit......sian member tu...bagi je la, niat sedekah

banyak kereta kuda kat sini, ala-ala beca kot 

Kengkawang semua...
Berdekatan dengan lokasi Jam Gadang ini, ada gedung membeli-belah dan deretan kedai-kedai yang pasti mengilaukan pandangan mata terutamanya wanita-wanita shopaholic sekalian...kihkihkih!...
Alhamdulilah, saya terselamat dari ujian tersebut, sebab menemani mak dan abah kerana mereka sudah keletihan untuk menjelajah lagi. Lagipun mereka ni bukan jenis kaki shopping pun. Nawaitu utama datang pun, asalkan dapat berjalan-jalan melihat keunikan negara orang serta menghayati kebesaran ciptaanNya ...........itupun sudah memadai...ada ongkos lebey, ia boleh aja menyoping...hihihi.
Akhirnya kami, hanya lepak-lepak sambil menyaksikan gelagat-gelagat manusia jadi sekitar Jam Gadang sementara menanti ahli jemaah rombongan yang lain meneruskan kembara shoping mereka. 
Jam tujuh barulah mereka semua kembali dengan tangan kiri dan kanan sarat dengan muatan ;)))) 
Jom balik hotel, lepas tu makan time! is my time...hihihihi! 
Rupa-rupanya, Jam Gadang ini, tidak jauh pun dari hotel tempat kami menginap, hampehhh!.....


Makan malam kat sini bersama Maz, Cik Jah & Pak Ngah..saja, mak ngan abah mau rehat saja..

Lepas makan, kena packing-packing barang pulak, sebab besok kami akan berangkat ke Padang kembali.


Hari Ketiga

Lepas bersarapan, kami bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Padang semula. Program hari ini, santai-santai saja, dalam perjalanan ke Padang kami akan singgah ke lokasi membeli belah Aur Kuning untuk agenda shopping kali terakhir, hahaha!. Rupa-rupanya inilah tempat shopping yang mereka tunggu-tunggu, katanya harga lagi murah...haiii laaa makcik-makcik semua...(sambil tepuk dahi)..

sarapan pagi untuk tenaga (*_^)~

Dalam perjalanan saya telah merakam gambar ini..

cer tengok awan tu.....
---->>>Dah sampai tempat shopping! Ayor Kuning...

Aur Kuning

Bika Talago lebih kurang rasa cam lempeng, enak dimakan masa panas-panas kena pulak dengan ayaq kopi, perghhh terangkatttt.....

Jom terjah ...belakang gerai kuih ni, tengokk....

banyaknyee kayu-kayan untuk 'membako' kuih Bika dan pemandang gunung :)
tak sure gunung Singgalang atau gunung Merapi...... ape yang penting ape yang dilihat sungguh cantik! Subhanallah, Maha Suci Allah, Allahu Akhbar, Allah Maha Besar

Makan time! again is my time... ;)
Makan tengahari kat tempat makan hari memula sampai hari tu ...Rumah Makan Pak Datuk, tapi kali ini kami makan style bersila pula. Berselero sungguh mak dengan abah makan ;). Bahagia sangat!, bukan senang tau nak dapat berjalan-jalan camgini ngan famili, pulak tu dengan abahku yang payah sungguh nak berjalan-jalan ni...

jemput makan semua. Gambar atas kanan tu - puding

Yeah ye yeye udahhh sampaii ke hotel.
Kami menginap di hotel Hang Tuah. Kebetulan masa tu, hotel tu tengah buat renovation dan sangat kasihan sama bilik yang dihuni oleh mak abah dan ahli rombongan cik kiah yang lain, belum dibuat ubahsui. Tapi berlainan dengan rezki saya, Alhamdulillah dapat bilik yang agak luas dan selesa. Oppsss! jangan kata, tak offer kat mak abah ye..depa yang takmau..;))))

Hotel Hang Tuah
Aktiviti petang ini, jenjalan kat pantai, kemudian beli jenjalan kat shopping kompleks depan hotel. Esok pepagi buta dah nak pulang ke Malaysia. Sayonara, huhuhuhu...

Pantai....xtau nama pantai apa;(
makan malam kami...tekak saya, lebih suka KFC negara sendiri ;)

Hari Keempat..

Hari untuk kembali ke tempat asal :)
Seawal jam 4 pagi sudah kena bangun dan bersiap...
sambil tunggu van, snap gambar lampu cantik ni...hahahahaha!

daaaa...sampei kita ketemu lagi tanah Minang
 Sampai suda.....NegaraKu!
yeah! LCCT suda

Alhamdulillah, tamat sudah cerita bergambar saya dan rombongan Cik Kiah & Cik Ramlah, 4H3M ke Tanah Minangkabau.

Kapan datang lagi....enggak tau...

InsyaAllah,, ada umur, ada rezki sampai jua.

Yuk...

Jumpa lagi.

Annyeong haseayo. ~(*_^)~~~



Tuesday 25 December 2012

BUKIT TINGGI - EPISOD 2

Assalamualaikum semua.
Salam Sejahtera..

sambungan dari hari pertama di Bukit Tingi


Lepas rehat-rehat dan golek-golek ....shopping journey bersambung lagi.... humangggaii...
Alhamdulillah setakat ini, masih berjaya mengawal hawa nafsu perempuanku...hahahahaha

tempat shoping lepas menyegarkan tubuh di hotel Nikita
rasanya dua-dua kedai ini dorang tak memborong ape-ape mungkin dek kerna keletihan  atau pun harga yang di tawarkan tidak mengujakan untuk dirembat... 


Yeahhhh!!! makan time.....is my time hihihihi
Aktiviti makan-makan adalah konsep sendirian berhad ye, tidak termasuk dalam package kecuali breakfast only...
Kedai makan ni (opsss3x lupa kat sini panggil Rumah Makan), terletak berhampiran ja dengan hotel tempat kitaorang menginap....banyak gerai-gerai makan kat situ..tapi cam biaasa la...kena hati-hati sikit la...
Sebelum itu, nak habaq sikit, menurut kata pemandu pelancung kami, majoriti penduduk di Bukit Tinggi ini adalah beragama Islam, makanya tidak perlu ragu-ragu tentang kehalalan sesuatu makanan itu, namun bagi saya sendiri, sementelah lagi kita berada di tempat orang, makanya seharusnya ada sikap ambil tahu dan hati-hati sikit la...tengok dulu persekitaran dia serta isi kandungan menunya dan para pengujungnya...kerna mencari yang halal itu fardhu..InsyaAllah.

Makan malam hari ini....
antara menu ;)))

gambar yang atas sekali : Sup Buah ;)

Hari Kedua

Aktiviti hari ini lebih kepada sight-seeing... yihaaaa!!! saya suka! saya suka! saya suka! (sambil ajuk suara mei mei dalam cerita upin ipin)...the best part is.. hari ini, permandangan-pemandangan yang dilalui sungguh-sungguh segar...ermmm soooo refreshinggg, .... ku lihat hijauu....
Subhanallah indah dan tenang mata memandang....

Selama ini pernah tengok kat astro Oasis, segmen zikir-zikir yang ada pemandangan-pemandangan semulajadi yang indah, rupa-rupanya di sini...Alhamdulillah...dapat melihatnya secara langsung... ;)



Antara pemandangan dan gambar yang sempat diambil dalam perjalanan menuju ke Istana Pagar Ruyung..

Sebelum itu, aktiviti shopping pagi tetap ada...hahaha, kami singgah sebentar di sebuah penempatan yang rata-rata signboardnya ditulis 'Pandai Sikek'....
Jeng...jeng...jeng ...dan akhirnya, di sini saya telah tergolong dalam peserta membeli belah pada kali ini....hahahaha, ala beli travel telekung saja pun.....tapi sampai hari ini tidak pernah digunakan. Mungkin sebab material dia terlampau ringan serta saiz agak kecil, jadi tak yakin kot nak guna..simpan sahaja laaa dalam gobok....
Selain itu, saya ada beli sagu bakar.....sedapp

Cantik...
sawah padi depa stail lain sikit...bertingkat-tingkat...

perjalanan ke Istana....mata dijamu dengan pemandangan alam semula jadi yang indah


Istana Basa Pagar Ruyung


suka tengok :)
bertingkat-tingkat

Dari Istana, kami berhenti rehat untuk mamamm dulu...
berbaloi-baloi duduk dalam bas yang agak sempit tu, tempat makan cantik sungguh, berselera semuanya makan, boleh pilih style nak duduk makan lagi ....nak ala ala kampung duduk bersimpuh ada, nak duduk kat kerusi macam biasa pun ada...

Pondok Flora


see...@ Pondok Flora
.....purple colour...i loike....

Mango Juice...memang piorrr...terbaiikkk


amboiiii dan lagi depa menyopingg lepaih makan...


Lepas ni, perjalanan diteruskan ke tempat pembuatan kopi dan produk-produk kampung. Permandangan kat sini memang cantik.
Lupa nak bagitau, kalau rasa nak ke tandas tu baik buat persediaan awal ye. Sebabnya, kalau yang jenis rasa nakkkk 'tut' dan tak boleh tahan-tahan bahaya...hahahah bukan apa jalannya kecil dan berbukit (namapun bukit tinggi ;), tak boleh main berhenti ja, kena cari port sesuai, lain la kalau korang naik motorsikal...

ok jumpa lagi daaaaa
bersambung ... --->>>tempat kopi..& Jam Gadang


,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...