Annyeong hasaeyo....konichiwa.....(@_@)~
Mudah-mudahan semua kita pada ketika ini..dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus melakukan amalan-amalan kebaikan.
Sharing lagi antara gambar-gambar yang sempat diambil dari lensa kameraku...tapi bukan kamera DSLR.. (Insya Allah, suatu hari nanti ~wink.wink..wink~)
Mohhh ler kita terjahh...
Duit Arabb lahh.... masa tukar rate, duit kita lebih kurang 800 MYR dapat 1000 Riyal |
gerai-gerai di tepi Masjid Nabawi... hah sapa yang tak cukup duit pun money changer pun ada...tapi tinggi tempat dia...hahaha |
Pondok telefon rasanya..... Gambar kiri tu..rate dan kod ikut negara |
Masjid Quba' |
Keistimewaan Masjid Quba' pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri :
"Barangsiapa telah berwudhu di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah".
(Rujukan: Tetamu-tetamu Allah-Panduan mengerjakan Umrah&Ziarah keluaran Darul Nu'man)
Jabal Uhud |
Sekitar kawasan Jabal Uhud ada gerai-gerai jualan oleh wanita Arab - inai, sanggul si fatimah kot...dan macam-macam lagi... |
Tetamu-Tetamu Allah dengan Ustaz Sukri, rakan sekerja serta jemaah dari Bangi |
Perkuburan Syuhada semasa Perang Uhud 70 terbunuh termasuk bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w - Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib |
Ladang Kurma tapi tak masuk ke dalam ladang tu...kat tepi tu ada Pasar Kurma...boleh makan la banyak mana pun percuma.....tapi tak boleh bungkus lah.....kalau mau bungkus...itu kira beli lahh....;) |
Abah beli kurma segar...... memang segar...sejukk sebab berais..... rasanya sungguh sedappp....(sampai ada seorang pakcik tegur...tak pahit ke...sebab tengok saya beria-ia menikmati...) |
Masjid Qiblatain |
Masjid ini mempunyai mihrab yang luar biasa.
Satu dari mihrabnya menghadap ke Kaabah manakala satu lagi menghadap ke Masjidil Aqsa.
Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w sedang bersolat dua rakaat di dalam masjid ini, apabila wahyu diturunkan yang memberitahu baginda s.a.w mengenai penukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.
Kilang Percetakkan Al-Quran tetapi masa kat sini Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk hanya lelaki Abah dapat Quran percuma - saiz besar - mungkin sebab warga emas kot.. |
Mutawif mengatakan bahawa dulu wanita boleh masuk ke dalam tetapi wanita
pemandangan depan kilang Percetakan Al-Quran. di atas bukit tu kalau tak salah - Istana |
dikenali dengan nama Masjid Tujuh ianya terletak di daerah Khandaq |
dibalik tembok itu adalah perkuburan Baqi |
pemandangan pagi hari...hari ni dah nak tinggalkan Madinah untuk ke Makkah tenang sungguh.......... |
Muzium menerangkan bagaimana pembinaan Masjid Nawabi |
Menuju ke Kubah Hijau Wada' dengan Rasulullah s.a.w |
Kubah hijau, dibawahnya terletak makam Rasulullah s.a.w |
Selamat tinggal wahai Rasulullah. Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai kekasih Allah.
Semuga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu ataupun berada disisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat jika ada umur panjang. Insya Allah aku akan datang menziarahimu semula.
Tetapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan disampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hingga hari kiamat, pengakuanku yang sungguh-sungguh,
bahawa Tiada Tuhan yang lain disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya.
Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas pada Rasul. Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam.
(Rujukan: Tetamu-tetamu Allah-Panduan mengerjakan Umrah&Ziarah keluaran Darul Nu'man)
kalau nak tengok foto Madinah yang lepas...klik SINI
No comments:
Post a Comment