Sunday 16 March 2014

KEK PISANG

Assalamualaikum semua.

Annyeong Hasaeyo..

Hari ini, hari ke 9 bagi misi pencarian #SAR #MH370. Sebagai rakyat Malaysia, teruskan doa dan sokongan kepada mereka yang terlibat dalam kehilangan MH370. Pada masa inilah, kita perlu tunjukkan keperihatinan kita terhadap situasi sekarang, jika tidak mampu menyumbang dengan tenaga mahupun harta, apalah salahnya jika kita istiqomah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Sebenarnya niat di hati, nak cuba resepi kek yogurt. Yogurt dalam peti sejuk dah lama menunggu giliran untuk digunakan. Alih-alih, bila resepi semua sudah tersedia, buka-buka saja peti sejuk, yogurtnya sudah tamat tempoh daaaa.....hrmm

Kebetulan, semalam mak beli pisang longgok... hari ini rupa parasnya sudah tidak sesuai dimakan begitu saja...oooo akhirnya...bikin kek saja lorh...

Sebelum ini, aku pernah buat resepi Kak Gee, kali ini nak cuba resepi Kak Ros pulak..

Sumber resepi dari Kak Ros dari jintanmanis.blogspot.com. Terima kasih ya Kak Ros atas pengkongsian resepi ini, boleh juga saya mencuba.



KEK PISANG

Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 cawan gula
3 biji pisang dilenyek (aku letak lebih)
2 biji telur
1/2 cawan minyak
1 sudu teh esen vanila

Langkah pembuatannya:-
1. Panaskan oven pada suhu 180'c (ikut oven masing-masing tau)
2. Griskan loyang
3. Ayakkan bersama tepung, soda dan baking powder. Ketepikan
4. Dalam bekas lain pukul gula dan telur hingga kembang (aku guna whisk saja)
5. Masukkan esen vanila dan pisang, dan pukul lagi
6. Masukkan tepung dan kacau rata
7. Akhir sekali masukkan minyak dan kacau sebati. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 45 minit-1 jam atau sehingga masak (cucuk dengan lidi, tarik lidi bersih tu dah masak la tu)
8. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan atas redai/wire rack.

hiasan ikut suka hati masing-masing ya... nak letak coklat rice pun boleh...


jemput makan.. :)





Saya sudah!.....

Anda bila lagi... :)

Jangan lupa cuba ya...

Jom teruskan berdoa kepada Allah untuk keselamatan seluruh warga MH370 dari para penumpang serta anak kapal dan seterusnya kepada mereka yang terlibat dalam misi ini.

#prayforMH370 #doauntukMH370

Juga doakan keselamatan Negara Malaysia yang tercinta ini dari anasir-anasir buruk.

Juga panjatkan doa untuk situasi sekarang #keluarga #cuaca #catuanair #keamanankeatasbumiIslam #prayforGaza #prayforSyria #prayforPalastine ...... doa dan terus doa

Selamat Malam semua.

Panjang usia jumpa lagi..

Assalamualaikum.
(✿◠‿◠)



Sunday 9 March 2014

CONGO BARS

Assalamualaikum

Annyeong Hasaeyo..

Selamat berhujung minggu. Pada pagi semalam, kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia MH370 yang dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China. Sehingga saat, saya menulis 'entry' ini, kerja pencarian dan menyelamat masih giat dilakukan baik dari kerajaan kita sendiri mahupun dari bantuan negara luar. Sama-sama kita doa kepada Allah s.w.t agar yang terbaik dan dipermudahkan segala usaha serta keselamatan para penumpang serta anak kapal. InsyaAllah.

Hari ini, pada awalnya, aku sendiri kurang perasaan untuk aktiviti 'membaking' ....

Namun, bila sudah 'menjelajah' ke alam maya (media sosial) ini... apalagi... yang kenyang pun jadi lapar, bila tengok pelbagai jenis menu yang diperagakan di 'news feed facebook'....

Sebelum aku berceloteh panjang dan mengarut, jom kita sama-sama lihat resepi yang aku dah cuba pada kali ini. 



Sumber resepi dari blog Kak Ita Masam Manis :)

CONGO BARS

Bahan-bahannya:-
315 gm tepung *
2 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam *
150 gm mentega
320 gm gula perang (saya kurangkan)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gm coklat chips
1 cawan kekacang/kelapa parut kering (ini suka hati, saya tak letak pun..)
Kepingan badam untuk taburan atas -hiasan

Langkah-langkah penyediaannya:-
-> Griskan loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak. Boleh guna loyang ukuran 13x9 atau 10x10

-> Panaskan oven pada suhu 170'C

1. Satukan bahan yang bertanda * dan ayakkan. Ketepikan.
2. Gula perang dan mentega dipukul sehingga sebati. (nak guna mixer boleh, nak guna tangan/senduk kayu pun boleh)
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung yang telah diayakkan tadi. Kacau rata. 
6. Akhir sekali masukkan coklat chip atau kekacang.
7. Masukkan adunan dalam loyang, ratakan dan boleh dihiaskan dengan taburan badam dan lebihan coklat chip
8. Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit..atau sehingga bahagian atasnya kuning keemasan. Kak Ita pesan jangan terlebih bakar, tapi saya terleka...jadi terlebih sikit.. ;(

sebelum masuk oven

inilah hasil kejadiannya... tergaring gara-gara leka.... memberi 'syarahan' kepada Siraj..kuikui... amikko





Maka. adik, kakak sekalian, marilah kita 'bercongo' daripada kita habiskan masa dengan membuat pelbagai spekulasi mahupun komen-komen yang negatif di laman-laman sosial bagi misteri kehilangan MH370. Biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka dengan tenang. Dalam keadaan begini, kita sepatutnya lebih peka terhadap perasaan kaum keluarga mangsa yang terlibat, yang sudah pastinya masih tertanya-tanya dan menanti-nanti perkembangan mutakhir tentang kehilangan pesawat tersebut.

Kepada adik yang menulis di laman twitternya, bahawa 'pergi ke Beijing adalah maksiat'. Uit!... tersentak seketika...dibuatnya...
Bila ada orang yang memberikan pelbagai komen, antara jawapannya ialah, 'maksiat yang dia maksudkan adalah terlalu umum, mata ke mata adalah maksiat, buang masa melancong adalah maksiat'.......
Lorh!... tak pernah pulak cheq tau, melancong adalah maksiat...
Adik oh adik... ni kaka nak habaq, jangan buat prasangka buruk dik!. Tak pasal-pasal kita dapat dosa percuma dengan andaian kita tu...
Kaka pernah dengar ceramah agama dalam U-tube, yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Din Al Hafiz (ceramah tajuk apa, dah lupa). Tetapi dalam ceramah tersebut Ustaz ada menyelitkan pengalaman beliau bersama isteri pergi ke Beijing. Tengok Ustaz pun pergi melancong ke luar negara, kita pergi melancong negara orang ni, sambil menyelam minum air, sambil kita melancong meluaskan pandangan dan pemikiran kita secara tidak langsung kita boleh belajar tentang budaya luar, ambil mana-mana sifat yang baik, yang buruk jadikan iktibar, disamping itu mengajar kita lebih mensyukuri nikmat yang kita kecapi di negara sendiri.

Peringatan buat diri saya dan semua, kalau kita tak mampu membicarakan hal yang baik, maka lebih baik kita berdiam diri, kerna pepatah lama ada menyebut 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. .... lidah lebih tajam dari pedang.... luka ditangan kena pisau nampak berdarah, luka di hati sebab kata-kata, siapa yang tahu.... perangai kita, kadang-kadang bila bersenda gurau selalu terlajak kata, bila orang terasa, kita menyelamatkan diri dengan berkata...itu semua gurauan...

Meh kita, jom pakat sama-sama muhasabah diri...

gambar ihsan internet 



Saya menyusun jari, minta ampun minta maaf sekiranya tulisan teguran saya membuatkan ada yang tersentuh hati.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, buruk itu dari khilaf saya sendiri.

Akhir kalam, cuba tau resepi.. chill..

Jumpa lagi..

Annyeong~n_n~




Sunday 2 March 2014

VICTORIA SANDWICH CAKE ...kek untuk Sirajuddin

Assalamualaikum :)

Annyeong Hasaeyo .......

Apa khabar semua?... Apa aktiviti hujung minggu korang semua....



Aku minggu ini agak sibuk, dengan bazaar yang adik aku sertai, tapi dorang la yang jaga booth, aku cuma sediakan separuh daripada bahan jualan... ;)

Tapi tadi dia balik kejap, katanya huhuhu kurang orang atas faktor lokasi... mana taknya, nak masuk ke sana macam-macam nak masuk istana gamaknye...huh!

Takpa la, ada hikmahnya sebalik semua ini...

Hah! lagi satu, kalau korang nak tahu kat rumah aku, hari ini ayaq takdak okey! ..diulangi kawasan kami takda air...

Tapi gigih jua aku menyediakan sesuatu untuk hari lahir adik bongsu aku nih!... kalau tak jangan harap... aku pulak dok sorang-sorang sebab mak dengan abah pergi Melaka... so ' I Conquer the house '...hihihihi

Aku pilih untuk menyediakan kek ini sebab bila baca resepi, serta tengok bahan-bahannya mudah didapati dan yang paling penting sekali ianya tidak memerlukan aku untuk 'skill' melepa kek... hihihi... sebab cheq tak pandai lorh...

Jom korang 'survey' dulu resepi kek ini..



VICTORIA SANDWICH CAKE
sumber: Bisous A Toi terima kasih ya sebab kongsi resepi yang sedap ini :)

Bahan-bahannya
250 gm mentega (unsalted butter)
250 gm gula castor
250 gm tepung naik sendiri (aku guna tepung gandum + baking powder)*
250 gm telur (lebih kurang 4 biji setengah hihihi, korang timbang tau)
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam*
2 sudu besar susu

Hiasan~
Buah Strawberry
Jem (aku guna blueberry, itu ja yang ada kat rumah)
Non-dairy whipping Cream (putar hingga kental dan bertanduk)

Langkah Pembuatannya:-
1. Panaskan oven dengan suhu 150'C  (ikut oven masing-masing ya)
2. Griskan 2 loyang 8" dan letakkan kertas
3. Ayakkan tepung dan garam. ketepikan sebentar
4. Pukul mentega dan gula hingga kembang (warna putih)
5. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Putar pelahan selepas setiap kali masukkan telur. Kemudian masukkan esen vanila.
6. Masukkan tepung yang telah diayakkan tadi, gunakan spatula dan kaup balikkan adunan sehingga rata
7. Masukkan susu dan kacau sekata (hingga mendapat adunan 'dough cake', tidak terlalu cair )
8. Masukkan ke dalam loyang-loyang (kalau nak sama berat, gunalah penimbang atau agak-agak untuk 2 loyang). Ratakan dengan spatula
9. Letakkan bahagian tengah oven dan bakar lebih kurang selama 30 minit atau masak.
10. Dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan ianya dalam loyang lebih kurang 10 minit, kemudian barulah diletakkan atas 'wire rack' serta dibuangkan kertas alasnya.
11. Sejukkan barulah dihiaskan ikut kreativiti masing-masing ya.

konsistensi adunannya

#keKoreakekita!
hahahahha nak jugak....
Strawberry in the house,  demi adik.. ;)

proses menghias.... kurang kreativiti... hentam sajalah labu...

hiasan kek bahagian pertama/bawah
cream + jem blueberry +buah strawberry

hai! Annyeong Hasaeyo...chonun strawberry fruit imnida...
hihihi itu jela ayat yang tahu pun.....

Eat Me!.....

besday boy...
Judin semoga jadi anak yang soleh..berbakti pada mak abah...jaga solat ...belajar rajin-rajin (mana lah tahu suatu hari nanti ko terbaca kata-kata kakek mu ini...)..secara live dah cakap ...ulangan nih...benda baik takpa ada ulangan, mudahan menjadi doa... Aaminnnn
dah dapat upahkan tadi...

supaya tak membazir...aku penuhkan permukaan atas dengan cream ....

mata adriana.....
tukar baju...
kek depan dah hilang dah....hihihihi...
saja ja nak posing


Sehingga saat aku menaip 'entry' ini, aku masih belum merasai hasil eksperimenku kali ini... cuma berkesempatan merasai keenakkan sebiji buah strawberry. Ermm nikmatnya, sedap sangat...

Korang kalau nak tahu sedap ke tidak, Victoria Sandwich Cake...? cubalah resepi yang aku dah 'tepek' tu..,
Berdasarkan komen adik, katanya, sedap dan lebih terasa menteganya, berbanding kek mentega hari tu.... ermm tiba-tiba, aku dok garu kepala...ting tong sekejap... kek mentega yang mana ya?.. kalau tak salah, ini kali pertama aku buat resepi ini... isk isk isk!..

chak!!!... sejuknye saya dalam ni.... grrrmmmm


Selamat mencuba.

Terima kasih sudi singgah sini. :)

Jumpa lagi..

Annyeong~



,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...