Sunday 9 March 2014

CONGO BARS

Assalamualaikum

Annyeong Hasaeyo..

Selamat berhujung minggu. Pada pagi semalam, kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia MH370 yang dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China. Sehingga saat, saya menulis 'entry' ini, kerja pencarian dan menyelamat masih giat dilakukan baik dari kerajaan kita sendiri mahupun dari bantuan negara luar. Sama-sama kita doa kepada Allah s.w.t agar yang terbaik dan dipermudahkan segala usaha serta keselamatan para penumpang serta anak kapal. InsyaAllah.

Hari ini, pada awalnya, aku sendiri kurang perasaan untuk aktiviti 'membaking' ....

Namun, bila sudah 'menjelajah' ke alam maya (media sosial) ini... apalagi... yang kenyang pun jadi lapar, bila tengok pelbagai jenis menu yang diperagakan di 'news feed facebook'....

Sebelum aku berceloteh panjang dan mengarut, jom kita sama-sama lihat resepi yang aku dah cuba pada kali ini. 



Sumber resepi dari blog Kak Ita Masam Manis :)

CONGO BARS

Bahan-bahannya:-
315 gm tepung *
2 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam *
150 gm mentega
320 gm gula perang (saya kurangkan)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gm coklat chips
1 cawan kekacang/kelapa parut kering (ini suka hati, saya tak letak pun..)
Kepingan badam untuk taburan atas -hiasan

Langkah-langkah penyediaannya:-
-> Griskan loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak. Boleh guna loyang ukuran 13x9 atau 10x10

-> Panaskan oven pada suhu 170'C

1. Satukan bahan yang bertanda * dan ayakkan. Ketepikan.
2. Gula perang dan mentega dipukul sehingga sebati. (nak guna mixer boleh, nak guna tangan/senduk kayu pun boleh)
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung yang telah diayakkan tadi. Kacau rata. 
6. Akhir sekali masukkan coklat chip atau kekacang.
7. Masukkan adunan dalam loyang, ratakan dan boleh dihiaskan dengan taburan badam dan lebihan coklat chip
8. Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit..atau sehingga bahagian atasnya kuning keemasan. Kak Ita pesan jangan terlebih bakar, tapi saya terleka...jadi terlebih sikit.. ;(

sebelum masuk oven

inilah hasil kejadiannya... tergaring gara-gara leka.... memberi 'syarahan' kepada Siraj..kuikui... amikko





Maka. adik, kakak sekalian, marilah kita 'bercongo' daripada kita habiskan masa dengan membuat pelbagai spekulasi mahupun komen-komen yang negatif di laman-laman sosial bagi misteri kehilangan MH370. Biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka dengan tenang. Dalam keadaan begini, kita sepatutnya lebih peka terhadap perasaan kaum keluarga mangsa yang terlibat, yang sudah pastinya masih tertanya-tanya dan menanti-nanti perkembangan mutakhir tentang kehilangan pesawat tersebut.

Kepada adik yang menulis di laman twitternya, bahawa 'pergi ke Beijing adalah maksiat'. Uit!... tersentak seketika...dibuatnya...
Bila ada orang yang memberikan pelbagai komen, antara jawapannya ialah, 'maksiat yang dia maksudkan adalah terlalu umum, mata ke mata adalah maksiat, buang masa melancong adalah maksiat'.......
Lorh!... tak pernah pulak cheq tau, melancong adalah maksiat...
Adik oh adik... ni kaka nak habaq, jangan buat prasangka buruk dik!. Tak pasal-pasal kita dapat dosa percuma dengan andaian kita tu...
Kaka pernah dengar ceramah agama dalam U-tube, yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Din Al Hafiz (ceramah tajuk apa, dah lupa). Tetapi dalam ceramah tersebut Ustaz ada menyelitkan pengalaman beliau bersama isteri pergi ke Beijing. Tengok Ustaz pun pergi melancong ke luar negara, kita pergi melancong negara orang ni, sambil menyelam minum air, sambil kita melancong meluaskan pandangan dan pemikiran kita secara tidak langsung kita boleh belajar tentang budaya luar, ambil mana-mana sifat yang baik, yang buruk jadikan iktibar, disamping itu mengajar kita lebih mensyukuri nikmat yang kita kecapi di negara sendiri.

Peringatan buat diri saya dan semua, kalau kita tak mampu membicarakan hal yang baik, maka lebih baik kita berdiam diri, kerna pepatah lama ada menyebut 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. .... lidah lebih tajam dari pedang.... luka ditangan kena pisau nampak berdarah, luka di hati sebab kata-kata, siapa yang tahu.... perangai kita, kadang-kadang bila bersenda gurau selalu terlajak kata, bila orang terasa, kita menyelamatkan diri dengan berkata...itu semua gurauan...

Meh kita, jom pakat sama-sama muhasabah diri...

gambar ihsan internet 



Saya menyusun jari, minta ampun minta maaf sekiranya tulisan teguran saya membuatkan ada yang tersentuh hati.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, buruk itu dari khilaf saya sendiri.

Akhir kalam, cuba tau resepi.. chill..

Jumpa lagi..

Annyeong~n_n~




No comments:

Post a Comment

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...