Salam Sejahtera.
Annyeong Hasaeyo.
Ohaiyo Gozaimas..(@_@)~
Sebenarnya dah lama dah mengidam nak makan kek caremel ni...setelah melihat posting-posting di facebook oleh member yang berniaga kek dan cookies ni....
Nak mengordernye pulak jauh .....
Terjumpa pulak resepi dia...baca punya baca..kos dia pun x mahai sangat...tapi tu la...berjanggut...baru nak mencoba...
Ini pun sabit ...asik dok teringat-ingat...macam kek tu pernah pesan ja..-kenang daku dalam doamu...agaknya tu asik dok teringat tu...
Akhirnya..hari ini berjaya, memecahkan tembok kemalasan dalam diri ini..disamping keinginan yang tinggi untuk menikmati kek karemel ini...
Sumber resepi ini dari facebook fanpage Resepi Bonda..boleh like la page tu..
Ok ..kat sini saya sharing resepi tersebut.
♥♥♥Kek Karemel♥♥♥
Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula
Caranya:
*Letakkan/taburkan gula dalam loyang
*Masak atas api yang kecil sehingga perang (kemudian ketepikan)
Bahan B (Puding Karemel)
1/2 tin susu cair/F&N
3 biji telur kuning
1/2 cawan gula
sedikit Esen Vanila
Caranya:
*Campurkan kesemua bahan B
*Kacau sehingga sebati
*Tapis dan tuang ke dalam loyang (gula hangus tadi)
Bahan C (Kek)
3 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Caranya:-
*Pukul kuning telur bersama dengan gula sehingga berkrim
*Masukkan air dan minyak masak, pukul lagi hingga sebati
*Masukkan tepung bersama baking powder sedikit demi sedikit, dan pukul hingga rata dan sebati
Bahan D (Meringue)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil cream of tartar
Caranya:
*Campurkan semua bahan D, pukul hingga betul-betul kembang (sehingga bila diterbalikkan ianya tidak jatuh)
Bahan E (Pewarna)
pewarna ikut masing-masing (suka suka hati lahh... hihi chef ammar)
Langkah seterusnya:-
*Campurkan bahan D ke dalam bahan C, kemudian kacau hingga sebati (guna senduk )
*Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut kesukaan
*Kemudian, sendukkan adunan itu ke dalam loyang berisi gula hangus tadi (secara berselang seli ikut warna kesukaan) sehinggalah adunan habis
*Bakar secara double boil (Letak air panas dalam dulang, kemudian letak loyang adunan ke dalam air panas )
* Bakaar selama 1 jam (guna api bawah sahaja)
* Bila dah masak, biarkan pintu oven terbuka sedikit dan biarkan sebentar (kek akan lekang)
* Terbalikkan kek, biarkan sejuk seketika, kemudian simpan dalam peti sejuk.
* Lepas tu boleh la ngappppp.....hihihi
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
sebelum dibakar.....♥♥♥ |
dalam oven..dup dap dup dap...debaran menunggu hasil pertama |
selepas diterbalikkan...cam lembik sikit...ker memang dia jenis lembik...tak sure |
Pose sikit (@_@) sebelum ngap... makan sejuk-sejuk dappp oooooo |
kengkawan...ape lagi...cube laaa try test....
oke la...Syukran..Ilal-liqo'
Kamsahamida..Annyeong hasaeyo...hihi tu pun je yg tau♥♥♥
No comments:
Post a Comment