Bismillah.
Annyeong Hasaeyoooooo! (sambil lambai kedua tangan..hahahaha!)
Terujaaaa..pastinya...Yeah!
Impian sebenar adalah negara matahari terbit, walaubagaimanapun....here...i come to uuuu K.O.R.E.A!.
Hey! bukan senang tau, jenuh saya mengikat perut tau untuk merealisasikan impian ke sini dengan budgetnya yang boleh agak-agak memuflisinkan saya setiap bulan.
Masihku ingat lagi, bila mana pertama kali, menyuarakan hasrat hati kepada mak. 'Lebih baik, pergi Umrah!' ..itulah kata-kata yang terbit dari mulut mungil mak tu, selepas mendengar $$RM yang perlu dikeluarkan untuk ke negara yang popular dengan lagu "oppa gannam style". hihihi
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Berkat kata-kata yang keluar dari mulut mak dan kebetulan, mungkin dari niat mendaftarkan haji dan bukakan akaun Tabung Haji untuk mak dan abah, dengan tidak di sangka-sangka, rezki bulan jatuh ke riba, nama saya terpilih untuk mengerjakan Umrah di tempat saya bekerja. Syukur, dengan rezki itu, kami telah ke sana. Zippp mulut mak sama :))))
Balik dari Umrah, perlu bertungkus-lumus untuk mengumpul semula dana untuk Korea pula. Ehhh! bukannya ape...mana boleh cancel nama, sebab nama dah berikan kepada travel agency dan dah bayar deposit, lagipun program ni dah dirancangkan setahun yang lalu...ayattt tuu!!!
'Jadi..maka Jadilah'...Korea menungguku...sadis sungguhhh ♥♥♥
Cer cita sikit~
♥♥♥Rombongan K.Nora ;) (sempena nama di bas)
♥♥♥Seoul, South Korea ♥
♥♥♥6H5M
♥♥♥Air Asia X - lebih kurang 6jam
♥♥♥Travel agent : Easy Travel & Tour Sdn Bhd (our Tourist Guide : Ms Gina)
♥♥♥RM3K++ (tidak termasuk duit shopping ;D )
♥♥♥Matawang : Won (1000w = +-RM3)
♥♥♥4 Musim (Spring, Summer, Autumn, Winter)
♥♥♥perbezaan waktu (Korea awal sejam dari kita)
Matawang yang digunakan WON dan USD |
Pagi bersejarah itu, nyaris-nyaris terlepas peluang untuk ke Korea. huhuuhhu! terbangun lambatttt...tidak sedarkan diri, gara-garas last minit packing barang, macam tu la jadinya. Memang sadisss sangat. Apa lagi kelam kelibut la, bersiap seadanya. Hendak dipanjangkan cerita pulak, kereta adik pulak buat hal, terpaksalah pergi naik tren sampai ke KL Sentral, kemudian tukar naik KLIA Transit. Pepagi buta yang hening ini, dah macam masuk Xplore-race dah rasanya. Berlari-lari, terkejar-kejar.
Keluar semua peluh jantan betina, degupan jantung toksah katalah...normal ke tak, berapa kilo sejam pun tak tau, tak dan kira dah. Lepas tu sepatutnya, berhenti di Salak Tinggi untuk naik bas ke LCCT, tapi pi terlajak sampai KLIA pulak dahhh. Adoyaiii macam-macam.
'Bikin panas' kat diri sendiri pepagi nih!.
Takpa, cool down babeh! (sambil memotivasikan diri sendiri masa tu ), dan sambil tidak mempraktikkan kata bidalan 'malu bertanya sesat jalan', perjalanan ke LCCT diteruskan dengan menaiki cab. Tambang RM42 dari KLIA ke LCCT. Takpe la janji sampai. Cabaran sungguh untuk ke Korea ni. Maluuuuuu ..huwaaaaa..saya orang terakhir sampai. Tapi kawan-kawan dah tolong check-in kan.
Yeahhh!...finally i'm here..
Alhamdulillah, selamat tiba di bumi Korea pada jam 5:00 petang waktu tempatan.
gambar kecil: Incheon International Airport ;))) |
Sunset view ~hari pertama di Korea ;))) |
Okey, untuk hari pertama ini aktiviti kami terpaksa dibatalkan, lantaran kelewatan akibat dari terkandas di Malaysia atas faktor cuaca. Flight kami delay sekejap sebab hujan pagi tu. Jadi, lepas dah selesai urusan di airport, kami dibawa untuk makan malam di Markesh Night (makanan ala-ala mediterinian, bukan korean style tau), kemudian lepas makan, kita 'golek-golek' hihihi (belajar dari Gina, tourist guide kami).
Markesh Night ~ banyak betul portion dia, tapi tekak kami malam tu agak kureng menerima sikit la.. |
hadapan Markesh Night |
Dah kenyang semua, now is time to golek-golek.
On the way untuk ke hotel, kami terpaksa mengharungi jem, hrmm lewat juga orang Korea pulang ke rumah. Mode menghayati pemandangan malam pertamaku di Korea.
ok! sambung nanti..kami check-in di Mate Hotel. Nice!
Annyeong.
No comments:
Post a Comment