Annyeong Hasaeyo.... ^^~
Gara-gara teringin yang amat, alang-alang mak nak keluar beli barang dapur, kirim sekali bahan utama itu....
Cabaran betul, hampir-hampir memadamkan semangat yang membara, mana tidaknya bahan utama dapat walaupun hanya 2 ketul sahaja, malang pula bahan sampingan pulak 'sik' ada...
Suruh...... pulak adik ke kedai...
Alhamdulillah, tercapai jua...
Brop brek brop brek...di atas tadi bukannya apa, semenjak dua menjak ini, 'newfeed' facebook dipenuhi dengan si dia yang mengecurkan ayaq liuq cheq la...
Jom chekidaut.....siapakah dia?
tadaaaa..... |
sumber resepi: facebook (tiada nama empunya resepi, saya dapat screenshoot sahaja, walauapapun terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi ini) ..
JERUK MANGGA ASAM BOI
Bahan-bahannya:-
2 biji Mangga Muda
10-15 biji Asam Boi
1 cwn Gula (anggaran)
Garam secukup rasa
Cili padi dipotong kecil (ikut pedas - 5,6 biji)
Cara-caranya:-
** sukatnya agak-agak saja ya, resepi ini sebagai 'guide'..
1. Kupas dan potong kecil-kecil mangga. Cuci mangga tadi dan toskan hingga airnya agak kering.
2. Campurkan bahan-bahan lain tadi, kemudian gaul rata.
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 4-5jam.
Siap...
Mode: masih menunggu si dia yang kini masih berada dalam 'bilik' sejuk. Harapnya hasilnya tak mengecewakan penantian ku ini... :)
InsyaAllah, kalau ada rezki, kita 'update' gambar 'output'.. nya ya..
Awak-awak semua selamat mencuba ...
Gambatte...
Jumpa Lagi (@_@)~
No comments:
Post a Comment