Sunday, 25 August 2013

SAGU GULA MELAKA

Assalamualaikum ...^^~

Annyeong Hasaeyo....apa khabar....masih dalam mood raya ka semua :)

Hat mana yang tinggai pose ritu, dah mula mengganti ka...

Saya sudah...anda bila lagi..hihihii (tapi tak habis lagi...)

Biasalah...bila masa kita berpuasa tu....mula la mai selera macam-macam. Hat yang tak pernah makan, pun secara tiba-tiba dok teringin. Kalau setakat teringin saja takpa lah....ni teringin mengalahkan ibu mengandung yang mengidam..tidak dapat tidak..mesti dapatkan jua..

Hrmm...akulah tu!....

Apalagi...menggodam lah..di internet mencari sumber-sumber rujukan...lagi la menitis ayaq liuq..

Akhirnya...impian aku hari ini terlaksana....Alhamdulillah..dengan izinNya jua.

Meh! nak sharing is caring resepi yang aku dok teringin sangat tu...

Nama si pemilik yang buat aku cair tu ....Cik Sagu Si gula Melaka.. :)

pertama kali rasa..bedesup! terus jatuh cinta..
ini adalah hasil buahtangan member - Hafiz FeelingGood.. sedap sedap

Resepinya :-

~Sagu Gula Melaka~
Sumber : Rahel Blogspot (terima kasih :) atas perkongsian ^^~

Bahan-Bahan:-
300 gm biji sagu warna putih
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan (dihiris dan dikisar, ditapis untuk ambil jusnya)

Bahan Sirap Gula:-
1 ketul gula melaka (dipotong nipis)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
*(campurkan semua bahan dalam periuk, masak gula hingga larut dan pekat. Tapis dan sejukkan. Siap!)

Bahan Kuah Santan:-
1 cawan pati santan + 1/2 camca teh garam
@ atau
boleh gantikan dengan susu cair @ susu sejat

OK. Cara untuk memasak sagu :-
1. Didihkan air, masukkan jus pandan dan pewarna tadi. Cuci sagu sekejap dan masukkan ke dalam air mendidih.
2. Masak sagu hingga semuanya jernih. Tutup api dan biarkan sekejap (dalam 2-3 minit).
3. Angkat sagu dan toskan. Cuci sagu di bawah air yang mengalir (untuk buang kanjinya).
4. Toskan dan isikan sagu tadi dalam bekas atau acuan kesukaan anda...suka suka hatilah..
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang selama 1 1/2 jam.

Cara Menghidang :-
1. Masukkan sagu dalam mangkuk atau cawan, kemudian letakkan sirap gula diikuti dengan santan atau susu.
2. Nah! dah siap....layannn....
* cara hidang ikutlah kreativiti masing-masing ye.

nyum..nyumm....sejuk rasa tekakku ini.... ^^~

Cuba tau...jangan tak cuba..hasilnya pasti nyaman. Jadi tak jadi, sedap tak sedap, belakang kira, janji dah mencuba....

Selamat mencuba...!

Annyeong!

Ilal-liqo..^^~

No comments:

Post a Comment

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...