Sambungan episod 2 Bukit Tinggi..
Lepas makan tengahari tu, sambungan perjalanan ke tempat pemprosesan kopi. Tapi saya tak pergi tengok pun sampai ke dalam, cuma tengok dari luar ja.
Ini kerana, bahagian belakang bangunan tersebut, pemandangan dia sungguh mengujakan bagi orang-orang seperti saya yang saban hari asyik mengadap dinding-dinding kontrik dan hingar-bingar kota metropolitan...perghh ayat....
Tapi seriusss, cantik!
Dari kedudukan tinggi, mata ini dijamukan dengan pemandangan yang sungguh mengasyikkan, di bawah sana panorama kehijauan dan kuning-kuningan sawah padi, di hadapannya pun, tersergam indah, gunung-ganang yang diselimuti awan...tapi sayang seribu kali sayang, tiada rakaman pada fotografi cuma masih terlakar diruangan ingatan minda serta bayangan mata...
Di sini pun ada tempat untuk bergambar dengan pakaian ala-ala pengantin minang :)
Bagi pengantin-pengantin lama, silalah jangan lepaskan peluang, disamping mengimbau memori lama dapat juga merasai tradisi pengantin Minangkabau.
Meriah - Pelamin Minangkabau |
pemandangan bahagian belakang |
antara bunga-bungaan di sini, lebih kurang macam kat Cameron Highland la...tempat sejuk |
Jom, Jemput minum kopi! dengan kuih-muih, yang macam kuih lepat tu sedap., nak bungkus dah habis la pulak, lepat tu macam ada jagung dalamnya |
Pisang salai |
Pergi ke tempat proses kopi, tapi tiada gambar proses kopi atau serbuk kopi pun, hihihihi tapi gambar minum kopi jaaa.....
Lokasi seterusnya..........
Selepas menghirup udara segar-bugar, kita kembali ke hiruk-pikuk bandarayanya pula. Mana tu....
Ke sono....:)))
------|>
Jam Gadang |
Jam Gadang maksudnya iolah Jam Bosa... jam besar ;)))
Di hadapan Jam Gadang ini, terletaknya Istana Bung Hatta, tapi sekarang ini bukan kediaman istana lagi, kalau tak salah saya, ianya merupakan tempat bagi perjumpaan bagi pegawai-pegawai samada dari dalam mahupun luar negara....
hahaha! nak bergambar sangat dengan maskot tu...alih-alih dia tadah tangan minta duit......sian member tu...bagi je la, niat sedekah |
banyak kereta kuda kat sini, ala-ala beca kot |
Kengkawang semua...
Berdekatan dengan lokasi Jam Gadang ini, ada gedung membeli-belah dan deretan kedai-kedai yang pasti mengilaukan pandangan mata terutamanya wanita-wanita shopaholic sekalian...kihkihkih!...
Alhamdulilah, saya terselamat dari ujian tersebut, sebab menemani mak dan abah kerana mereka sudah keletihan untuk menjelajah lagi. Lagipun mereka ni bukan jenis kaki shopping pun. Nawaitu utama datang pun, asalkan dapat berjalan-jalan melihat keunikan negara orang serta menghayati kebesaran ciptaanNya ...........itupun sudah memadai...ada ongkos lebey, ia boleh aja menyoping...hihihi.
Akhirnya kami, hanya lepak-lepak sambil menyaksikan gelagat-gelagat manusia jadi sekitar Jam Gadang sementara menanti ahli jemaah rombongan yang lain meneruskan kembara shoping mereka.
Akhirnya kami, hanya lepak-lepak sambil menyaksikan gelagat-gelagat manusia jadi sekitar Jam Gadang sementara menanti ahli jemaah rombongan yang lain meneruskan kembara shoping mereka.
Jam tujuh barulah mereka semua kembali dengan tangan kiri dan kanan sarat dengan muatan ;))))
Jom balik hotel, lepas tu makan time! is my time...hihihihi!
Rupa-rupanya, Jam Gadang ini, tidak jauh pun dari hotel tempat kami menginap, hampehhh!.....
Makan malam kat sini bersama Maz, Cik Jah & Pak Ngah..saja, mak ngan abah mau rehat saja.. |
Lepas makan, kena packing-packing barang pulak, sebab besok kami akan berangkat ke Padang kembali.
Hari Ketiga
Lepas bersarapan, kami bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Padang semula. Program hari ini, santai-santai saja, dalam perjalanan ke Padang kami akan singgah ke lokasi membeli belah Aur Kuning untuk agenda shopping kali terakhir, hahaha!. Rupa-rupanya inilah tempat shopping yang mereka tunggu-tunggu, katanya harga lagi murah...haiii laaa makcik-makcik semua...(sambil tepuk dahi)..
sarapan pagi untuk tenaga (*_^)~ |
Dalam perjalanan saya telah merakam gambar ini..
cer tengok awan tu..... |
---->>>Dah sampai tempat shopping! Ayor Kuning...
Aur Kuning |
Bika Talago lebih kurang rasa cam lempeng, enak dimakan masa panas-panas kena pulak dengan ayaq kopi, perghhh terangkatttt..... |
Jom terjah ...belakang gerai kuih ni, tengokk....
banyaknyee kayu-kayan untuk 'membako' kuih Bika dan pemandang gunung :) |
tak sure gunung Singgalang atau gunung Merapi...... ape yang penting ape yang dilihat sungguh cantik! Subhanallah, Maha Suci Allah, Allahu Akhbar, Allah Maha Besar |
Makan time! again is my time... ;)
Makan tengahari kat tempat makan hari memula sampai hari tu ...Rumah Makan Pak Datuk, tapi kali ini kami makan style bersila pula. Berselero sungguh mak dengan abah makan ;). Bahagia sangat!, bukan senang tau nak dapat berjalan-jalan camgini ngan famili, pulak tu dengan abahku yang payah sungguh nak berjalan-jalan ni...
jemput makan semua. Gambar atas kanan tu - puding |
Yeah ye yeye udahhh sampaii ke hotel.
Kami menginap di hotel Hang Tuah. Kebetulan masa tu, hotel tu tengah buat renovation dan sangat kasihan sama bilik yang dihuni oleh mak abah dan ahli rombongan cik kiah yang lain, belum dibuat ubahsui. Tapi berlainan dengan rezki saya, Alhamdulillah dapat bilik yang agak luas dan selesa. Oppsss! jangan kata, tak offer kat mak abah ye..depa yang takmau..;))))
Hotel Hang Tuah |
Aktiviti petang ini, jenjalan kat pantai, kemudian beli jenjalan kat shopping kompleks depan hotel. Esok pepagi buta dah nak pulang ke Malaysia. Sayonara, huhuhuhu...
Pantai....xtau nama pantai apa;( |
makan malam kami...tekak saya, lebih suka KFC negara sendiri ;) |
Hari Keempat..
Hari untuk kembali ke tempat asal :)
Seawal jam 4 pagi sudah kena bangun dan bersiap...
Sampai suda.....NegaraKu!
Alhamdulillah, tamat sudah cerita bergambar saya dan rombongan Cik Kiah & Cik Ramlah, 4H3M ke Tanah Minangkabau.
Kapan datang lagi....enggak tau...
InsyaAllah,, ada umur, ada rezki sampai jua.
Yuk...
Jumpa lagi.
Annyeong haseayo. ~(*_^)~~~
sambil tunggu van, snap gambar lampu cantik ni...hahahahaha! |
daaaa...sampei kita ketemu lagi tanah Minang |
yeah! LCCT suda |
Alhamdulillah, tamat sudah cerita bergambar saya dan rombongan Cik Kiah & Cik Ramlah, 4H3M ke Tanah Minangkabau.
Kapan datang lagi....enggak tau...
InsyaAllah,, ada umur, ada rezki sampai jua.
Yuk...
Jumpa lagi.
Annyeong haseayo. ~(*_^)~~~
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Assalamualaikum
ReplyDeleteBapak Amsyahril...page fbnya ada ngak...
InsyaAllah. jika ada perancangan ke sana akan dihubungi.
terima kasih