Tuesday, 1 April 2014

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum....

Annyeong Hasaeyo.....

Apa khabar....

Dah lama tak berekperimen dengan mencuba resepi-resepi terkumpul. Ini bukan faktor tahap kemalasan yang menggunung tapi dek kerana kawasan rumah cheq terlibat dengan catuan air...

Karang kalau diteruskan juga agenda ekperimen, mau menyanyi rap mak aku...hihihi, mana tidaknya dia pun malas nak memasak sebab nak kurangkan penggunaan periuk belanga, aku pulak yang mengada-ngada telebih rajin...kuikui....

Biasanya kalau hari biasa jarang aku hendak merajinkan diri melakukan ujikaji, tapi dek kerana teringin lah sangat nak makan kek ni...ku gagahi jua......

Sebenarnya dah lama aku dok 'usha' resepi tapi masa belum tiba...

Kini masanya telah tiba...terima kasih kepada Kak Emma (kawan facebook) sebab sudi 'sharing' resepi yang boleh saya cuba...

Korang meh la jemput tengok resepi Kek Sarang Semut. Mak aku panggil Kek Gula Hangus.



hasil percubaan kali pertama...kejadian sarang semutnya kurang...berlubang-lubang di permukaan sahaja... aigooo..ottokae.. tak pasti tang mana yang silap...


Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus

Bahan A
1 cawan gula (kalau tak mau manis, kurangkan ya)
1 cawan air
1 sudu besar majerin

Bahan B
1 cawan telur
1 cawan susu pekat

Bahan C
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bikarbonate
* kedua bahan ini diayakkan bersama

Langkah-langkah pembuatan:-
1. BAHAN A :Gorengkan gula (proses seperti nak hanguskan gula). Apabila gula sudah perang, masukkan air, dan biarkan ianya mencair dengan api perlahan. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan majerin dan biarkan sehingga benar-benar sejuk.
2. BAHAN B : Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga kembang. (aku tak pakai mixer). Kemudian masukkan susu dan pukul pelahan.
3. BAHAN C :  Masukkan tepung ke dalam adunan telur tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan A (gula hangus) ke dalam adunan tepung, kacau perlahan, sekadar serata dalam adunan.
5. Biarkan adunan (perapkan) selama 2 hingga 4 jam. (note Kak Emma: kena perapkan sekurang-kurangnya dua (2)jam, jangan kurang dari dua jam dan jangan lebih dari 4 jam., aku follow ja..aku buat ngam-ngam 2jam)
6. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah dengan api atas dan bawah.
7. Lenserkan acuan dengan majerin dan alaskan dengan kertas. Tuangkan adunan dan bakar dengan api bawah sahaja selama 45minit. Kemudian 10 minit berikut guna api atas sahaja.
8. Siap. Sejukkan.

~huhuhu
relak..relak..!..nanti cuba lagi :(
Hasil keluaran aku kurang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, kalau korang nak mencuba resepi ni cuba la ye. Hasilnya tidaklah sampai tidak boleh di makan. Cuma kejadian sarang semutnya tidak berapa menjadi. Rupa paras kek hasil buatan Kak Emma cantik saja, mungkin aku ada salah teknik tang mana-mana kot...tapi yang pastinya bukan salah ibu mengandung, bukan juga salah si tangan kidal.. ~ngee~


Aza aza figthing!!!!.....

Gambatte... Oh-Hani!!!!...

Jumpa lagi.

Assalamualaikum (✿◠‿◠)


No comments:

Post a Comment

,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...