Saturday, 19 July 2014

Roti Gula Homemade

Assalamualaikum wbt...

Annyeong Hasaeyoo.....^^~

Salam 20 Ramadhan 1435H...

Pejam celik-pejam celik dah hari ke 20 umat Islam menjalani ibadah puasa.

Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, pelbagai suka duka telah melakari sejarah negara kita yang tercinta ini. Selepas MH370, pagi tadi kita dikejutkan dengan berita MH17. Semuga daripada segala peristiwa ini memberi kita rakyat Malaysia lebih kekuatan untuk mengukuh semangat perpaduan dalam rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa.

Apapun bagi yang beragama Islam, sekecil-kecil sumbangan kita terhadap saudara kita adalah doa. Teruskan berdoa #prayforMH370 #prayforMH17 #prayforGaza #prayforPalestine #prayforSyria dan seluruh warga dunia yang teraniaya serta mereka yang kurang bernasib baik.

Tengok lambang MAS pada bangkai pesawat tadi, hati ini begitu tersentuh dan sedih sangat, seolah-olah 'sesuatu' yang dekat dengan diri.
Saya Sayang Malaysia.
"Ya Allah, peliharalah bumi bertuah ini daripada anasir-anasir negatif dan mereka-mereka yang berniat jahat".


Fuhh!!!....

Tarik nafas dalam-dalam...

Dah lama laman sesawang ni bersawang....macam-macam hal..

..sebenarnya hari ini saya nak kongsikan satu resepi mudah yang telah dicuba dalam dapur comel kat rumah mak...

Jom kome chekidauuttt....!!!

sumber: facebook Dapur Chomey Aleen Aireish, terima kasih :)



ROTI GULA HOME-MADE

Bahan-bahannya:-
Roti Gardenia (atau apa saja roti yang ada- elakkan pembaziran :))

Majerin / Mentega
Gula

Cara membuatnya:-
1. Sapu mentega pada roti (sebelah sahaja)
2. Taburkan gula atas roti. Kemudian bolehlah dipotong memanjang roti tersebut atau ikut suka-hati masing-masing cara potongannya.
3. Susun roti dalam loyang dan bakar selama 20 minit atau sehingga warna roti menjadi keperangan pada suhu 180 darjah (ikut oven masing-masing tauu).
4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
5. Siap sudah. Makan cicah kopi pun sedap.. hihihi.

Korang cuba tau..

Cakk! sebelum masuk oven...

baru keluar dari oven ....




Selamat mencuba semua.!


Salam takziah buat keluarga mangsa MH17. Semuga roh mereka ditempatkan dikalangan para solehin.

#prayforMH370 #prayforMH17 #prayforGaza #prayforPalestine #prayforSyria #prayforworld



Jumpa lagi.~



Sunday, 6 July 2014

KARIPAP SARDIN

Assalamualaikum :)

Annyeong Hasaeyoo.....

Konichiwaaa.....

Jom kita cuba buat karipap.....



Sumber resepi : Aziejaya.blogspot.com ..terima kasih Sis Azie :)

KARIPAP SARDIN

Bahan-bahan untuk kulit karipap:-

1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin yang telah dicairkan
225ml air (air dari peti sejuk)
Sedikit garam

Cara membuat kulit karipap:-
1. Satukan tepung dan garam dalam bekas dan buat lubang di tengah-tengah timbunan tepung.
2. Panaskan majerin dengan api sederhana hingga mendidih. Tuangkan majerin tersebut dalam tepung tadi. Gaulkan tepung menjadi seperti serbuk roti. Kalau panas guna sudu atau senduk kemudian baru guna tangan.
3. Tuangkan air sedikit demi sedikit mengikut tahap kelembutan yang sesuai dan sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekat di tangan.
4. Simpan doh dalam peti sejuk sekejap sebelum dicanai.

***lupa nak cakap, sebelum buat doh, siapkan inti terlebih dahulu dan biarkan sejuk.

Bahan inti Sardin:-
1 tin ikan sardin
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 - 2 biji kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji cili merah - dicincang kecil/dihiris halus
Sedikit cili - ikut kepedasan yang diingini
Daun sup / daun bawang (saya tidak letak)
Garam secukupnya

Cara membuat inti Sardin:-
1. Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Hancurkan isi ikan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi, masukkan ubi kentang dan masak hingga lembut.
3. Masukkan pula isi ikan, bawang besar dan cili merah. Goreng hingga masak.
4. Akhir sekali masukkan garam dan daun bawang/ sup. Siap. Sejukkan terlebih terdahulu.
(Jika kering sangat, masukkan sedikit kuah sardin tadi)


Cara-cara menyediakan karipap:-
1. Bahagi-bahagikan doh kepada beberapa bahagian (timbang pun boleh). Canai di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. Tekap dengan acuan atau gelas (langkah ini saya tak buat, saya timbang dengan sama besar, kemudian canai.
2. Masukkan inti sardin. Tekan bahagian tepi sebelum mengelim karipap.
3. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana. Sentiasa dibalik-balik dengan perlahan.

Pekongsian petua dari Sis Azie:-
Cara menggoreng untuk mendapatkan karipap yang rangup dan tidak bergerutu.
*Panaskan minyak yang banyak, bila dah panas, tutupkan api dan masukkan karipap. Lepas itu, baru dihidupkan semula api dapur dengan kecil sahaja. Selalu dibalik-balikkan dengan berhati-hati dan goreng sehingga keemasan. Jangan isi terlalu banyak dalam satu masa. Ulang proses yang untuk kali kedia dengan tutup api terdahulu. 

Karipap yang lebih jika mahu disimpan adalah seperti berikut:-
1. Dengan menyusun di dalam dulang atau bekas yang beralaskan plastik dan simpan dalam peti ais dalam 1/2 jam. Kemudian keluarkan dan susun dalam tupperware. Boleh disimpan bertingkat-tingkat tanpa perlu meletakkan plastik lagi kerana ianya tidak akan melekat sebab kulit karipap sudah keras. Jika mahu letak plastik pun boleh juga, yang penting karipap dikeluarkan dari bekas ketika beku agar tidak melekat satu sama lain.

2. Goreng karipap separa masak dan simpan dalam freezer. Lebih cepat dan mudah semasa menggoreng kali kedua.

3. Bakar karipap di dalam oven selama lebih kurang dalam 10 minit sekadar mematikan tepung. Kemudian di simpan di dalam freezer. InsyaAllah tidak melekat semasa hendak menggoreng.






lari tajuk sikit.... kari ayam




versi sejukbeku menggunakan teknik 'kite bako je'

versi sejukbeku menggunakkan teknik menggoreng ye puan-puan
yang ini pulak, versi yang boleh 'ngappp' terus......lalalala

......saya suka karipap sardin......nyumm..nyummm

Selamat mencuba semua ya...

Happy Baking Happy Cooking.... :)

Annyeonghi..

Ilal-liqo.

Assalamualaikum (@_@)~



,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...