~

,

Sunday, 27 April 2014

SUSHI aka KIMBAB

Assalamualaikum semua....

Annyeong Hasaeyo...

Alhamdulillah, yeahh! cheq berjaya buat sushi aka kimbab!

Tagline semasa: Sushi pun boleh; Kimbab pun boleh!...

Walaupun mungkin dari segi rasanya tidaklah sesedap yang ada dipasaran...yeah! apa yang penting ianya adalah buatan sendiri ...home-made okeh!!!..
Faktor rasa tu mungkin sedikit kekurangan atas sebab musabab penggunaan bahan-bahannya berkonsep apa yang ada di dapur dan apa yang jumpa di market...

Okey...let go... check-it out all the ingredient and the method of making sushi aka kimbab with my style!

Hiihihi....OME!!!..

Sumber resepi: sis Lynnhassan.blogspot.com :) tq sis.




SUSHI / KIMBAB

Bahan-bahannya:-
1 cawan beras sushi
2 cawan air

4-6 tbsp cuka sushi (kalau tiada boleh digantikan dengan apple cider heinz)
garam
gula

Cara masak nasi:-
1. Kaedah masak beras adalah seperti memasak nasi biasa.
2. Setelah nasi masak, akan dapat lebih kurang 3 cawan nasi.
3. Kemudian tambahkan 4-6 sudu besar cuka sushi, sedikit garam dan gula. Kacau. Ketepikan.

Bahan-bahan intinya:-
Crabstick  (rebus sebentar, kemudian carik-carik memanjang)
Timun jepun (potong panjang-panjang dan rendam dalam air garam sebentar)
Tuna - saya tak letak tau..
Boleh tambah lagi macam-macam seperti lobak merah, hotdog, telur goreng dadar dan lain-lain lagi ikut suka hati masing-masing.

Bahan lain:-
Seaweed

Sedikit air  (digunakan semasa proses menggulung untuk elakkan melekit )

Tikar untuk gulung.

Cara menggulung:-
1. Letakkan kepingan seaweed di atas tikar gulung.
2. Letakkan sedikit nasi.
3. Susun bahan-bahan inti tadi. Kemudian bolehlah menggulung sushi tersebut.
4. Untuk potong sushi, celupkan pisau dalam air panas (untuk kurangkan melekat serta hasil lebih kemas.
5. Siap. Boleh dihidangkan bersama sos (soya sos dan wasabe) ataupun makan macam tu sahaja.


tikar pandan terbang bawalah daku menjelajah Jepun & Korea...kikikiki~









mood terlajak rajin tahap gaban...siap buat roti lagi....cicah air teh..
tak kisahlah kombinasi mereka serasi bersama atau tidak...apa yang penting...
perut isi ; tekak puashati ; muka senyum :D

Kalau rajin cubalah, bahan-bahannya pun senang dapat...

Kalau malas, tunggu sehingga semangat rajin tu mari, pasti berbaloi-baloi....


Ilal-liqo ..

Jumpa lagi~



Sunday, 13 April 2014

Projek Roti, Cubaan kali pertama

Assalamualaikum :)

Annyeong Hasaeyo.......

#kekoreakahkite!... hihihi abaikan.. penyakit angau dah mai...

Sungguh tak ku sangka dalam mode kebosanan yang menggila, masih berlaku magik kerna oven comelku mengeluarkan penghasilan ... tadaaaa ...'home-made bread in the house'.. 

Yeah... pertama kali bikin okey!... Huh! memang melelahkan, sebab aku hanya menggunakan 'hand-mixer' sahaja. Kalau yang menguli dengan kudrat tangan, macamana la agaknya ya...

Terima kasih kepada Cikgu Asfarul atas ilmu yang diberikan. Alhamdulillah hasil tangan pertama saya bisa dinikmati oleh kami sekeluarga.


nak kenalkan nama dorang ini, ikut arah putar jam : Roti inti hotdog, yang bulat ni Roti inti daging burger (sebab hotdog dah habis) dan yang atas sekali tu Roti Manis kosong :)

Jemput makan....


Nanti aku tepek resepinya ya...

Sebenarnya sebelum roti, ada dua resepi tertunggak yang belum aku kemaskini dalam blog ini.

Terima kasih kepada yang sudi singgah sini dan mencuba resepi yang aku syer kepada korang.

Jumpa lagi....Insya Allah.

Selamat Malam, nak tidur dah.. #peringatantukdirisendiridankawansekalian jangan lupa baca doa tau. 

Annyeong..~


Sunday, 6 April 2014

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Annyeong Hasaeyo...

Apa habaq..?

Teruskan menjenguk hingga ke akhir.... :)

Makasih ya




Sumber resepi : Rahel Blogspot.com :) makasih sharing..

BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan untuk kulit tat:-

250 gm mentega (sederhana lembut)
500 gm tepung
120 gm gula icing
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk (saya letak dalam 4 sudu)

Cara-cara membuat kulit tat:-

1. Satukan tepung dengan gula icing.
2. Masukkan mentega dan digaulkan sehingga menjadi serbuk kasar.
3. Masukkan esen vanila, kuning telur dan air sejuk. Ulikan adunan sehingga menjadi doh lembut. Rehatkan doh lebih kurang 15-30 minit.
4. Bentukkan adunan tadi ke dalam acuan tat.
5. Bakar pada suhu 170'C lebih kurang selama 20 sehingga 25 minit.
6. Keluarkan dari ketuhar , kemudian dari acuannya. Ketepikan.


Bahan-bahan untuk inti Cream Cheese.:-
500 gm cream cheese
120 gm gula halus
50 gm mentega
2 biji telur
Blueberry filing secukupnya

Cara membuat inti:-
1. Masukkan blueberry dalam kulit tat tadi. Ketepikan.
2. Pukul cream cheese, mentega dan gula halus hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan ke dalam kulit tat yang berisi inti blueberry tadi.
5. **Hiasan atas ikut suka hati masing-masing.
6. Bakar lagi lebih kurang selama 15 minit.

**kalau nak buat corak... ambil sedikit adunan cheese dan warnakan. Kemudian bolehlah dilorekkan di atas cheese tadi.




purple + yellow = my favourite





mak saya suka makan yang kosong ....

hangit sikit...




Saya suka blueberry cheese tart....

Anda bagaimana??


Silalah mencuba resepi ini ...:)


tata...(@_@)~

Wednesday, 2 April 2014

KEK MINYAK

Assalamualaikum semua... (^_*)~

Annyeong Hasaeyo!...

Semalam percubaan kali pertama buat Kek Sarang Semut. Kejadian keknya kurang menjadi sarang semutnya.... takpe nanti cuba lagi!

Hari ini cuba resepi Kek Minyak yang resepinya di ambil dari Grup Facebook : Kongsi Resepi. Terima kasih kepada tuan empunya Diana Danial. Makasih ya :)

Jom chekidauuttt!



KEK MINYAK

Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung *
1 sudu teh baking powder * ayakkan bersama
5 biji telur
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu

**pewarna ikut pilihan hati :)

Langkah pembuatannya:-
1. Panaskan oven ikut oven masing-masing ya
2. Griskan loyang dan alas dengan kertas
3. Pukul telur, ovelette dan gula hingga gebu/kembang
4. Masukkan minyak dan susu, kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan tepung, kaupbalik hingga sebati.
6. Boleh tambah pewarna ikut suka hati masing-masing ya.
7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak, guna api atas bawah, 10 minit akhir saya guna api bawah sahaja. Siap :)

** boleh juga dikukus..

Sejukkan bolehlah dihidang.


sejujurnya rasanya kurang kick sikit... mungkin sebab aku kurangkan gula ...

Minggu ni hasil rasa dan kejadian kek percubaan aku kurang menyerlah.... aigooo...why...???

Next!!!.......

Oklah kita jumpa lagi ya..

Assalamualaikum & Selamat Malam..



Tuesday, 1 April 2014

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum....

Annyeong Hasaeyo.....

Apa khabar....

Dah lama tak berekperimen dengan mencuba resepi-resepi terkumpul. Ini bukan faktor tahap kemalasan yang menggunung tapi dek kerana kawasan rumah cheq terlibat dengan catuan air...

Karang kalau diteruskan juga agenda ekperimen, mau menyanyi rap mak aku...hihihi, mana tidaknya dia pun malas nak memasak sebab nak kurangkan penggunaan periuk belanga, aku pulak yang mengada-ngada telebih rajin...kuikui....

Biasanya kalau hari biasa jarang aku hendak merajinkan diri melakukan ujikaji, tapi dek kerana teringin lah sangat nak makan kek ni...ku gagahi jua......

Sebenarnya dah lama aku dok 'usha' resepi tapi masa belum tiba...

Kini masanya telah tiba...terima kasih kepada Kak Emma (kawan facebook) sebab sudi 'sharing' resepi yang boleh saya cuba...

Korang meh la jemput tengok resepi Kek Sarang Semut. Mak aku panggil Kek Gula Hangus.



hasil percubaan kali pertama...kejadian sarang semutnya kurang...berlubang-lubang di permukaan sahaja... aigooo..ottokae.. tak pasti tang mana yang silap...


Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus

Bahan A
1 cawan gula (kalau tak mau manis, kurangkan ya)
1 cawan air
1 sudu besar majerin

Bahan B
1 cawan telur
1 cawan susu pekat

Bahan C
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bikarbonate
* kedua bahan ini diayakkan bersama

Langkah-langkah pembuatan:-
1. BAHAN A :Gorengkan gula (proses seperti nak hanguskan gula). Apabila gula sudah perang, masukkan air, dan biarkan ianya mencair dengan api perlahan. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan majerin dan biarkan sehingga benar-benar sejuk.
2. BAHAN B : Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga kembang. (aku tak pakai mixer). Kemudian masukkan susu dan pukul pelahan.
3. BAHAN C :  Masukkan tepung ke dalam adunan telur tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan A (gula hangus) ke dalam adunan tepung, kacau perlahan, sekadar serata dalam adunan.
5. Biarkan adunan (perapkan) selama 2 hingga 4 jam. (note Kak Emma: kena perapkan sekurang-kurangnya dua (2)jam, jangan kurang dari dua jam dan jangan lebih dari 4 jam., aku follow ja..aku buat ngam-ngam 2jam)
6. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah dengan api atas dan bawah.
7. Lenserkan acuan dengan majerin dan alaskan dengan kertas. Tuangkan adunan dan bakar dengan api bawah sahaja selama 45minit. Kemudian 10 minit berikut guna api atas sahaja.
8. Siap. Sejukkan.

~huhuhu
relak..relak..!..nanti cuba lagi :(
Hasil keluaran aku kurang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, kalau korang nak mencuba resepi ni cuba la ye. Hasilnya tidaklah sampai tidak boleh di makan. Cuma kejadian sarang semutnya tidak berapa menjadi. Rupa paras kek hasil buatan Kak Emma cantik saja, mungkin aku ada salah teknik tang mana-mana kot...tapi yang pastinya bukan salah ibu mengandung, bukan juga salah si tangan kidal.. ~ngee~


Aza aza figthing!!!!.....

Gambatte... Oh-Hani!!!!...

Jumpa lagi.

Assalamualaikum (✿◠‿◠)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...