Sunday, 19 January 2014

PASSPORT KE HATYAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh :)

Annyeongg Hasaeyo... :)

Pejam celik ..pejam celik, dah dekat 2 minggu kita mengharungi tahun baru 2014. Tahun ni, macam-macam perancangan dan pelbagai angan-angan dah dirangka. Harapan agar semua rancangan dan angan terlaksana, paling tidak pun separuh darinya,

Ermm...sebenarnya bukan nak cerita pasal azam mahupun angan-angan...terlalut sekejap...

Cerita saya, walaupun ianya it's part of my angan-angan lah..tapi ianya bukanlah my dream place to visit pun...at last...saya enjoy!!!...

Travel Agency : KLIA Travel (KPH Travel Sdn Bhd)
Trip : 4H3M
Pengangkutan : Keretapi ~KTMB (katil)
Kos : RM290 untuk double ; RM360 untuk single (pengangkutan & hotel shj)
Tema : Free & Easy (maknanya makan & jenjalan sdn bhd)
Matawang : Thai Baht


Trip selama 4H3M ini kurang mendapat sambutan oleh kawan-kawan dek kerana masa lebih banyak dalam perjalanan. Tapi apa yang dapat saya simpulkan di sini, memang berbaloi-baloi. Tak terasa bosan pun dengan perjalanan malah terlalu teruja dan yang paling penting tidak memenatkan langsung, sesuai juga kalau nak bawa orang tua bersama.

Selama ini aku naik keretapi balik kampung tak pernah pulak ambil katil biasanya kerusi ja. Ini kali pertama. Pengkongsiannya, memang suatu pengalaman yang menarik dan selesa. Ermm tak kisah lah korang nak cakap aku jakun ke 'perak' ke ape ke...iyalah bukan semua orang pernah merasainya kan...kan...

boleh baca novel lagi...kebetulan lampu katil berfungsi dengan baik. Lepas tu dapat tidur dengan selesanya..Alhamdulillah :)

Perjalanan dari Stesyen Sentral Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang selama 12jam...
Kami selamat tiba di Stesyen KTM Padang Besar, Perlis pada 9.30 pagi. Selesai segala urusan dengan pihak Kastam, kami lepak-lepak dulu sambil pekena kopi kat kedai makan sementara menanti tren berikutnya untuk ke Hatyai yang mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Passport ke Hatyai
gambar beberapa minit sebelum 'touch down' di bumi Thailand ....hihihi

Hotel Aloha : 5-10 minit 'walking distance'...tengok cara jalan la...tapi hotel ni memang antara yang terdekat dengan Stesyen Keretapi. Fasiliti asas memang lengkap serta ada kemudahan Wifi Internet 

Nanti sambung ya...ngantuk!..

Jumpa nanti..InsyaAllah

Annyeong~



No comments:

Post a Comment

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...