Salam Sejahtera..
sambungan dari hari pertama di Bukit Tingi
Lepas rehat-rehat dan golek-golek ....shopping journey bersambung lagi.... humangggaii...
Alhamdulillah setakat ini, masih berjaya mengawal hawa nafsu perempuanku...hahahahaha
Yeahhhh!!! makan time.....is my time hihihihi
Aktiviti makan-makan adalah konsep sendirian berhad ye, tidak termasuk dalam package kecuali breakfast only...
Kedai makan ni (opsss3x lupa kat sini panggil Rumah Makan), terletak berhampiran ja dengan hotel tempat kitaorang menginap....banyak gerai-gerai makan kat situ..tapi cam biaasa la...kena hati-hati sikit la...
Sebelum itu, nak habaq sikit, menurut kata pemandu pelancung kami, majoriti penduduk di Bukit Tinggi ini adalah beragama Islam, makanya tidak perlu ragu-ragu tentang kehalalan sesuatu makanan itu, namun bagi saya sendiri, sementelah lagi kita berada di tempat orang, makanya seharusnya ada sikap ambil tahu dan hati-hati sikit la...tengok dulu persekitaran dia serta isi kandungan menunya dan para pengujungnya...kerna mencari yang halal itu fardhu..InsyaAllah.
antara menu ;))) |
gambar yang atas sekali : Sup Buah ;) |
Hari Kedua
Aktiviti hari ini lebih kepada sight-seeing... yihaaaa!!! saya suka! saya suka! saya suka! (sambil ajuk suara mei mei dalam cerita upin ipin)...the best part is.. hari ini, permandangan-pemandangan yang dilalui sungguh-sungguh segar...ermmm soooo refreshinggg, .... ku lihat hijauu....
Subhanallah indah dan tenang mata memandang....
Selama ini pernah tengok kat astro Oasis, segmen zikir-zikir yang ada pemandangan-pemandangan semulajadi yang indah, rupa-rupanya di sini...Alhamdulillah...dapat melihatnya secara langsung... ;)
Antara pemandangan dan gambar yang sempat diambil dalam perjalanan menuju ke Istana Pagar Ruyung..
Sebelum itu, aktiviti shopping pagi tetap ada...hahaha, kami singgah sebentar di sebuah penempatan yang rata-rata signboardnya ditulis 'Pandai Sikek'....
Jeng...jeng...jeng ...dan akhirnya, di sini saya telah tergolong dalam peserta membeli belah pada kali ini....hahahaha, ala beli travel telekung saja pun.....tapi sampai hari ini tidak pernah digunakan. Mungkin sebab material dia terlampau ringan serta saiz agak kecil, jadi tak yakin kot nak guna..simpan sahaja laaa dalam gobok....
Selain itu, saya ada beli sagu bakar.....sedapp
Cantik... sawah padi depa stail lain sikit...bertingkat-tingkat... |
perjalanan ke Istana....mata dijamu dengan pemandangan alam semula jadi yang indah |
Istana Basa Pagar Ruyung |
suka tengok :) bertingkat-tingkat |
Dari Istana, kami berhenti rehat untuk mamamm dulu...
berbaloi-baloi duduk dalam bas yang agak sempit tu, tempat makan cantik sungguh, berselera semuanya makan, boleh pilih style nak duduk makan lagi ....nak ala ala kampung duduk bersimpuh ada, nak duduk kat kerusi macam biasa pun ada...
Pondok Flora |
see...@ Pondok Flora .....purple colour...i loike.... |
Mango Juice...memang piorrr...terbaiikkk |
amboiiii dan lagi depa menyopingg lepaih makan... |
Lepas ni, perjalanan diteruskan ke tempat pembuatan kopi dan produk-produk kampung. Permandangan kat sini memang cantik.
Lupa nak bagitau, kalau rasa nak ke tandas tu baik buat persediaan awal ye. Sebabnya, kalau yang jenis rasa nakkkk 'tut' dan tak boleh tahan-tahan bahaya...hahahah bukan apa jalannya kecil dan berbukit (namapun bukit tinggi ;), tak boleh main berhenti ja, kena cari port sesuai, lain la kalau korang naik motorsikal...
ok jumpa lagi daaaaa
bersambung ... --->>>tempat kopi..& Jam Gadang
No comments:
Post a Comment