Annyeong Hasaeyo... ^^~
Apa khabar? Semuga kita diberikan kesihatan yang baik agar kita dapat mempertingkatkan lagi amalan kita sebelum kembali kepada-Nya.
Sudah lama saya tak 'berpavlova'. Dulu pernah buat tapi hasilannya tidak berapa menjadi. Kecewa..ya sudah pasti kecewa, seperti tidak mahu bikin pavlova lagi. Tapi keinginan mengatasi segalanya.
Akhirnya hari ni, mood pavlova kembali terjalin...kikiki~
Jom tengok resepinya.
Sumber resepi : dari Kak Azlita Masam Manis, terima kasih kak atas pengkongsian resepi :)
PAVLOVA CIK PURPLE
Bahan-bahannya:-
4 biji telur putih
1 cawan gula halus (kak Ita kurangkan 3/4 cawan, saya pun sama)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan
Bahan hiasan:-
Whipping Cream
Buah-buahan ~ikut suka
Jem ~ ikut suka
*hiasan ikut suka hampa la macamana pun, ikut kreativiti masing-masing
Cara membuat Pavlova Cik Purple kita:-
Loyang/Oven
1. Sediakan loyang dan baking paper.
2. Lorekkan corak bulat dan terbalikkan kertas. (masa ini ikut kreativiti masing-masing ya)
3. Panaskan oven pada suhu 170'C. Tetapi nanti bila dah masukkan adunan pavlova, suhu diturunkan kepada 100-120'C.
Pavlova
*Rasanya semua orang pasti tahu kalau nak buat pavlova kena pastikan bekas yang digunakan bersih dari kotoran dan air.
* Putih telur juga kena pastikan tiada langsung kuning telur tau :)
1. Dalam bekas bersih, pukul putih telur dengan kelajuan maksima sehingga gebu.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kental.
3. Masukkan tepung jagung.
4. Dengan gunakan spatula/senduk masuk esen dan cuka dan kacau. Kaup balik.
5. Letakkan adunan di atas kertas yang kita dah tandakan bulatan tadi. (pastikan adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.
6. Masukkan pavlova dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan turunkan suhu kepada 100-120'C. Bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan kering dan keras.
7. Selepas itu, tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan merenggangkan sedikit pintu oven sehingga sejuk dan kering sepenuhnya.
Hiasan:
1. Pukul whipping krim sehingga kental dah letakkan di atas pavlova seterusnya bolehlah dihias mengikut citarasa masing-masing.
2.Siap untuk dijamu atau disejuk terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment