~

,

Sunday, 28 September 2014

POTATO FRITTERS

Assalamualaikum semua...^^~

Annyeong Hasaeyo.........

Apa khabar semua...

Jom tengok resepi baru yang telah saya cuba di dapur comel emakku... :)




Sumber: Facebook Dapur Chomey Aleen Aireish

POTATO FRITTERS
Bahan-bahan:-
4-5 biji kentang - disagat halus memanjang
1 biji lobak merah - disagat halus memanjang **optional/pilihan
Sedikit daun bawang & daun sup - diracik halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji teluar
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit ikan bilis - ditumbuk halus **optional/pilihan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:-
1. Campurkan kesemua bahan dalam bekas, digaul rata.
2. Panaskan minyak, masukkan sesudu campuran dalam kuali dan leper-leperkan supaya nanti kentang lebih garing. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan.
3. Sedia dihidang. Enak dimakan bersama sos cili.

nyumm...

Tip:-
Untuk mendapatkan hasil seperti bersarang kurangkan tepung.











Selamat mencuba semua..

Jumpa lagi..InsyaAllah..

Assalamualaikum (@_@)

Monday, 15 September 2014

HOMEMADE PIZZA

Assalamualaikum...........

Annyeong Hasaeyoo.........

Hasil kali ini, menerima komen-komen positif....

Sedap kata mereka.....




Sumber resepi:-
Facebook: Mama Adamsufi Mazri.....terima kasih mama syer resepi-resepi yang best :)


RESEPI DOH PIZZA

2 cawan tepung high protein ( tepung gandum pun boleh)
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam (+/-)
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener ( optional )
1 sudu besar butter cair

Langkah penyediaannya :
1. Campurkan yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang masih elok akan mengeluarkan buih dan mengembang elok ), jika tidak kembang maknanya yis itu sudah rosak.. ye
2. Dalam bekas bersih, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. (Jika ada Bread Maker, hanya ikut arahan mesin BM, kalau tiada mesin uli lah menggunakan tulang empat kerat)
3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dengan kain lembab atau plastik.
4. Setelah doh mengembang/ naik sekali ganda, keluarkan dan tumbuk doh (kalau cara biasa dekat sejam juga menunggu)
5. Bahagikan doh kepada 2 dan canaikan, kemudian letak dalam loyang dan di cucuk.tekan dengan garfu, rehat kan doh sebentar dalam 10 minit
6. Bakar dalam 8 minit api atas bawah dengan suhu 160'c.
7. Kemudian, ratakan dengan sos pizza, mayonis, thousand island dan bahan-bahan topping yang lain mengikut selera masing-masing. Tuangkan sos keju atau taburkan keju parut.
8. Bakar lagi selama 20 minit atau hingga keperangan. Siap...

Boleh ngap..



contoh: cucuk dengan garfu





tudung periuk pun jadi .....asal boleh

nyum...nyumm...puashati..sendiri bikin boleh letak banyak-banyak cik olive





PIZZA SAUCE:
Bahan-bahannya:-
1 sudu besar minyak zaitun/Olive Oil ( minyak jagung pun tak pe)
1/2 cawan bawang Bombay ( cincang halus )
2 biji bawang putih
4 biji tomato ( di rendam dlm air panas sebentar untuk mudah buang kulitnya)- potong kasar/dadu
2 sudu kecil serbuk Oregano
1 tin puri tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam

Langkah-langkah penyediaan:
1. Panas minyak zaitun and tumis bawang Bombay and bawang putih hingga jadi lembut caramel.
2. Tambahkan tomato yang dah dipotong kasar tadi, didihkan sebentar kemudian tambah air dan bahan-bahan yang lain dan ddihkan hingga sedikit pekat.
Siap...adunan dapat dalam 2 botol saiz sederhana


*****Resepi Pilihan /Optional

kalau sudah tabur cheese, tak perlu lagi nak tambah sos keju...meriah sangat nanti hihihi...

RESEPI SOS KEJU
Bahan-bahannya:-
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
100g cream cheese
sedikit lada sulah
sedikit gula dan garam

Cara-cara penyediaan: 
1. Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan cream cheese. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.



RESIPI HOMEMADE SOS
Bahan-bahan:-
2 kg tomato segar dibelah *
3 inci lobak merah dipotong kecil *
1 ulas bawang besar dipotong *
4 - 6 ulas bawang putih dipotong *
4 – 5 tangkai daun selasih*
5 batang cili merah segar *
2 sudu besar gula merah / gula melaka
½ biji lemon ambil jus
1 sudu teh cuka kurma / cuka makan
1 sudu teh herba campuran seperti oregano
1 helai daun bay
Sedikit lada hitam ( kisar halus)- optional
Garam/gula secukup rasa
2 sudu besar puri tomato

Langkah penyediaannya :-
1. Masak semua bahan bertanda * dalam periuk selama lebih kurang 30 minit pada api kecil.
2. Setelah semua bahan telah lembik/hancur, panaskan pada api besar selama 15 minit.
3. Semua bahan tadi dikisar sehingga halus.
4. Panaskan pati tomato dan masukkan daun bay, gula merah, garam, lada hitam, herba campuran dan garam dan masak hingga menjadi pekat kemudian tambah tomato puri
5. Sejukkan sos yang telah masak pada suhu bilik.
6. Masukkan jus lemon dan cuka kurma. Kacau sehingga sebati.
7. Isikan dalam botol untuk simpanan.
8. Sesuai sebagai sos untuk spaghetti bolognese atau lasagna.

**sedap juga ditambah ke atas pizza... saya dah cuba...


Saya sudah, anda bila lagi...

Jadi selamat mencuba.....

Gambattee...

(@_@)~

Sunday, 7 September 2014

BROWNIES

Assalamualaikum :D...

Annyeong Hasaeyo.....



Sumber resepi :-
Syahir Sepet - terima kasih atas pekongsian ilmu dan resepi ;)

Resepi Brownies

Bahan-bahannya:-

6 sudu besar mentega
300 gm  coklat bar
300 gm coklat button
6 biji telur gred A
2 cawan gula (kalau tak suka manis, kurangkan penggunaan gula ya...lebihkan manis dalam senyum kikiki~)
2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung *
4 sudu besar serbuk koko *
secubit garam *

** bahan-bahan yang bertanda '*' perlu diayak bersama ya..


Optional : segala jenis kekacang / kismis / coklat rice / coklat chip / biskut oreo dan lain-lain ikut suka..suka-suka hati masing-masing ya. Kalau nak plain saja tanpa bahan optional pun takpe..sodap juga..

Caranya:-
1. Panaskan oven 180 darjah celsius (atau ikut kesesuaian oven masing2 ya..)
2. Griskan loyang dan alaskan dengan kertas minyak / baking paper
3. Menggunakan kaedah 'double boiler' cairkan coklat dan mentega sehingga cair
4. Masukkan gula dan kacau sebati
5. Angkat keluar mangkuk, dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil kacau sebati, kemudian masukkan esen vanila
6. Masukkan tepung yang telah diayak tadi beserta bahan optional dan gaul rata
7. Ok..tuangkan adunan dalam loyang (kalau nak tabur kat atas adunan bahan optional pun boleh)
8. Bakar lebih kurang selama 35-40 minit atau sehingga masak.








ermm resepi yang mewah dengan 'ceklat'...

nak nyumyy...gunalah bahan-bahan yang terbaik...tepuk dada; tanya selera :D


Assalamualaikum (@_@)~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...