Wednesday 1 January 2014

RESEPI BROWNIE KAREMEL KUKUS

Assalamaualaikum :)

Salam Tahun Baru 2014!

Anyeong Hasaeyo!...

Mudah-mudahan dengan tahun yang bertambah ini, semuga ianya menjadikan kita ke arah yang lebih baik dalam segala aspek samaada duniawi mahupun ukhrawi, dan semuga tindak-tanduk kita juga semakin matang, serta semuga kita dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang tertinggi dalam mengharungi kehidupan yang mendatang yang pastinya semakin hari semakin mencabar minda dan fikizal. Amin.

Hrmm...aktiviti hari pertama di tahun baru, boleh dikatakan tiada apa-apa perubahan. Yeah...meneruskan kehidupan seperti biasa...

Mode rajin kat dapur hari ini...memulakan kerajinan di dapur hari ini dengan menanak nasi, tapi bab masak lauk-pauk ni memang hancus. Tapi, seawalnya di minda memang sudah terpatri hendak mencuba membakar ayam menggunakan oven. Tapi alkisahnya, tak tahu menahupun resepinya, sudahnya main belasah ja bahan perapannya.

Dah selesai untuk menu makanan tengahari, dalam kepala ni sudah merangka-rangka nak cuba buat kek karemel brownie. Resepinya dah lama dah, dok tersimpan. Akhirnya, permulaan tahun baru ini, aku cuba resepi baru pulak....

hasilan pertama di tahun baru 2014

Jom 'chekidaaooutt' resepinya.

RESEPI BROWNIE KAREMEL KUKUS

*sumber resepi dari grup Fb Kongsi Resepi Kek, Biskut dan Lain-lain ~Pn Azizah AR
terima kasih atas pengkongsian resepi sehingga terhasil pula dari air tangan Oh Ha-ni ~:P

Bahan A (gula hangus)
2 sudu besar gula

Cara:-
Gula ditaburkan di dalam loyang, dan dimasak atas api sederhana sehingga keperangan. Kemudian ketepikan.
Sambil itu, bolehlah dipanaskan periuk pengukus.

Bahan B (karemel)
3 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanila

Cara:-
1. Campurkan semua bahan B dalam bekas, kemudian kacau perlahan menggunakan whisk/senduk sehingga sebati.
2. Masuk adunan B ke dalam loyang yang berisi gula perang tadi.
3. Kukus selama lebih kurang 15 minit.

Bahan C (kek)
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Cara:-
1. Campurkan semua bahan C dalam bekas. Kacau sehingga sebati

Bahan D (kek)
1 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk kok
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonate

Cara:-
1. Ayakkan semua bahan D dan dicampurkan ke dalam adunan C tadi. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan adunan kek ke dalam adunan karemel yang telah dikukus tadi.
3. Setelah itu, sambung kukus sehingga selama lebih kurang 30 minit lagi atau sehingga masak.
4. Sejukkan seketika barulah diterbalikan ke dalam pinggan/dulang.
5. Dah sedia untuk dinikmati. Kalau sejukkan dulu dalam peti sejuk pun sedap. nyum nyummm....


Nak kasik pose sikit hasil lauk...dan pertama kali masak kaedah bakar dalam over...hahahaha...

**Watak utama : Ayam Sebelah & Kentang Sebiji
**Rasa : errm adik kata bolehla...huhuhuhu...jangan gelak...aku memang tak pandai masak...
aku perap guna madu+kicap+sos cili+serbuk cili+halia+bawang besar+bawang putih+rosemary kering+minyak sikit

Okeyla...selamat mencuba ya...resepi kek brownie kukus tu...aku kali pertama mencuba pun, Alhamdulillah...menjadi la juga...dalam kata lain boleh dimakan la...sedap atau kurang sedap tu...masing-masing tekak...kan kann....

Jumpa Lagi!

Insya Allah..

~annyeong~




No comments:

Post a Comment

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...