Sunday 26 October 2014

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Assalamulalaikum semua :)

Apa khabar.....

Annyeong Hasaeyo.....

Orang lain dah berkurun lama buat resepi ni...saya baru nak terhegeh-hegeh ..

Bahan mentah untuk penyediaan biskut ini sudah lama tersedia, baru kini direalisasikan.....

Apeadehal.....layannn......



sumber resepi:- blog kak ita masam manis / azlitamasammanis.com
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Bahan-bahannya:-
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci
20 gm bijan hitam

Langkah penyediaan:-
1. Badam dan kuaci dibakar sebentar dalam oven pada suhu 160'C selama 5 minit.
2. Campurkan kesemua bahan dalam satu bekas, dan digaul sehingga rata dan bersalut sempurna (kekacang dengan tepung).
3. Sediakan bekas/loyang saiz 14' x 14' dan dialaskan dengan kertas
5. Panaskan oven pada suhu 160'C
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan - nipis
7. Bakar selama lebih kurang 10 minit
8. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan kecil
9. Simpan dalam bekas kedap udara.
Siap.!








Rumah kitaorang ....sekali 'hadap' saja.....ish ish...
lagi lagi si Adriana....



Assalamualaikum (@_@)~

tata titi tutu....

Annyeonghi..

Tuesday 21 October 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

Assalamualaikum...

Annyeong Hasaeyo.... ^^~

Gara-gara teringin yang amat, alang-alang mak nak keluar beli barang dapur, kirim sekali bahan utama itu....

Cabaran betul, hampir-hampir memadamkan semangat yang membara, mana tidaknya bahan utama dapat walaupun hanya 2 ketul sahaja, malang pula bahan sampingan pulak 'sik' ada...

Suruh...... pulak adik ke kedai...

Alhamdulillah, tercapai jua...

Brop brek brop brek...di atas tadi bukannya apa, semenjak dua menjak ini, 'newfeed' facebook dipenuhi dengan si dia yang mengecurkan ayaq liuq cheq la...

Jom chekidaut.....siapakah dia? 


tadaaaa.....

sumber resepi: facebook (tiada nama empunya resepi, saya dapat screenshoot sahaja, walauapapun terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi ini) ..

JERUK MANGGA ASAM BOI
Bahan-bahannya:-
2 biji Mangga Muda
10-15 biji Asam Boi
1 cwn Gula (anggaran)
Garam secukup rasa
Cili padi dipotong kecil (ikut pedas - 5,6 biji)

Cara-caranya:-
** sukatnya agak-agak saja ya, resepi ini sebagai 'guide'..
1. Kupas dan potong kecil-kecil mangga. Cuci mangga tadi dan toskan hingga airnya agak kering.
2. Campurkan bahan-bahan lain tadi, kemudian gaul rata.
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 4-5jam.
Siap...




Mode: masih menunggu si dia yang kini masih berada dalam 'bilik' sejuk. Harapnya hasilnya tak mengecewakan penantian ku ini... :)

InsyaAllah, kalau ada rezki, kita 'update' gambar 'output'.. nya ya..

Awak-awak semua selamat mencuba ...


Gambatte...

Jumpa Lagi (@_@)~


Sunday 12 October 2014

MARBLE HOKKAIDO MILKY LOAF

Assalamualaikum..

Annyeong Hasaeyo.....

Terima kasih sebab sudi singgah sini, harap jangan jemu ya dengan intronya...

Layankan aja laah.....hihihi

abaikan yang hangit tu ya... hihihi


sumber resepi:-
Facebook :Kak Ida Osman
**terima kasih banyak-banyak kak Ida atas pengkongsian resepi-resepi yang menarik serta mengujakan dan dan dannn sudi melayan pertanyaan ntah pape saya :)

MARBLE HOKKAIDO MILKY LOAF
Bahan-bahannya:-

540 gm tepung roti
60 gm tepung kek
1 peket yis 
30 gm susu tepung
100 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam
1 bj telur
250 gm susu segar sejuk
150 gm krim putar sejuk

Langkah penyediaannya:-

1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga elastik dan tidak melekat di mangkuk. 
2. Rehatkan doh selama 1 jam untuk biarkan doh naik sekali ganda
3. Setelah itu, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin
4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Warnakan setiap satu dengan warna pilihan. Setiap kali mewarnakan uli semula sehingga doh tidak melekat di jari
5. Jalin/bentukkan ikut kreativiti masing-masing. . Rehatkan lagi 15min. 
6. Panaskan oven 170'C. 
7. Sapu 'egg wash' dan bakar hingga masak (lebih kurang 30 minit). Ikut oven masing-masing ya.

cubaan pertama yang tidak menjadi...
gara-gara cerdik tahap maksimum...aigooo...

sedia untuk direhatkan ...

selepas sejam...

setelah diwarnakan...

versi dandan..terima kasih rakan fb Sis Azimah Cheebo atas pengkongsian rupa bentuk roti


versi dandan : tayang urat

versi tindan 3 warna dan gulung..

versi dandan 2


keratan rentas


sungguh enak dimakan begitu saja.....



++ saya suka nama roti ni...hati makin terasa melonjak-lonjak mau ke sinun..Nippon..
InsyaAllah ...one sweet day..


Jumpa lagi...

(@_@)~

Saturday 4 October 2014

PUDING TRIFLE

Assalamualaikum semua...

Annyeong Hasaeyo.....




sumber resepi:-
has2309.blogspot.com
sinarkasihkhairina.blogspot.com


RESEPI PUDING TRIFLE

Bahan-bahannya:-
1-2 kek gulung
1 tin buahan koktail
1 tin susu cair
1 tin air
1-2 sudu gula
3 sudu penuh tepung kastad
1 kotak jelly
400 ml air

Cara membuat:-
1. Potong kek dan susun rapat-rapat ke dalam bekas. Seeloknya susun kek padat dan penuh supaya adunan kastard tidak turun ke bawah.
2. Ambil sedikit air dari tin buahan koktail dan renjiskan sedikit sahaja pada kek. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung kastard, gula, susu cair dan air menggunakan tin susu cair tadi. Kacau sehingga larut dan tidak berketul.
4. Kemudian masak adunan kastard di atas api yang sederhana besar. Kacau dan sentiasa kacau sehingga adunan likat dan pekat sedikit. Tutup api (kena cepat-cepat proses ini, sebab adunan ini mudah mengeras).
5. Tuangkan adunan kastard ke atas kek gulung (jauhkan dari kipas supaya elakkan adunan kastard cepat mengeras).
6. Letakkan buah-buahan koktail di atas adunan kastard.
7. Masak 1 kotak jelly dengan 400ml air (boleh ikut arahan pada kotak pembungkus). Sejukkan sebentar dan tuang ke atas kek tadi sehingga buahan koktail terendam.
8. Sejukkan sebentar sebelum di simpan ke dalam peti sejuk.


cubaan kali pertama 2011: sampai ada kawan kata, ini resepi kek gulung rendam ke?? aigooo

2014: kembali teringin :)


adunan kastard yang telah dimasak atas api



tak ingat beli brand apa, satu tin itu hanya dipenuhi dengan buah betik dan nenas
dan juga hanya ada  6 biji nata de coco. sahaja!!!.. aigooo


nata de coco sahaja


Sedap tau ...makan sejuk-sejuk...

Selamat mencuba..


Jumpa lagi :)

(@_@)~

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...