Friday, 31 January 2014

JOM RONDA HATYAI

Assalamualaikum semua :)

Annyeong Hasaeyo!... nak cerita tentang Siam, tapi asyik dok annyeong hasaeyo.....ala takpe la, kasi la can sikit nak 'feeling' pasal Korea.

Sawadi-kha..

Khop Khun Kha kepada yang sudi singgah ke sini dan sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini..

Okey, nak sambung cerita sebelum ini...selepas kami 'check-in' hotel dan selesai segala perkara yang wajib dan dah wangi, bermulalah episod pengembaraan 'free and easy'. Yeah!.

Pada mulanya, kami berjanji dengan dua orang rakan baru yang turut menyertai trip tersebut. Tapi akhirnya, kami bergerak bertiga jua kerana yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Rupa-rupanya, mereka pergi makan dulu..

Sebelum itu, ketua trip iaitu En Azhar sudah memaklumkan kepada kami, beberapa tempat-tempat menarik untuk dilawati serta turut memaklumkan sekiranya kami bergerak menaiki kenderaan yang di panggil 'tut-tut' tambangnya 20 Baht seorang...tak perlu lagi nak bertanya-tanya bagai..katanya.

Kalau perancangan awal, kami nak terus terjah ke 'Floating Market' sahaja. Sebaik sahaja mendapat 'tut-tut',  pemandunya mencadangkan kepada kami untuk pergi ke beberapa tempat. Kira macam hari itu kami sewa khidmat dia lah sebagai pemandu pelancong...apalagi kami pusing satu Hatyai kot..hihihi... teringat lagi dia cakap 'saya service kamu', lebih kurang gitulah ayatnya..walaupun dalam ketidak fasihan dia berbahasa Melayu.

Jom ronda!

Lokasi Pertama ialah Ice Dome.
Memang sejuk kat dalam tu...kami diberikan jaket dan sarung tangan...grrrrrrrrr..sejuk!!!

tiket masuk ke Ice Dome Hatyai!....yeah! kena bayar tau bukan percuma ya..untuk dewasa 300 Baht untuk kanak2 aku tak perasan la pulak..hihihi

inilah antara ukiran-ukiran yang ada dalam Ice Dome ni...merasa la juga pengalaman main gelongsor ice, gelongsor pertama takut, bila yang kedua tu macam nak naik lagi...tapi segan pulak dengan staff yang menjadi penunjuk arah... biasalah bila berada di negara orang semua benda kita nak cuba walhal kat sini kita tak teringin nak buat pun...malu la konon... konon-kononnye la.~ hihihi

dari luar lagi aku dah teruja tengok benda-benda camgini...so cute..!

pemandangan di luar Ice Dome..tak naik pun bas tu...almaklumlah...ada beberapa lokasi lagi menunggu 'terjahan' kami :) ; cam comel ja..cam suka ja tengok budak-budak sekolah tu...

Destinasi berikutnya,....cer teka cer teka...kikikiki~... kita ke Chang Puak Camp.
Pertama kali dalam hidup, tak disangka-sangka, dulu pernah baca majalah Libur, aku teringin nak pergi Kuala Gandah, nak cuba beranikan diri naik gajah.. akhirnya terlaksana di bumi Siam ini, walaupun pada awalnya aku tak berani, ini benar-benar serius okey!... (tahu tahap keberanian diri)..terima kasih kawan-kawan saya yang menyokong..kikiki~

Chang Puak Camp
Di Chang Puak Camp ini, selain anda dapat menaiki gajah, di sini juga ada aktiviti lain yang turut disediakan iaitu menaiki ATV dan memanah. Harga untuk menaiki gajah adalah 500 Baht seorang dan untuk pakej bagi ketiga aktiviti ialah 1500 Baht. Jadi, tepuk dada tanya minda dan poket samaada nak melawat dan bergambar sahaja atau nak cuba aktivitinya.

panorama ketika menaiki sang gajah

aku dapat naik gajah yang bawa anak dia bersama. Perasaan masa tu, sedikit sedih dan kasihan sebab macam tak sampai hati, jangan tanya lagi kenapa? susah nak terangkan secara terperinci ...huhuhu tapi nak wat cane kan.. Anak gajah tu baru berusia setahun, comel tau..susah payah jugaklah sang ibu nak mengemudikan perjalanan sebab sekejap dia sebelah sini sekejap sebelah sana tak lama tu bawah pula...tu yang gajah yang aku naik awal jadi yang terakhir turun... apa-apa pun makasih sebab awak berdua sangat 'behave' :)
Lepas itu, jom ikut penjelajahan kitaorang ke Samila Beach pula. Kata orang kalau ke Hatyai tidak lengkap percutian kalau tidak ke sini. Moh kita tengok apa yang ada di Samila Beach. Kami pun tidak la menerokai segenap inci tempat tersebut, cuma ke tempat yang di war-warkan itu sajalah..

kalau nak makan...hati-hati sikit ya..
trademark Samila Beach, Songkla, Thailand. 

Penjelajahan seterusnya ke Floating Market. Walaubagaimanapun, sebelum itu pemandu aka tour guide kami membawa kami ronda-ronda melihat rupa bumi Hatyai ini. Katanya 'i services u' hahahaha.....

Kami di bawa menaiki ferry untuk ke seberang dan seterus menaiki jambatan. Jauh jugalah perjalanan kami untuk ke Floating Market.

meronda sakan ....

Sudah puas ronda-ronda 'makan angin' melihat suasana petang, akhirnya sampai jua ke destinasi berikutnya, iaitu Klonghae Floating Market. Apa yang dapat aku rumuskan, floating marketnya tidak lah terlalu panjang. Biasa-biasa aja, tidak seperti yang aku bayangkan, mungkin ada peringkat penambah-baikkan, sebab jambatannya kiri-kanan masih dalam pembinaan. Walau apapun memang enjoy!...ye la kan dapat jenjalan tempat orang sambil kita bermuhasabah diri, menghayati keindahan bumi ciptaan Maha Esa. Allahu Akbar. Syukur dengan apa yang telah dinikmati selama ini.

Nak cerita banyak-banyak pun aku tak pandai sangat, korang hayati antara gambar-gambar yang sempat aku 'snap'....biarlah gambar berbicara...cewah!


gambar bawah: pelbagai spesis serangga goreng-gorengan 

gambar atas: jambatan yang masih dalam pembinaan di bahagian kiri dan kanan jalan
gambar bawah: inilah Klonghae Floating Market Hatyai.....! yeah! saya dah sampai sini...

bekas yang perbuat daripada tanah liat itu adalah bekas untuk isi air atau aiskrim, kira macam boleh dijadikan sebagai souvenier la...tapi kalau taknak guna bekas tu..boleh minta bekas biasa plastik atau kertas...
aiskrim.. bahagian bawah sekali ada potongan kecil roti, kemudian buah kabong, lepas tu baru aiskrim perisa kelapa dan dihiasi dengan kacang serta jeli, akhir sekali susu... rasanya eh eh sedap juga ya...hihihi memang sedap..
Soon Tomyam seafood aku punye... ;) 

jenjalan kat bahagian atasnya, tetiba mata rabun aku tertancap pada benda alah ni... ermmm gile jap ngan benda kuning tu....sebbaik minda ok..

Pada awalnya, kami punya perancangan selepas Floating Market, konon-kononnya hendak ke Asean Market (Poet Tai). Tetapi dek kerana pemandu kami cakap dia hantar saja tapi tak tunggu, akhirnya ke hotel sajalah....aktiviti hari pertama disudahi sesi mengurut (hah! korang jangan fikiran kuning ja tau). Huh! jangan tak tahu, kalau pergi mana-mana mestilah ada aktiviti ni...tapi macam biasa aku seorang saja la yang terkecuali. Best ke urut tu...ntahlah dorang kata best dan relax.

Kali ini sesi mengurut dorang minta ke bilik hotel, jadi aktiviti aku pulak.......

Skodeng gambar bawah ni... :)

dah siap-siap mandi semua bagai dan dah comel, aku pun bawa diri keluar bilik (kebetulan bilik kitaorang bilik hujung sekali, jadi ada port baik punye!)
bertemankan secawan kopi dan setongkol jagung serta novel aku berada di duniaku sendiri...walla walla wey..

Lama jugala sesi mengurut tu, sebab yang seorang tu amik full body, jadi lama la sikit.

Akupun mata masa tu dah takleh nak tahan lagi...

Seusai selesai ja sesi dorang, akhirnya...fuh! lega...penantian itu...........fill in blank ;)

Bebola mata aku 'orak tahan lagi',... masuk bilik terus destinasi akhir akhir malam tu tak lain tak bukan katil!... apalagi letak ja kepala rasanya terlelap terus. zzzZZZZ.....


nanti sambung ~


Jumpa lagi..

Annyeong~

(✿◠‿◠)


Sunday, 19 January 2014

PASSPORT KE HATYAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh :)

Annyeongg Hasaeyo... :)

Pejam celik ..pejam celik, dah dekat 2 minggu kita mengharungi tahun baru 2014. Tahun ni, macam-macam perancangan dan pelbagai angan-angan dah dirangka. Harapan agar semua rancangan dan angan terlaksana, paling tidak pun separuh darinya,

Ermm...sebenarnya bukan nak cerita pasal azam mahupun angan-angan...terlalut sekejap...

Cerita saya, walaupun ianya it's part of my angan-angan lah..tapi ianya bukanlah my dream place to visit pun...at last...saya enjoy!!!...

Travel Agency : KLIA Travel (KPH Travel Sdn Bhd)
Trip : 4H3M
Pengangkutan : Keretapi ~KTMB (katil)
Kos : RM290 untuk double ; RM360 untuk single (pengangkutan & hotel shj)
Tema : Free & Easy (maknanya makan & jenjalan sdn bhd)
Matawang : Thai Baht


Trip selama 4H3M ini kurang mendapat sambutan oleh kawan-kawan dek kerana masa lebih banyak dalam perjalanan. Tapi apa yang dapat saya simpulkan di sini, memang berbaloi-baloi. Tak terasa bosan pun dengan perjalanan malah terlalu teruja dan yang paling penting tidak memenatkan langsung, sesuai juga kalau nak bawa orang tua bersama.

Selama ini aku naik keretapi balik kampung tak pernah pulak ambil katil biasanya kerusi ja. Ini kali pertama. Pengkongsiannya, memang suatu pengalaman yang menarik dan selesa. Ermm tak kisah lah korang nak cakap aku jakun ke 'perak' ke ape ke...iyalah bukan semua orang pernah merasainya kan...kan...

boleh baca novel lagi...kebetulan lampu katil berfungsi dengan baik. Lepas tu dapat tidur dengan selesanya..Alhamdulillah :)

Perjalanan dari Stesyen Sentral Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang selama 12jam...
Kami selamat tiba di Stesyen KTM Padang Besar, Perlis pada 9.30 pagi. Selesai segala urusan dengan pihak Kastam, kami lepak-lepak dulu sambil pekena kopi kat kedai makan sementara menanti tren berikutnya untuk ke Hatyai yang mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Passport ke Hatyai
gambar beberapa minit sebelum 'touch down' di bumi Thailand ....hihihi

Hotel Aloha : 5-10 minit 'walking distance'...tengok cara jalan la...tapi hotel ni memang antara yang terdekat dengan Stesyen Keretapi. Fasiliti asas memang lengkap serta ada kemudahan Wifi Internet 

Nanti sambung ya...ngantuk!..

Jumpa nanti..InsyaAllah

Annyeong~



Sunday, 5 January 2014

Homemade Kek untuk Mak Abah

Assalamualaikum :D

Annyeong Hasaeyo...^^~

Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan mak dan abah...

Konon-kononnya nak tempah kek la kononnya.... dah siap 'survey' harga dah dengan member yang memang ambil tempahan kek ni....biasanya beli ja kek dekat 'secret recipi'...tapi tahun ni saja la nak cuba yang lain.... tapi dek kerana faktor usia ni...cheq terlupa nak habaq kat dia in advance.. so..no kek la...

Jadi, dok reka-reka nak cuba buat kek sendiri la.....

Alhamdulillah...mood rajin tu masih ada...maka terhasillah kek homemade okey!...

Rasa dan 'presentation' dia tak perlulah nak diadili....nama pun bidan terjun, ape yang penting!...semangat nak bikin sendiri tu....

Berbekalkan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja..cuma beli telur saja...akhirnya terhasillah....ciptaan mahakarya cintaku... :)))

tadaaa.... kek buatan saya...kali pertama tau buat kek macam ini... 

pose sikit...lepas potong

Menu lain aku suruh adik buat. Pukul 6 lebih dekat pukul 7 petang aku call semata-mata nak suruh dia goreng beehoon. Aku cakap kat dia..ala goreng 'bodo-bodo' aje.. hihihihi..bengang member....eleh bengang-bengang pun buat jugak....

dari atas: beehoon goreng, cake of the day, brownies, keropok, air tea 'o' ais lemon dan air kosong ;)

Beehoon goreng hihihi...seekor ja udang... ye ke...?

Brownies :) ...entry sebelum ni ada resepi ya...Chewy Gooey Yummy Brownies namanya

Itulah kisahnya..sambutan kitaorang, biasa-biasa aja. Bersederhana kan lebih baik...nak-nak pulak dengan keadaan sekarang semua barang mengalami kenaikan harga..jadi kenalah pandai-pandai berjimat ... tak gitu kawan-kawan. Islam juga mengajar kita agar bersederhana dan tidak membazir...:)

Doa saya, agar perkahwinan mak dan abah kekal bahagia hingga ke Jannah. Aminnn amin amin Ya Robbal Alamin.

Tetiba teringat ...kalau mak ngan abah nak pergi mana berdua atau nak berpesan-pesan kepada mereka .... aku mesti bagi pesanan ni..... 'mak ngan abah tu jangan dok bergaduh pulak'... hihihi... mak pula mesti balas.. macamlah aku ngan abah ko budak-budak...

Jom tido ...perut pun dah kenyang...

Jumpa lagi..

Assalamualaikum dan Selamat Malam Dunia *_^)~

Annyeonggggg.




Saturday, 4 January 2014

RESEPI CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Assalamualaikum semua.. :D

Annyeong Hasaeyo... ^^~

Korang tengah buat ape...?..

Orang di sini memang tengah bosan tahap gaban....mana taknya, serba tak kena dibuatnya...dahla dok rumah sengsorang hari ni, yang lain masing-masing ada program dorang. Siaran 'tb' pulak, takdak satu pun yang menarik kaca mata..hati..dan jiwa halus aku nih untuk terus menatap 'tb' yang berukuran 29' ni ... ditambah pulak dengan cuaca yang ..arghhhhh...mood memang nak baringan sajalah.... Hujan beb ... Hujan! manyak shiok ooo tuk santai mata..tapi minda aku cakap JANGAN! DON'T!...sebabnya rahsia ;) 

Bila hujan-hujan ni mulalah kepala dan tekak ni mengidam macam-macam!

Hajatnya teringin nak makan goreng pisang ataupun keropok lekor...tapi mana nak datangnya..!..huhuhuhu

Akhirnya...aku gagahi juga 'membaking' pada petang yang romantik ini... *_^)~

Aku ni...kalau nak memulakan operasi ni memang bercinta sikit, bukan apenya nak kena mengeledah semua peralatannya kemudiannya nak mengemas semula...ermm memang memerlukan tahap kerajinan yang tinggi la kan.....

Jadi....hari ni aku bercita-cita nak cuba satu lagi resipi baru yang aku ambil di salah satu grup di facebook. Bahan-bahannya pun tidak banyak dan paling penting semuanya ada .. hehehe..maka bermulalah episod seterusnnya..

tayang dulu rupa paras cik sweetie ni...


Let start it...!
#Bismillah......



panaskan oven dulu.... #ovencomelku ...oven yang banyak berjasa... sebelum ni pakai oven bulat tu..yang kena buka dari atas.. #sayangawak

senang...tak perlu pakai 'mixer' pun...guna senduk ja

dah sedia nak dibako ;)

Resepi Chewy Gooey Yummy Brownies
Sumber : facebook/grup Kongsi resipi/Rusdah Bahari ~makasih ya!

Bahan-bahannya:-
125gm mentega
200gm dark chocolate compound
3 biji telur
1 1/2 cawan gula 
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung *
1/3 cawan serbuk koko *
1/2 sudu teh garam *
** bahan-bahan yang bertanda '*' perlu diayak bersama ya..
Optional : segala jenis kekacang / kismis / coklat rice / coklat chip / biskut oreo dan lain-lain ikut suka..suka-suka hati masing-masing ya. Kalau nak plain saja tanpa bahan optional pun takpe..sodap juga..

Caranya:-
1. Panaskan oven 180 darjah celsius (atau ikut kesesuaian oven masing2 ya..)
hihihi..ready to go..
2. Griskan loyang dan alaskan dengan kertas minyak / baking paper
3. Menggunakan kaedah 'double boiler' cairkan coklat dan mentega sehingga cair
4. Masukkan gula dan kacau sebati
5. Angkat keluar mangkuk, dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil kacau sebati, kemudian masukkan esen vanila
6. Masukkan tepung yang telah diayak tadi beserta bahan optional dan gaul rata
7. Ok..tuangkan adunan dalam loyang (kalau nak tabur kat atas adunan bahan optional pun boleh)
8. Bakar lebih kurang selama 30 minit atau sehingga masak. 


pose dalam oven...hihihi


tadaa..... 'im ready'......to be...ngapp!!!


Kalau ada masa cubalah...hasilnya pasti tidak mengecewakan.

Meme Yummy!

Jumpa lagi.

Annyeong.~


Wednesday, 1 January 2014

RESEPI BROWNIE KAREMEL KUKUS

Assalamaualaikum :)

Salam Tahun Baru 2014!

Anyeong Hasaeyo!...

Mudah-mudahan dengan tahun yang bertambah ini, semuga ianya menjadikan kita ke arah yang lebih baik dalam segala aspek samaada duniawi mahupun ukhrawi, dan semuga tindak-tanduk kita juga semakin matang, serta semuga kita dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang tertinggi dalam mengharungi kehidupan yang mendatang yang pastinya semakin hari semakin mencabar minda dan fikizal. Amin.

Hrmm...aktiviti hari pertama di tahun baru, boleh dikatakan tiada apa-apa perubahan. Yeah...meneruskan kehidupan seperti biasa...

Mode rajin kat dapur hari ini...memulakan kerajinan di dapur hari ini dengan menanak nasi, tapi bab masak lauk-pauk ni memang hancus. Tapi, seawalnya di minda memang sudah terpatri hendak mencuba membakar ayam menggunakan oven. Tapi alkisahnya, tak tahu menahupun resepinya, sudahnya main belasah ja bahan perapannya.

Dah selesai untuk menu makanan tengahari, dalam kepala ni sudah merangka-rangka nak cuba buat kek karemel brownie. Resepinya dah lama dah, dok tersimpan. Akhirnya, permulaan tahun baru ini, aku cuba resepi baru pulak....

hasilan pertama di tahun baru 2014

Jom 'chekidaaooutt' resepinya.

RESEPI BROWNIE KAREMEL KUKUS

*sumber resepi dari grup Fb Kongsi Resepi Kek, Biskut dan Lain-lain ~Pn Azizah AR
terima kasih atas pengkongsian resepi sehingga terhasil pula dari air tangan Oh Ha-ni ~:P

Bahan A (gula hangus)
2 sudu besar gula

Cara:-
Gula ditaburkan di dalam loyang, dan dimasak atas api sederhana sehingga keperangan. Kemudian ketepikan.
Sambil itu, bolehlah dipanaskan periuk pengukus.

Bahan B (karemel)
3 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanila

Cara:-
1. Campurkan semua bahan B dalam bekas, kemudian kacau perlahan menggunakan whisk/senduk sehingga sebati.
2. Masuk adunan B ke dalam loyang yang berisi gula perang tadi.
3. Kukus selama lebih kurang 15 minit.

Bahan C (kek)
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Cara:-
1. Campurkan semua bahan C dalam bekas. Kacau sehingga sebati

Bahan D (kek)
1 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk kok
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonate

Cara:-
1. Ayakkan semua bahan D dan dicampurkan ke dalam adunan C tadi. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan adunan kek ke dalam adunan karemel yang telah dikukus tadi.
3. Setelah itu, sambung kukus sehingga selama lebih kurang 30 minit lagi atau sehingga masak.
4. Sejukkan seketika barulah diterbalikan ke dalam pinggan/dulang.
5. Dah sedia untuk dinikmati. Kalau sejukkan dulu dalam peti sejuk pun sedap. nyum nyummm....


Nak kasik pose sikit hasil lauk...dan pertama kali masak kaedah bakar dalam over...hahahaha...

**Watak utama : Ayam Sebelah & Kentang Sebiji
**Rasa : errm adik kata bolehla...huhuhuhu...jangan gelak...aku memang tak pandai masak...
aku perap guna madu+kicap+sos cili+serbuk cili+halia+bawang besar+bawang putih+rosemary kering+minyak sikit

Okeyla...selamat mencuba ya...resepi kek brownie kukus tu...aku kali pertama mencuba pun, Alhamdulillah...menjadi la juga...dalam kata lain boleh dimakan la...sedap atau kurang sedap tu...masing-masing tekak...kan kann....

Jumpa Lagi!

Insya Allah..

~annyeong~




,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...