Sunday 24 February 2013

KEK CAWAN BALDU a.k.a RED VELVET CUPPY CAKES

Jom Hi-tea ....tapi air nescafe la....kikiki

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Salam sejahtera, harap semua dalam keadaan sihat dan ceria serta senyum sokmo ^_^

Dah lama tak update....dek kerna 'ke-buzy-an' melanda kehidupan sejak akhir-akhir ini. Lepaih tu pulak, asik dok entry resepi ja....kikikiki... itu pulak dek kerna kegilaan 'mem-baking' menerjah perasaan. Tudia, amik kau, merosakkan perbendaharaan kata, kosa kata dan tatabahasa Malaysia.

Kali ini, nak sharing resepi yang saya ambil dari rakan facebook.

Dah lama, sebenarnya berhajat nak menerai buat kek ini, tapi macam biasa la, untuk cubaan kali pertama, mesti ada sedikit perasaan cuak dan nebes. Bukan apa, bila dihayati dan diteliti senarai bahan-bahan serta langkah-langkah pembuatan, ermm rasa sedikit fobia...(teringat kenangan lama)..panjang nak story..;)

Meh tengok bahan dan cara membuatnya ye :)



Sumber: Facebook Sue Aleen
Sumber: Blog Citarasawan (kakwan)

Kek Cawan Baldu a.k.a Red Velvet Cuppy Cakes
A (bahan untuk di ayakkan bersama)
250gm tepung kek
1 tsp baking powder
1 tsp garam
2 tsp serbuk koko

B -Buttermilk
240 ml buttermilk (ataupun buat sendiri 240ml susu cair + 1 tsp cuka / air perahan lemon, biarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah (dicampurkan ke dalam buttermilk)

C: 113gm mentega
300gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanila

D: 1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega selama 2 minit
2. Masuk gula kastor, pukul  lagi 3 minit
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian esen vanila
4. Masukkan A dan B berselang seli. (mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung)
5. Dalam bekas kecil, bahan D (curahkan cuka ke atas baking soda). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam adunan. Kacau.
6. Masukkan ke dalam bekas kek cawan dan bakar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak pada suhu 175 darjah.
7. Sejukkan, kemudian barulah dihiaskan dengan cream frosting.

Cream Frosting (blog kak wan -citarasawan)
200 gm cream cheese
30 gm mentega
80gm gula icing (diayak)
1 tsp esen vanila
pewarna (pilihan- tak nak letak pewarna pun takpa)

1. Pukul cream cheese dan mentega hingga rata
2. Masukkan gula icing dan esen. Kacau rata
3. Kalau nak letak pewarna, letakkan pewarna dan gaul rata.
4. Dah siap.  :) . Boleh la hiaskan atas kek cawan ikut kreativiti masing-masing




Nak story sikit la... rupa-rupanya resepi kek velvet ni kat facebook Sue Aleen untuk bakar dalam loyang ...hihihihii (ni gara-gara sambil buat sambil berlari-lari tengok resepi kat laptop)... maka hasil pengeluaran kek cawan pun banyak ler.. sampai 34 biji..hahahaha makan sampai lebam.

So, kalau nak cuba dulu satu adunan yang hasil dalam 9 ke 12 biji kek cawan, jangan ragu-ragu singgah ke blog kak wan Citarasawan.

Kesimpulannya, output saya kali, ermmm boleh la kalau nak makan sendiri...kalau nak sedap lagi.kena .."practice make perfect" dan kena berguru, baru la lebih afdal...hehehe. Nak lagi senang, mudah, jimat masa dan tenaga....order sahaja... ^_^.


Kamsahamnida kerna sudi singgah sini^_^
Annyeong ~

4 comments:

  1. Hey there just wanted to give you a quick heads up. The words
    in your content seem to be running off the screen in Opera.
    I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I'd post to let you know.
    The layout look great though! Hope you get the issue resolved soon.

    Kudos

    Have a look at my website Techscape.Co
    Also see my page > bathroom Tiles

    ReplyDelete
  2. sayangggg...plss...i still mengidam tapi takut nak buat sbb ade peristiwa pahit yg mungkin akan berulanggggg...waaaaaaaaa...mengidam dari air tangan oh ha nii....

    ReplyDelete
  3. emmakitty....
    cer story peristiwa pahit hok mano satu...
    nak air tangan sekejap ja...esok boh air..cheq rendam tangan naaa....zassss jadi lah air tangan...
    InsyaAllah ada rezki tak kemana....tapi xpandai buat sangat...cam knab sedap

    ReplyDelete

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...