Annyeong Hasaeyo!... nak cerita tentang Siam, tapi asyik dok annyeong hasaeyo.....ala takpe la, kasi la can sikit nak 'feeling' pasal Korea.
Sawadi-kha..
Khop Khun Kha kepada yang sudi singgah ke sini dan sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini..
Okey, nak sambung cerita sebelum ini...selepas kami 'check-in' hotel dan selesai segala perkara yang wajib dan dah wangi, bermulalah episod pengembaraan 'free and easy'. Yeah!.
Pada mulanya, kami berjanji dengan dua orang rakan baru yang turut menyertai trip tersebut. Tapi akhirnya, kami bergerak bertiga jua kerana yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Rupa-rupanya, mereka pergi makan dulu..
Sebelum itu, ketua trip iaitu En Azhar sudah memaklumkan kepada kami, beberapa tempat-tempat menarik untuk dilawati serta turut memaklumkan sekiranya kami bergerak menaiki kenderaan yang di panggil 'tut-tut' tambangnya 20 Baht seorang...tak perlu lagi nak bertanya-tanya bagai..katanya.
Kalau perancangan awal, kami nak terus terjah ke 'Floating Market' sahaja. Sebaik sahaja mendapat 'tut-tut', pemandunya mencadangkan kepada kami untuk pergi ke beberapa tempat. Kira macam hari itu kami sewa khidmat dia lah sebagai pemandu pelancong...apalagi kami pusing satu Hatyai kot..hihihi... teringat lagi dia cakap 'saya service kamu', lebih kurang gitulah ayatnya..walaupun dalam ketidak fasihan dia berbahasa Melayu.
Jom ronda!
Lokasi Pertama ialah Ice Dome.
Memang sejuk kat dalam tu...kami diberikan jaket dan sarung tangan...grrrrrrrrr..sejuk!!!
tiket masuk ke Ice Dome Hatyai!....yeah! kena bayar tau bukan percuma ya..untuk dewasa 300 Baht untuk kanak2 aku tak perasan la pulak..hihihi |
dari luar lagi aku dah teruja tengok benda-benda camgini...so cute..! |
pemandangan di luar Ice Dome..tak naik pun bas tu...almaklumlah...ada beberapa lokasi lagi menunggu 'terjahan' kami :) ; cam comel ja..cam suka ja tengok budak-budak sekolah tu... |
Destinasi berikutnya,....cer teka cer teka...kikikiki~... kita ke Chang Puak Camp.
Pertama kali dalam hidup, tak disangka-sangka, dulu pernah baca majalah Libur, aku teringin nak pergi Kuala Gandah, nak cuba beranikan diri naik gajah.. akhirnya terlaksana di bumi Siam ini, walaupun pada awalnya aku tak berani, ini benar-benar serius okey!... (tahu tahap keberanian diri)..terima kasih kawan-kawan saya yang menyokong..kikiki~
Chang Puak Camp |
panorama ketika menaiki sang gajah |
kalau nak makan...hati-hati sikit ya.. |
trademark Samila Beach, Songkla, Thailand. |
Penjelajahan seterusnya ke Floating Market. Walaubagaimanapun, sebelum itu pemandu aka tour guide kami membawa kami ronda-ronda melihat rupa bumi Hatyai ini. Katanya 'i services u' hahahaha.....
Kami di bawa menaiki ferry untuk ke seberang dan seterus menaiki jambatan. Jauh jugalah perjalanan kami untuk ke Floating Market.
meronda sakan .... |
Sudah puas ronda-ronda 'makan angin' melihat suasana petang, akhirnya sampai jua ke destinasi berikutnya, iaitu Klonghae Floating Market. Apa yang dapat aku rumuskan, floating marketnya tidak lah terlalu panjang. Biasa-biasa aja, tidak seperti yang aku bayangkan, mungkin ada peringkat penambah-baikkan, sebab jambatannya kiri-kanan masih dalam pembinaan. Walau apapun memang enjoy!...ye la kan dapat jenjalan tempat orang sambil kita bermuhasabah diri, menghayati keindahan bumi ciptaan Maha Esa. Allahu Akbar. Syukur dengan apa yang telah dinikmati selama ini.
Nak cerita banyak-banyak pun aku tak pandai sangat, korang hayati antara gambar-gambar yang sempat aku 'snap'....biarlah gambar berbicara...cewah!
gambar bawah: pelbagai spesis serangga goreng-gorengan |
gambar atas: jambatan yang masih dalam pembinaan di bahagian kiri dan kanan jalan gambar bawah: inilah Klonghae Floating Market Hatyai.....! yeah! saya dah sampai sini... |
Soon Tomyam seafood aku punye... ;) |
jenjalan kat bahagian atasnya, tetiba mata rabun aku tertancap pada benda alah ni... ermmm gile jap ngan benda kuning tu....sebbaik minda ok.. |
Pada awalnya, kami punya perancangan selepas Floating Market, konon-kononnya hendak ke Asean Market (Poet Tai). Tetapi dek kerana pemandu kami cakap dia hantar saja tapi tak tunggu, akhirnya ke hotel sajalah....aktiviti hari pertama disudahi sesi mengurut (hah! korang jangan fikiran kuning ja tau). Huh! jangan tak tahu, kalau pergi mana-mana mestilah ada aktiviti ni...tapi macam biasa aku seorang saja la yang terkecuali. Best ke urut tu...ntahlah dorang kata best dan relax.
Kali ini sesi mengurut dorang minta ke bilik hotel, jadi aktiviti aku pulak.......
Skodeng gambar bawah ni... :)
Lama jugala sesi mengurut tu, sebab yang seorang tu amik full body, jadi lama la sikit.
Akupun mata masa tu dah takleh nak tahan lagi...
Seusai selesai ja sesi dorang, akhirnya...fuh! lega...penantian itu...........fill in blank ;)
Bebola mata aku 'orak tahan lagi',... masuk bilik terus destinasi akhir akhir malam tu tak lain tak bukan katil!... apalagi letak ja kepala rasanya terlelap terus. zzzZZZZ.....
nanti sambung ~
Jumpa lagi..
Annyeong~
(✿◠‿◠)
tq info..sangat berguna
ReplyDelete